Showing posts with label Posts. Show all posts
Showing posts with label Posts. Show all posts

Blogspot Aku Hilang! | Tingkatkan Visitor Dengan Pertandingan | Update

on 05 January 2011

Salam...
        Ell harap semua dalam keadaan sihat sejahtera dan ell ucapkan terima kasih kepada yang masih sudi datag ke blog ell walaupun ell dah lama tak blogWalking. Thanks a lot! Actually, dekat kawasan rumah ell ni tak dapat Wifi. Kalau dapat sekalipun hanya Wifi hotSpot yang ell beli RM8 untuk sejam. Sangat mahal dan sangat lambat! Ell cuma gunakan hotSpot ini hanya waktu pagi kerana itu satu-satunya yang dapat online menggunakannya. Selain itu, ell juga online guna broadband kawan serumah ell. Guna broadband tak mampulah untuk ell datang kesemua blog sebab nak jimatkan penggunaanya. Hanya beberapa blog yang ell kerap datang. Insya Allah akan datang ell akan datang ke blog korang juga.

Tag : , , ,

Kenapa Saya Suka Oh! Media Network

on 26 December 2010

Salam..
     Oh! Media Network bukanlah sesuatu yang asing dari kalangan rakyat Malaysia. Kehadiranya memberi pelbagai andaian mahupun tangkapan baik dan buruk oleh masyarakat. Walaupun ada sesetengah daripada kita yang tidak suka dengan Oh! Media Network, namun ell tetap menyukainya..[haha]..Kerana masih ada banyak kebaikkan yang korang boleh contohi. Kepelbagaian website Oh! Media membuatkan ianya di sukai oleh orang lain dan terus menjadi suatu bahan bacaan. Fans Page Oh! Media juga mempunyai follower yang ramai! Ell salah seorang dari follower Oh! Media...[haha]..

Kenapa?
      So, apa yang best sangat dengan Oh! Media Network ni?..[haha]..Korang jangan nak tipulah kalau korang tak suka dengan Oh! Media Network ini, sebab terlalu banyak ilmu, gosip, tutorial dalam blogging yang boleh korang contohi. Tak nak cerita panjang-panjang, ell just nak share kenapa ell suka dengan Oh! Media Network ni. Teruskan membaca untuk korang tahu alasan ell. Mana tahu pandangan kita sama kan?..[haha]...

Tag : , ,

Mesti Yakin | Permintaan Abah | Ruang Iklan Termurah

on 09 December 2010

Salam...
     Entry kali ini ell tulis sempoi-sempoi je la...[haha]...Sejujurnya ell nak beritahu dekat semua pembaca blog Alienelliz yang ell nak buat tapak sewa iklan dekat blog ell ni...[hehe]..Banyak juga persoalan yang bermain di fikiran ell ni..Mampu ke? Ada ke? Serius ke? Berapa?..Macam-macamlah persoalannya. Sampai bila-bila tak habis selagi ell tak keluar dari kepompong persoalan ini. 

Mesti Yakin
     Ell sebelum ni tak yakin pun nak buat tapak iklan ni sebab dulu follower pun sikit. Pengunjung blog yang datang pun tak ramai. Kali ni Alhamdulillah, follower dan pengunjung pun dah meningkat. Kenapa tidak ell cuba betul tak? Sekurang-kurangnya ell yakin dengan apa yang ell buat dan mampu memberi konsep menang-menang pada mereka yang hendak sewa iklan di blog ell ni.

Tag :

Suka Buat Blog Bila...

on 28 November 2010

Salam suka-suka...
    Opss boleh ke salam suka-suka?..[haha]..Salam ceria buat pembaca. Hari ni ell nak kongsikan perkara-perkara yang ell suka dengan blogging ni..Rasa-rasanya korang pun sama...[haha]...Setiap perkara-perkara yang ell nak cerita ni pasti akan buat ell tersenyum bila buka blog!..[hehe]..Tapi bila tak ada rasa macam sedih je..Yeke sedih? Tak adalah, blogging is fun!



     ...[haha]..Sukakan bila ramai orang komen dalam setiap post-post korang, terasa macam di hargai betul tak? Walaupun hakikat yang sebenarnya korang cuma tulis perihal peribadi korang, sekadar berkongsi, sekadar suka-suka. Namun bila orang komen post korang...Peh! Best tak?..[haha]...Jom pakat ramai-ramai komen post kawan-kawan...[haha]..Tapi macam mana pula kalau yang komen tu orang-orang yang famous dalam bidang blog?..[haha]...Tak tak tak tak terkatakan?..[haha]..

     Komen ni bukan semua orang nak bagi, tapi kalau tinggalkan jejak dekat shoutBox bukan main banyak..[haha]...Ell lagi suka balas jejak yang tinggalkan komen, macam lebih friendly je..[hehe]..Tapi ell pun kadang-kadang lepak dekat shoutBox je. Terima kasih kepada semua yang datang belog ell, yang sudi komen-komen, yang komen dekat shoutBox. Terima kasih sebab support blog ell. Insya Allah ell balas semua jejak, yang mana tertinggal tu maaf ya...[hehe]..



      Kalau nak spesifikkan, bila orang ambil banner korang tanpa dia nak exchange...[haha]..Terasa macam ada peminat pula kan?..[haha]..Serius, ell pun dulu ada orang ambil banner, tapi bila ell tanya dia nak exchange ke? Dia kata tak!...Peh!! Berbunga hati ell..[haha]...Tapi ell lupa blog mana..[huhu]..Tak dapat nak bagi kredit ke pemilik blog. Perhatian! Jika anda adalah orang yang ell cari, sila tinggalkan link di ruang komen...[haha]....

      Siapa yang exchange link dengan banner dengan ell tu pun ell nak ucapkan terima kasih, sebab sudi exchange dan ell gunakan untuk BlogWalking. Ada juga orang nak ambil banner ell yang tak cantik..[hehe]..Ke sebab terpaksa ambil sebab nak exchange?..[haha]..



     Blogging sebagai hobi, tetiba dapat duit, sape tak suka kan?..[haha]..Sambil menyelam minum air..Tapi hati-hati!! Jangan sampai lemas..[haha]...Tambahan lagi kalau yang ada pengunjung ramai, lagi sukalah dengan blogging ini. Tapi blog ell ni tak mampu la nak jana traffic macam Zaerr, ramai gila peminat dia..[haha]..Jeles sekejap..[haha]...Kalau tak percaya pergi sergah blog beliau...Jom jom jom....Masa blogWalking semalam, tiba-tiba ternampak Mish bual-bual pasal duit Nuffnang yang dia dapat. Peh!!!!! Ell sendiri tak mampu nak dapatkan macam Mish tu...[hehe].. Tanya dia sendiri berapa dia dapat, jangan lupa minta tips-tips dari Cik Mish ya..[hehe]...



     Kalau baru buat blog macam ell dulu, search dekat google "Alienelliz" memang tak keluar nama blog dekat suggestion, tapi sekarang ell taip "Aliene" je sudah ada suggestion dekat google Alienelliz. Peh!!! Bangga satu saat..[haha]...Bukan apa, nama blog pelik susah orang nak jumpa. Betul tak? Lama juga nak tunggu nama keluar dekat suggestion google. Thanks google...[hehe]...

    Blog ada dekat page hadapan di enjin carian amatlah susah untuk ell dapat. Kalau yang mana nak dapatkan traffic tanpa blogWalking, korang kenalah kuasai perkataan-perkataan yang selalu dicari oleh orang lain. Kemudia kena pastikan blog korang sentiasa di halaman hadapan di setiap enjin carian. Gunakanlah SEO-SEO yang korang belajar. Actually, blog ell guna SEO dulu, tapi asyik tukar templates je, so ell tak letak lagi SEO-SEO tersebut. Nanti kalau dah betul-betul puas dengan template baru letak.[haha]..

    Tak banyak post-post blog ell yang berada di halaman hadapan google. Cuma kata sifu-sifu ell kata, kalau kita nak buat post yang banyak orang datang, buatlah post-post berkaitan isu semasa, artis, gosip-gosip dan yang sama waktu dengannya..[haha]...Penambahan sikit dari ell, kalau buat cerita-cerita, video-video, gambar-gambar lucah, ramai tak orang datang?..[haha]..Dah..lari tajuk!



      Tersenyum lebar rasanya korang kalau korang tahu ada orang datang blog korang melalui google dengan search nama blog korang...[haha]...Sebelum ni, cuma ell je yang search nama blog sendiri dekat google. Tapi kalau ada orang lain yang search? Bestkan buat blog?..[haha]. Cuba lihat gambar ni, walaupun seorang je yang search. Tapi cukup buat ell tersenyum. Korang lainlah, dah beratus-ratus orang search blog korang..[huhu]..Ell sorang pun dah seronok tak terkata.

      Cuma search yang paling banyak tu agak merbahaya, dia tulis "Siap dia Alienelliz?"..[haha]..Macam marah je..[haha]..Ke salah tulis? "Siapa dia Alienelliz?"..[hehe]..Sebelum ni ell dah tulis dah siapa ell, yang belum kenal korang boleh terjah post ini. Lagenda Budak Alienelliz. Selamat berkenalan dan selamat berblogging..[hehe]...


Tag :

Bioteknologi

on 27 November 2010

Salam Teknologi Ke Arah Globalisasi...
      Harap korang semua sihat, kali ini ell tak nak bercerita, tak nak menaip, tak nak korang baca post panjang-panjang, pasti korang penat blogWalking merentas negerikan?..[hehe]..Ada yang balik kerja, ada yang belajar sepanjang masa, ada yang duduk tak buat apa-apa..Eh, yang main game tu, rehat sekejap. Ell nak tunjukkan satu video dekat korang. Ell buat video ni untuk pembentangan CTU dekat U ell, alang-alang ada, ell kongsilah..[hehe]...3 min je..sekejap sgt..hehe =) Selamat berblogging semua!!




     Macam mana? Banyak kelebihan dan banyak kekurangan bukan? Apa-apa pun semuanya bergantung pada diri kita sendiri. Sebagai umat islam, perlulah kita mengabungkan islam dengan sains, barulah kita dapat menikmati kehebatan sains yang sebenar.


Tag : , ,

Nilai Seorang Follower

on 26 November 2010


Salam Ikatan Follower Berpanjangan...
    Dah lama ell nak tulis pasal post ini, tapi tak tertaip...[haha]...Sebenarnya ell dapat idea menulis post ini dari Lisa Arissa pemilik blog diarylovelisa.blogspot.com. Blog yang bagi ell tersangatlah kreatif dan cantik. Kalau korang belum pergi blog Cik Lisa Arissa, silakan singgah..[hehe]..Tajuk post menarik minat ell untuk berkongsi.

"I follow you, You follow I back" menaikkan follower!



   Menarikkan? Tersentap buat seketika bila ell baca post beliau. Follower dapat kita maksudkan sebagai seseorang yang akan mengikuti perkembangan blog kita betul tak? At least, kalau kita ada 300 follower, 150 yang akan datang ke blog kita apabila kita ada post-post terbaru. Baru ada nilai kita follow, senang cerita baru ada 'function' jadi follower. 

    Dulu masa mula-mula ell buat blog pun, ell follow orang blog orang sebab nak dia jadi follower blog ell. Sebab jeles dengan blog ell ramai follower..[haha]..Tapi, sekarang ni baru ell perasan. nilai sebagai seorang follower tu dah hilang. Sedih tersangat-sangatlah sedihnya sebab ell nak buat blog nampak macam hebat dengan ramai follower. Tapi hakikatnya tak pun. Follower bukanlah lambang ramainya sesebuah pengunjung datang ke blog kita. Ell ada pergi ke satu blog ni, follower sikt je, tapi BE Nuffnang dah banyak kali dapat. Apa maksudnya tu ye?..[hehe]...Namun tak semua blog macam yang ell maksudkan. Ada juga blog ramai follower dan ramai pengunjungnya, cuma tidak banyak blog yang macam tu.


     Seriusly, dulu masa awal-awal buat blog, ell cuma tulis, "Followed!" dekat shoutbox korang. Then bertambah follower ell..[haha]..Gila jujur mamat ni..[haha]..Kalau korang tak percaya, korang cubalah sendiri.  Tapi, kadang-kadang serba salah juga bila ada orang tulis, " Follow me back! "..Kadang-kadang ell follow juga sebab nak mudahkan blogWalking. Tapi sebelum ell follow, ell akan baca post dia dulu, kalau menarik ell follow lah..[hehe]...Sebab bila kita follow blog dia sebab sesuatu yang best kat blog dia adalah lebih bermakna dari kita main follow-follow sesuka hati. Betul tak?


     Cuba bayangkan artis yang mempunyai ramai ahli di fans page beliau, tapi bila buat persembahan, buat lakonan, berapa kerat je peminat yang datang. Agak-agak korang sedih tak artis tadi?..[haha]...Jauh gila bagi contoh artis..[haha]...Tapi korang fahamkan maksud ell? Follow lah blog yang korang rasa nak follow. Ikhlas, jgn follow macam ell buat dulu hanya sekadar nak nampak gempak! Kalau nak dapatkan BE sekalipun, Nuffnang tidak pandang pada follower, Nuffnang pandang pada jumlah pengunjung..[haha]..Alamak, ell terasa juga tu..[haha]... Selamat berblogging semua!!!!



Tag :

Cuti-Cuti Sem

on 15 November 2010

Salam ingatan erat tersimpul persahabatan..
     Apa khabar semua? ..[hehe]..Kali ini ell buat cerita pendek je, tapi ell nak komen banyak...[haha]..Boleh tak? Hari ni ell akan pulang ke rumah, naik bas. So ell harap korang semua dapat doakan ell sampai ke rumah dengan selamat...Bas pukul 10.30 pagi. Sampai kat rumah tak tahu lagi dapat online ke tak and then  ell mintak maaflah tak dapat nak blogWalking mungkin dalam 3 hari ini. Tapi ell dah sediakan post-post untuk siapa yang nak baca, siapa yang nak ilmu ell, siapa yang rasa membaca banyak faedahnya. Pastinya buat 3 hari ini traffic blog ell akan jatuh..[hehe]..Yang mana baik tu, buatlah entry pasal rajin-rajinlah datang blog ell...[haha]... 

     Perjalanan kali ini ell agak risau sikit sebab first time dari penang nak balik ke johor. Actually rumah ell kat selangor je, tapi family semuanya ada dekat johor sekarang sebab akak ell akan di bedah sebab ada ketumbuhan pada hari Selasa (16/11/2010). So, ell juga berharap korang dapat sama-sama doakan ell dan akak ell selamat. Maghrib agaknya baru samapai, itu pun kalau tak ada masalah apa-apa. Tapi malam tadi, mama call, mama pesan jangan lupa beli jeruk...[haha]...Seluk-seluk poket, nasib baik masih ada duit...[haha]...

    So, sekarang ni dah mula cuti sem, so korang buatlah benda berfaedah...[haha]...Ha, lagi 1, geram tol, template ell yang lama ada masalah..[haha]...kalau korang perasan ell guna template yang dah disediakan je..[haha]..Nanti-nantilah ell cari template, tak pun kalau ada yang suka rela nak buatkan untuk ell, tak jadi masalah..[haha]...Insya Allah kalau dapat online awal, ell akan bw blog korang, kalau tak dapat.....3 haari lagi baru dapat jumpa ya..[hehe]....

Doakan ell dan semua umat islam selamat.....Salam seribu rasa cinta......
Tag :

Pemenang Header Tercantik Kali Ke-2

on 10 November 2010

Salam...
Salam seribu satu penantian...
     Ell yakin inilah post yang korang selama ini nanti-nantikan, betul tak? Ermmmm Kali ini ternyata lebih banyak penyertaan berbanding dengan kali yang pertama. Kali pertama hanya hanya 7 penyertaan. Ternyata pemilihan header blog kali ini lebih susah kerana terdapat 154 penyertaan. Peh!!!! Banyak tu....Sebelum ell memberitahu siapakah pemenang pertandingan ni, ell nak ucapkan terima kasih kepada korang semua yang sudi menyertai pertandingan yang tak best ni. Ternyata semangat untuk ber'blog antara korang semua memang kuat dan ell seronok dapat kawan-kawan ramai kat blog ni.


     Ell ada cakap dalam post pertandingan yang hadiahnya merupakan Top Up dan ianya Up sikit dari pertandingan yang sebelum ni iaitu RM 5. Pada mulanya ell nak bagi hadiah RM 6 je...[haha]..Teruk kan penganjur macam ni..[haha]..Sebab ell sangkakan tak ramai yang menyertai, tapi bila header yang ell kumpulkan mencecah 50, ell mula mengubah nilai Top Up tersebut menjadi RM 10. Akan datang insya Allah, bila ell akan buat pertandingan ni lagi dan mungkin hadiah tersebut juga akan di naikkan lagi. Wah.......Miskin ell..[haha]...

     Untuk pertandingan kali ini ell ada sediakan hadiah saguhati..[hehe]...Hanya untuk 30 header tercantik. Terpulang la korang yang dapat hadiah saguhati ni nak buat post atau nak letak dekat gadget ruang gadget..Yang penting header korang memang cantik!


<div style="text-align: center;">
<a href="http://alienelliz.blogspot.com/" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;" target="_blank"><img border="0" height="70" src="http://img259.imageshack.us/img259/1393/saguhati.png" width="180" /></a></div>

     Kepada sesiapa yang tak dapat hadiah, ell ucapkan terima kasih kat korang semua sebab join. Ell memang tak sangka penyertaan yang begitu banyak. Teruja beb! Lagi satu yang ell nampak, korang memang suka berblog ni, siap ada yang dapat tag 2-3 kali pertandingan ell ni, ada yang buat header khas untuk pertandingan ell. Thanks korang semua!


     Macam biasalah, setiap pertandingan ell akan cuba tingkatkan kelemahan. Kali ini juga masih terdapat kelemahan-kelemahan baru yang perlu ell perbetulkan. Untuk pertandingan yang akan datang, kalau tak ada apa-apa halangan, ell akan buat dua kategori. Sebelum ni ell tak terfikir pun orang akan masuk guna header flash, so memang kelebihan la pada sesiapa yang guna flash ni. Tambahan lagi, kalau dia buat header tu memang kemas dan cantik. Memang hebatlah korang. Apa-apa kelemahan pertandingan ell ni harap korang dapat bagi kerjasama agar ell dapat buat lebih baik pada masa akan datang.

  1. Header yang digunakan dalam blog pemenang ni bercirikan flash. Mungkin ianya suatu kelebihan pada blog ini untuk meraih tempat pertama dalam hati-hati juri.
  2. Header yang simple, kemas dan cantik. Jika header korang serabut dengan gambar maka ianya tidak akan cantik, jika header korang tak kemas makanya ianya juga tidak cantik. Susunan gambar juga memainkan peranan yang penting. So, para juri telah pun memilih header blog ini sebagai pemenang.

     Klik sini untuk mengetahui siapa yang menang pertandingan header kali ke-2. Ha...apa macam, kemas dan cantik kan? Dah banyak kali ell pergi blog beliau untuk meneliti header tersebut. Kepada pemenang, sila hantarkan email pada ell no tel untuk menerima hadiah. Kerana email-email yang di hantar sebelum mengalami masalah yang amat kritikal..[haha]...Walau bagaimanapun, ell nak kongsikan juga header yang di kategorikan sebagai header tercantik yang akan mendapat hadiah saguhati dari ell. Pastikan korang cek betul-betul nama blog korang..[hehe]..Tahniah ya...

  1. padinno.com ( Pemenang )
  2. a-alieff.blogspot.com
  3. amirul-arif.blogspot.com
  4. arolpunyeblog.blogspot.com
  5. chybeelila.com
  6. fathfar.blogspot.com
  7. robotsakti.blogspot.com
  8. syatozapunyer.blogspot.com
  9. wamozuwaha.blogspot.com
  10. ayeemayam.com
  11. onceitalk.com
  12. zaerr.com
  13. erinzezryana.blogspot.com
  14. yiedpozi.info
  15. ahmadalieff.blogspot.com
  16. themiserybussiness.blogspot.com
  17. tomatogurlslife.blogspot.com
  18. nurulno92.blogspot.com
  19. amalfc1303.blogspot.com
  20. cakapcakapain.blogspot.com
  21. deusakira.blogspot.com
  22. mymijie.blogspot.com
  23. najwaqaseh.blogspot.com
  24. senseiabil.blogspot.com
  25. weedaleim.blogspot.com
  26. wanhazel.blogspot.com
  27. shinoxyuna.blogspot.com
  28. sayelafaez.blogspot.com
  29. senyumangadisgerimis.blogspot.com
  30. sikechiqmanes.blogspot.com
Senarai blog yang dapat hadiah saguhati ni ell letak secara rambang sahaja. Sila la ambil banner sebagai hadiah ell ya. Lastly, enjoy blogging!

p/s : Ell ada buat fans page blog Alienelliz ni kat Facebook. Jom meriahkan blog ell kat sana...[hehe]...Just click LIKE dekat ruang gadget ell. Bila korang dah Like, ell benarkan korang untuk sama-sama letak link post-post terbaru korang kat sana. Sama-sama kita memeriahkan blogging ya..[hehe]


    Tag :

    Kejayaan Di Sebalik Kegagalan

    on 09 November 2010



         Kenapa ada kegagalan ya? Kalau tak ada kegagalan pasti hidup kita akan terus hadapi kejayaan. Tapi betul ke? Sesungguhnya kita perlu bersyukur sebab Allah menjadikan setiap sesuatu itu berpasang-pasangan. Ada kegagalan dan ada kejayaan. Ada orang yang ell lihat, dia akan terus dengan kejayaan, tapi korang kena ingat yang mereka ini pasti pernah mengalami kegagalan. Memang tak dapat dinafikan semua orang pernah gagal, ell sendiri pernah gagal. Bila kita bangkit setelah kita gagal adalah lebih bermakna berbanding kita lari dari apa yang kita gagal!

          ...[haha]..malu...Tapi ell nak cerita juga pada korang dan cerita ni ell tak ada cerita kat sesiapa pun termasuk family ell. Ianya hanya boleh di dapati di blog ini sahaja. Dulu masa ell belajar di sekolah rendah, ell pernah gagal dalam mendidik diri ell sendiri. Ell ingat lagi ell kena tampar dengan cikgu Bahasa Melayu sebab ell tak bawa buku teks. Korang pun tahukan masa zaman sekolah rendah ni buku semua berat-berat. Mengalahkan buku-buku pelajar Universiti. Lagipun ell ni kecik je, nak bawa buku macam tu siapa yang nak kan?..[haha]..Alhamdulillah ell bersyukur sangat sebab cikgu tu sudi tampar ell buat kali pertamanya  dan terus mendidik ell untuk terus rajin bawa buku..[haha]...Sebenarnya banyak faedah yang kita boleh dapat. Contohnya, bila cikgu tak masuk kelas, boleh kita conteng-conteng buku tu, warna-warna ke bagi cantik sikit, main tekap-tekap gambar..Betul tak?..[haha]...


         Gagal masa tingakatan 3 pun ell tak boleh lupa, ell dapat dari cikgu dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. First ujian ell dapat 82, pastu second ujian menurun 40++. So, 82-40=42. Maka, 42 hadiah la yang ell dapat dulu. Tapi sebab Kemahiran Hidup, cikgu yang ganas tu tak pakai rotan, dia guna kayu kerusi yang dah patah, bagus cikgu tu, ell memang sayanglah kat dia. Semuanya disebabkan ell yang anggap subjek tu senang, tanpa belajar je dah boleh dapat A, tu la akibatnya...[haha]...Sejak dapat hadiah tu ell terus belajar dan Alhamdulillah ell dapat A dalam PMR dalam subjek KH...Hebatkan kegagalan yang kita lalui, sehinggakan mampu mengubah masa depan agar kehidupan yang akan kita lalui itu lebih cerah.


         Betulkan? Orang bercinta juga ada kegagalan...[haha]..Ell pernah mengalami proses cinta monyet...Memang romantik sampaikan kalah orang yang dah kawin..[haha]...Tapi tu masa zaman kanak-kanak la, zaman imaginasi melampau-lampau...Kata orang cinta monyet ni tak kekal, betul ke? Ermmm.. Mengikut pemerhatian ell, ada juga orang yang dari cinta monyet ni berjaya bawa sampai jinjang pelamin. Tapi hanya sebahagian kecil dan sememangnya sekecil-kecilnya peratus nak kekal...[haha]..Macam doktor falsafah cinta la pulak kan?..[haha]...Namun, hakikat tetap hakikat, cinta sejati ell tak kekal lama sebab alasan si gadis nak menuntut ilmu pengetahuan. Siapa nak halangkan?..[haha]...Tapi.....Next!!!!


         Sebab peristiwa itu, ell akan berhati-hati memilih cinta walaupun cinta itu masih jauh lagi untuk di capai...Aduh!!! Bila ell dapat kawin ni...[haha]..Adanya kegagalan dapat membuatkan korang sedar dan pandai dalam pemilihan, tak kan la sampai korang asyik layan je pasangan korang walaupun dia kikis duit korang sampai terhakis duit korang yang banyak-banyak tu! Kegagalan itu dapat mematangkan kita tapi dengan syarat kita terokai, kita atasai dan bukan kita lari.


         Ikutkan orang cakap, kita kena selalu pandang kehadapan untuk lalui liku-liku kehidupan yang akan datang. Tapi bagi ell, jangan lupa untuk korang pandang ke belakang kerana di belakang korang tu banyak pengalaman, pendidikan dan ilmu yang pasti akan membuatkan korang bermotivasi untuk berjaya. Kalau korang nak tahu, kejayaan selepas kita gagal adalah lebih bermakna dan mampu membuatkan korang menitiskan air mata bila korang ingat balik peristiwa yang korang alami. 


    Tag : , ,

    Lagenda Budak Alienelliz

    on 07 November 2010


         Mama dan abah bagi nama dekat ell, Zulfadhli Bin Dzulkifli. Zulfadhli bermaksud 'yang mempunyai kelebihan'. Alhamdulillah, memang banyak kelebihan yang ell ada dan banyak lagi kelebihan yang ell tak terokai sendiri. Kerana sikap pemalas ell sendiri, maka hanya sikit kelebihan yang di temui. Lepas ni ell tak boleh malas-malas lagi ya...[ haha ]...Ell anak ke-4 dari 5 orang adik beradik, ell anak paling comel malas, sebab suka duduk depan Laptop, layan Facebook sampai kadang-kadang lupa nak makan. Tapi sekarang dah tak gian lagi dah kat Facebook. Kerana umur semakin meningkat dan mula menyedari Facebook tidak membawa keuntungan..[haha]..Umur 19 Tahun (2010)..Muda lagi kan??..[hehe]...Status ? Errr... Single but not available, tapi belum kahwin...



         Ini maklumat yang paling penting. Ell seorang lelaki dan bukan perempuan. Ergghhh!!!! Ell tak tahu la kenapa korang nak panggil cik ell. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Sebab sorang panggil 'cik ell', semua ikut...adehhh.. Ni korang dah tahu, jangan panggil 'cik ell' ye...'Ell' sudah cukup. Sesungguhnya tiada niat dalam hati nak bertukar jantina...[haha]..Alhamdulillah dapat jadi lelaki. Jangan korang pandai-pandai pulak nak jadikan ell ni perempuan ya..[hehe]..Ha..jangan korang  tak datang blog ell sebab dah tau ell ni lelaki....Ingat alienelliz, ingat ell, ingatlah seorang lelaki ya...[haha]...Dah-dah, cukup sampai sini..Next!!!!
         Lagi satu, ell bahas kan diri ini sebab 'ell' yakin pembaca diluar sana lebih berumur berbanding ell, jadi bagi ell gelaran aku tak sesuai. By the way, it is depend on you. Kadang-kadang kita kena jadi diri sendiri, betul tak???..[hehe]..


         Ell suka warna hijau. Sebab bagi ell warna hijau ni dapat tenangkan hati ell dan warna hijau juga mudah untuk di jumpai...[haha]...Gambar permandangan yang berwarna hijau juga turut dapat mengambil hati ell untuk terus meletakkan warna hijau sebagai warna rasmi dalam hati ell. Tapi ell tak sanggup untuk tak mandi bertahun-tahun untuk membiarkan kulat warna hijau tumbuh di badan ell..Jaga kebersihan ya...[haha]...Sejak ell sekolah rendah sampai sekolah menengah rumah sukan yang ell dapat memang warna hijau dan tak ada niat pun nak tukar warna rumah sukan yang lain. Sebab memang tak boleh tukar..[haha]...


         Dulu masa kecik-kecik, ell suka makan Mee Goreng. Sekarang dah tukar selera kepada Nasi Ayam, cepat sikit kenyang berbanding Mee Goreng. Menurut kajian Mee Kuning ni tak baik untuk otak. So, ell ubah la selera makan. Ais kosong...[haha]..Dulu ell suka minum air milo, sebab masa kat sekolah rendah dulu selalu dapat minum air Milo percuma..[haha]..Kalau makan kat luar dengan family pun memang order Air Milo. Tapi sekarang bila dah besar, ais kosong menjadi pilihan hati ell. Bukan apa, bila dah belajar dekat Universiti ni, kena guna duit sendiri. So, kenalah jimat-jimat. Membazir amalan syaitan! (Sebenarnya nak save duit)......


         Ell suka belajar pasal dunia hacking, tapi ell buka hacker! Buat setakat ni hanya ada beberapa wifi yang telah di hack menggunakan software BackTrack 4..[haha]...Siapa suruh pasang wifi. Tapi jangan risau, ell dah tak buat kerja-kerja yang membazir masa tu, kecuali bila susah nak dapat internet..[haha]...Sekarang ell beralih dengan dunia blog dan masih merangkak mencari kepuasan berblog. Bukan setakat ell dapat berkongsi, sebaliknya ell dapat ramai kawan. Baik yang muda sampai la yang dah berusia, yang comel, yang kacak semua ada. Thanks sebab sudi jadi follower ell walaupun blog ini amat membosankan..[huhu]...Siapa-siapa yang ada YM, jom add ell...'alienelliz@yahoo.com'..Zassssss!!!.....


         Ha....ell masih lagi menuntut ilmu di Universiti Institusi Teknologi Mara Pulau Pinang (UiTMPP). Ell ambil aliran Kejuruteraan Awam. Niat nak belajar pasal komputer, tapi hajat tak kesampaian. Namun ell bersyukur walaupun ell belajar aliran Kejuruteraan Awam, tapi ell masih boleh belajar mengenai komputer. Sebab minat terhadap dunia IT membuatkan ell dapat belajar sendiri walaupun sikit demi sikit. Ell minat belajar programming walaupun hakikatnya tak pandai programming...[haha]...Blog ini juga salah satu bukti Cinta ell terhadap IT...


         Banyak yang ell tak minat, antara yang paling tak minat adalah  ell tak suka main bola sepak. Bukan ell kaki bangku, tapi memang tak minat. Ell lagi suka duduk di rumah sambil melayari internet dan ell juga merupakan penyumbang visitor di Kosmo Online...Ell tak minat main game yang menggunakan grafik yang tinggi sebab laptop ell tak dapat support...Geram betul, kalau ell tahu, dulu awal-awal lagi ell suruh abah beli laptop yang grafik tinggi! By the way, thanks abah...[hehe]...Ell juga tak pandai nak bergaul dengan orang kecuali di laman-laman sosial dan juga di blog. Tapi kalau dengan orang yang cantik, tetiba pandai bergaul...[haha]... Serius pemalu..[haha].. Kecuali kalau ell dah betul-betul kenal dengan siapa ell nak bergaul. Banyak lagi yang ell tak minat, nak cerita kena buat post baru, sebab panjang sangat. Walau bagaimanapun, ell berharap suatu hari nanti ell akan berminat terhadap semua yang ell tak minat.

    Tag : , ,

    My First Buffered Earnings

    on 05 November 2010


         Di saat ell blogwalking di petang hari, ell terasa ada iklan yang khusuk melekat kat blog ell ni, pandangan iklan ni amat tajam sehingga ell menjadi takut. Malam kejadian ell terus tinggalkan pesanan dekat rakan-rakan blog ell. qistynacorner, miss senget dan ramai lagi. Maaf terlalu happy sampai tak ingat..[hehe]. Diorang cakap ell dapat BE, tapi ell releks je la tak kan riuh satu kampung sebab dapat BE kan, lagipun waktu tu tak ada bukti..[hehe]..Tapi pagi ni pukul 4, ell tersenyum memanjang. Syukur Alhamdulillah.....Dapat satu pun jadilah ya..[hehe]...


         Terlebih dahulu ell mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Nuff kerana bagi ell BE. Terima kasih juga ell ucapakan kepada semua pengunjung yang datang mensesakkan blog ell. Membaca cerita-cerita ell yang amat membosankan hati korang. Tapi ell tahu korang mesti suka tengok gambar-gambar ell masa kecilkan??..[hehe]...Korang mesti tak percaya ell ni comel, tapi dulu la masa kecik-kecik. Sekarang dah besar, dah tak comel dah..[huhu]...Oh ya...Tak lupa juga pada Tiefazatie, kerana mengajar ell dalam dunia Nuff ni..hehe apa yang dia ajar? Korang pergi terjah dia!...[haha]...



         Sila baca tajuk untuk sekali lagi...[hehe]...Bukanlah post ini bertujuan untuk berlagak atau pun untuk berbangga tapi..ell sendiri macam tak percaya di beri peluang untuk menerima BE buat kali yang pertamanya. Kalau sebelum ni setiap minggu cek duit Global_CPC. Harap-harap lepas ni dapat hasil duit BE pulak...[hehe]...Actually ell tak tahu sebenarnya apa yang En.Nuff tulis dekat ell punya nuffnang. Jadi ell nak tanya kepada semua pembaca, ell sebenarnya dah baca semua yang berkaitan Nuffnang, ell cari semua yang berkaitan Nuffnang kat engin pencarian terbaik ell, En.Google. Tapi ianya masih belum cukup buat ell faham.


    1. Ell tak faham maksud yang kat dalam kotak hijau tu. Ell ni tak pandai english, dah terjemah ke bahasa melayu pun masih tak faham..[hehe]..Maksud dalam kotak tu, ada lagi BE yang masih berjalan selain yang ell dapat atau ianya memang merujuk pada BE yang ell dapat tu? Adehhh, bantu ell!!!
    2. Iklan yang ell nampak kat blog ell, iklan YOURSINGAPORE.COM.  Tapi yang dia bagi kat ell STB Thematic Branding LR. Macam tak ada kaitan ja..[hehe]..ke ell yang tak faham ni?

         Thank You Allah, thanks to my family, thanks to best friends and thanks to my friends blogger...Terlalu terharu sampai tak tahu nak cakap apa...[hehe]..Jangan lupa bagi markah kat blog ell ni, supaya ell dapat perbaiki mutu isi kandungan blog ni. Oh ya, kalau nak tahu iklan pasal apa, kenalah korang klik...[hehe]..Sempat promosi...



    Tag : , , , ,

    Didozel Domain Giveaway

    on 02 November 2010


         Baca tajuk pun mesti dah tahukan?..[hehe]..Ni kali ke-2 ell masuk pertandingan yang menawarkan hadiah kereta domain anjuran didozel.com. Sape yang tak nak kan?..[hehe]...Selagi tak umum pemenang selagi tu lah tak tenteram..Memang dari dulu lagi ell nakkan domain ni, tapi belum ada modal. Nak buat macam mana?? Rasanya korang pun dah lama pendamkan diri nak domain macam ell...Sabar ya.... [haha]..Ni ada peluang, korang joinlah, kalau ada rezeki boleh je dapat, betul tak? So, beritahu sanak saudara, jiran-jiran, anak-anak tangga, kawan-kawan dan tak lupa juga beritahu dekat kawan-kawan FB korang untuk sama-sama menyertai pertandingan ni!!! Jom-jom..[hehe]....


    Ell nak nama domain alienelliz.com. Jangan tanya ell kenapa alienelliz...[haha]...Tapi orang cakap nama ni kreatif...So, kalau kreatif, korang semua kena hafal...senang nanti nak mai sini lagi...[hehe]...

    [ Hadiah untuk Blog Didozel ]

    Walaupun tuan punya blog tak bagi hadiah domain dekat ell, namun ell dah sediakan hadiah untuk didozel... Sila ambil ya...hehe penat buat tu..[hehe]....


    Siapa yang bakal di tag oleh ell?Jom kita terjah!!!!! Zasss!!!

    [ Disebabkan blog zila ell dah bookmark, so zila kena masuk pertandingan ni...haha]

    [ cukup-cukup la study tu..ha..amek tag ni..haha ]


    Tag :

    Melatih Diri Rajin Membaca

    on 27 October 2010


          Jika korang tak minat membaca, tolong jangan baca ya...[hehe]...Dalam kehidupan seharian kita pasti akan membaca, dari kita buka mata sampai kita akan tutup mata untuk tidur. Ell memang tak dapat nak dinafikan membaca memang sesuatu perkara yang penting. Cuba korang bayangkan kalau korang tak pandai membaca, cikgu ajar kat kelas pun korang tak pahamkan? Nak belajar pun malas betul tak? Dulu ell ingat lagi masa darjah satu, cikgu suruh tulis nama-nama kenderaan kat dalam buku..Aduh!!! Pening ell, nasib baik waktu tu sebelah ell ada orang pandai nama  dia Fahmi..[hehe]..Selamat ell...Dapat buat semua..[hehe]..Semuanya kerana ell dulu tak pandai membaca...[huhu]..sedih-sedih.



        Sebenarnya semuanya bermula dari kecil lagi. Galakkan membaca amat penting, bukan ell nak salahkan ibubapa ell, diorang dah bagi semua bahan bacaan dulu kat ell, cuma ell ni je pelik sikit, tak ada masa nak mintak beli buku, beli mainan nak la..[hehe]..Sampai sanggup berbunuhan menangis untuk dapatkan mainan. Best tu main mainan...[hehe]...

        Ell nak cerita sikit mengenai dua buah keluarga. Keluarga yang pertama ni latih anak dia membaca, tak kisah la cerita dongeng, komik-komik atau hanya gambar-gambar yang ada tulisan sikit-sikit, memang keluarga ini galakkan anak diorang membaca. Sebaliknya keluarga kedua, tak menggalakkan anak-anak diorang membaca. Apa yang ell nampak beza anak-anak diorang ni, keluarga pertama ni kalau datang rumah ell memang diorang pendiam, siap pandai cari buku-buku untuk di baca! Dan anak mereka memang pandai-pandai belaka! Berbanding dengan keluarga yang kedua, bila anak-anak diorang datang  kerumah ell, diorang akan tunjukkan kebijaksanaan mereka dengan menyepahkan rumah ell dan yang paling mengejutkan mereka lebih arif mengenai artis-artis tempatan! Bukan tujuan ell untuk memburukan keluarga sesiapa cuma yang ell nak mamberitahu kesan didikan membaca kat korang.


       Kalau diri sendiri memang nak minta untuk jadi malas membaca, memang akan jadi malas membacalah jawabnya. Buka buku kejap je dah mengantuk..macam ell la..[hehe]..Tapi ell nampak perbezaan pada adik ell, adik ell ni suka membaca komik-komik, memang berlambak komik kat rumah, ntah dah berapa kali recycle dah komik-komik tu. Tapi yang menariknya adik ell ni, kalau dia boring memang dia akan cari buku-buku untuk di baca bukan macam ell yang malas membaca buku! Adik ell mula minat membaca hanya bermula dengan membaca komik. Memanglah kalau nak di ikutkan membazir duit untuk membeli komik, tapi kita kenalah lihat hasilnya. Tapi kalau latih terus membaca buku-buku ilmiah lagi bagus!..[hehe]...

        Ya, memang ell tak suka membaca buku, bagi ell buku amat memboringkan..[hehe]..Tapi ell suka membaca artikel-artikel dekat internet..[hehe]..Kosmo online tu dah macam tempat ell lepak la kalau duduk rumah sorang-sorang. Just Khai tempat ell belajar dunia blog & Realiti Konspirasi memang tempat ell berhibur. Tak lupa juga dekat pak cik google ell yang sentiasa memberi setiap permintaan ell. Cuma ell nak bagitau semuanya bermula dari minat membaca setelah di asah dengan batu yang kasar oleh ibubapa ell dan di ikuti dengan kehendak diri ell sendiri. 

        "Mari membaca budaya kita..." Tak akan terjadi kalau kita sendiri tidak rajin membaca. Memang ell akui nak memupuk semangat membaca ni memang susah. Tapi sampai bila kita nak jadi tak suka membaca? Nak jadi blogger pun kena pandai membaca kalau tak macam mana korang nak buat artikel. Tak kan korang nak copy je artikel orang, tak best la kan? 


         Kenapa tak korang mulakan dengan membaca sesuatu yang korang minat setiap hari sekali, kalau tak boleh buatlah seminggu sekali. Ell yakin lama kelamaan korang akan jadi seorang yang rajin membaca kerana ell dah ajarkan teknik semudah ABC ni pada kawan ell....Selamat mencuba!




    Tag : ,

    Aku Seorang Pencuri Yang Tegar!!!

    on 25 October 2010

    Amaran!!! Simpan semua harta korang!! ell nak mencuri!!! ....[haha]...Ya, ini pengakuan yang betul, ell tak nak tipu korang lagi yang sebenarnya ell adalah seorang pencuri yang tegar. Maafkan ell kawan2...Tapi, ell tak akan menyesal, sebab ell akan tetap mencuri lagi!!!..[haha]...

    TOLONG JANGAN TANGKAP ELL!!!

    ...[haha]..ell gurau2 je, ell bukan yang merbahaya, sebenarnya ell ambil kerja part time untuk mencuri traffic kat blog korang....[hehe]...bukan apa ell sekarang ni dalam kawasan zon bahaya (Final Exam). Tapi jangan risau, kalau korang datang blog ell, pasti ell akan datang blog korang balik..[hehe]...Ell suka lepak kat mana2 blog yang aktif blogwalking, untuk curi visitor korang..[haha]...Bagaimana ell mencuri?


    ell tinggalkan jejak dekat shoutbox korang yang rajin blogwalking tu, pastikan nama ell mesti ada dalam shoutbox, kalau dah hilang, ell tulis lagi..[haha]...So, name ell akan mempunyai probability untuk di klik adalah lebih tinggi kan?..[hehe]...Maka ramailah yang akan datang ke blog ell..Sebenarnya ell dapat teknik ni pun sebab membaca...[hehe]...Tapi kalau korang nampak ell tulis.

    "Selamat Berkenalan...hehe.."

    Maksudnya ell memang baru first time la datang blog korang..[hehe]...Lagi 1, kalau korang follow blog ell, jangan lupa inform...Nanti ell follow balik..[hehe]..kadang2 ada jg blog yang ell follow sendiri mengkin sebab entry yang korang buat tu sama demgan minat ell...ell follow la..[hehe]...


    Kepada yang perasan ell selalu lepak kat blog dia tu, harap jangan tangkap ell..[hehe]...Sebab korang pun boleh lepak blog ell...[haha]...Curi same2 mencuri..hehe tapi jangan mencuri harta orang lain...Kalau tak ell tangkap..[haha]...

    Tag : ,
     
    © Alienelliz | All Rights Reserved
    D.I.Y Themes ByBelajar SEO