Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Bioteknologi

on 27 November 2010

Salam Teknologi Ke Arah Globalisasi...
      Harap korang semua sihat, kali ini ell tak nak bercerita, tak nak menaip, tak nak korang baca post panjang-panjang, pasti korang penat blogWalking merentas negerikan?..[hehe]..Ada yang balik kerja, ada yang belajar sepanjang masa, ada yang duduk tak buat apa-apa..Eh, yang main game tu, rehat sekejap. Ell nak tunjukkan satu video dekat korang. Ell buat video ni untuk pembentangan CTU dekat U ell, alang-alang ada, ell kongsilah..[hehe]...3 min je..sekejap sgt..hehe =) Selamat berblogging semua!!




     Macam mana? Banyak kelebihan dan banyak kekurangan bukan? Apa-apa pun semuanya bergantung pada diri kita sendiri. Sebagai umat islam, perlulah kita mengabungkan islam dengan sains, barulah kita dapat menikmati kehebatan sains yang sebenar.


Tag : , ,

Jawatan Kosong

on 21 November 2010

Tag : ,

Hilangnya Nilai Manusia

on 18 November 2010

Salam sedih drama realiti melayu....
     Apa khabar hari ni? ell harap semua dalam keadaan sihat. Kali ini ell bukan nak memberi tips, bukan untuk bercerita mengenai diri tapi ell agak tersentak melihat senario remaja zaman sekarang yang bagi ell semakin menjadi-jadi sehingga ell dapat menetapkan ianya di zon bahaya yang perlu di ambil tindakkan secepat mungkin! Mungkin sesetengah kita menganggapnya adalah perkara biasa selaras dengan dunia yang serba moden ni, tapi kita kena ingat ajaran islam tidak pernah ketinggalan dan ianya sentiasa selaras dengan kemajuan dunia. Ell sebagai orang islam malu untuk berhadapan denganperkara-perkara seperti ini lagi.

     Semua orang pernah lakukan kesilapan dan ell juga pernah lakukan kesilapan, tapi kita perlu perbetulkan kesilapan agar kita dapat menjadi yang lebih baik. Sesungguhnya Allah itu maha permurah lagi maha penyayang. Hari ini ell mahu korang semua sama-sama melihat realiti dunia masa kini yang seharusnya kita perbetulkan.



     Semakin hari semakin meningkat statistik pembuangan bayi, seolah-olah ianya perkara yang tidak asing dalam kehidupan kita. Sehinggakan ell ada terdengar perbualan orang yang mengatakan pembuangan bayi itu adalah perkara 'biasa'. Adakah korang semua nak melihat ianya sebagai perkara yang biasa? Sehinggakan bayi yang di lahirkan tiada nilai di mata manusia. Sehinggakan bayi yang di lahirkan sebagai alat bersuka ria. Sehinggakan kita lupa siapa kita di dunia.

      Seorang ibu melahirkan anak, lalu meninggalkan anak tersebut di hadapan rumah orang lain dalam keadaan bayi yang merintih kesedihan. Lalu si ibu meninggalkan pesanan agar menjaga bayi tersebut sehingga besar. Pada pandangan ell si ibu ini sangat sayang pada anak yang dilahirkan, tapi tidak sayang pada dirinya, pada maruahnya, pada agamanya. Malang sekali kerana sayang si ibu tidak bertempat.

      Kasih sayang pihak kerajaan membina tempat anak-anak yang terbiar seolah-olah menjadi suatu gudang penyimpanan anak-anak luar nikah. Kemudian mulalah era tuduh menuduh, salah menyalah. Sampai bila-bila masalah ini tidak dapat selesai kerana kita yang tidak sama-sama turun ke padang bagi mengatasi masalah ini.



     Baru-baru ini kita di gemparkan dengan aksi cium antara remaja lelaki dan perempuan di khalayak ramai. Di mana harga manusia islam. Di  mana perginya pembentukkan islam hadhari. Di mana akhlak peribadi. Adakah kita semua berada di dunia serba moden yang tiada batas agama? Bila disoal mengapa? Biasalah, moden...Biasalah open minded...Bila di tegur cakap kita kolot, cakap kita tegur cakap kita tiada hak...

     Adakah perlu tsunami berlaku pada Malaysia? Adakah perlu bumi menelan berjuta-juta rakyat Malaysia baru kita sedar, baru kita insaf, baru kita bangkit untuk memperbetulkan kesilapan kita? Tidak cukupkah kita lihat tamadun-tamadun islam terdahulu sudah cukup terseksa menerima balasan dari Allah atas kesalahan yang mereka lakukan. Mengapa kita tidak mengambil iktibar?

     Remaja yang melakukan tersenyum kerana kepuasan, yang melihat sorak keriangan, yang kita tidak tahu apa-apa turut akan terima balasan. Adakah itu yang kita mahu? Adakah itu yang kita impikan? Walaupun kita melaungkan kemerdekaan dengan penuh semangat, namun hakikat kita masih terus dijajah, diterokai, di pergunakan oleh realiti kehidupan moden.

     Dulu, gambar-gambar lucah kita di pertontonkan, kemudian CD berunsurkan maksiat kita saksikan dan kini cukup sekadar keluar rumah sudah banyak dosa kita lakukan. Kita semua manusia, kita berhak memperbetulkan. Bukanlah ell nak cakap yang ell ini sempurna. Namun sekadar renungan untuk ell dan semua pembaca. Lihatlah DUNIA REALITI REMAJA ZAMAN SEKARANG.
Tag : , ,

Muhasabah Cinta

on 08 October 2010

Dulu aku pernah jatuh cinta...
Namun, cinta itu sering buat aku lupa...
Hingga aku terlupa siapa pemilik CINTA...
Adakah aku akan dapat CINTA lagi setelah aku lupa padamu wahai pemilik CINTA?
Terdiam aku bila merenung masa yang telah berlalu...
Adakah masih ada ruang untuk aku memperolehi CINTA?

Ya Allah...
Berilah CINTAku ini pada wanita yang mampu menjaga CINTAku padamu...
....dan hari ini...
Allah pertemukan aku dengan doaku...
Hidupku yang gelap, kini disinari cahaya impian...
Hidupku yang putih kini dihiasi dengan corak-corak harapan...

Suatu hari....
Perasaan yang aku pendam selama ini tak dapat untuk aku pendam lagi...
"...Awak!!! Saya CINTAkan Awak!!!"
...dan  dia hanya tersenyum...
Kemudian...
Kau beritahu aku dan aku tidak pernah lupa akan kata-kata kau...
"Jika engkau benar-benar mencintai aku..."
"Janganlah engkau berikan segalanya untuk meraih CINTAku..."
"...sebaliknya kau berilah doa kepada Allah agar Allah menghadiahkan aku kepada mu..."

Sejak dari itu....
Aku tidak pernah putus-putus berdoa agar engkaulah CINTAku...







Tag : , , ,

Cinta Impian

on 01 October 2010


Korang semua pernah bercinta???
Mesti banyak pengalaman...[hehe]..
Ajarlah Tips2 ngurat kat aku...[haha]...

So, hari ini, buat kali pertamanya aku nak share video aku dengan korang...mungkin tak best bago korang..tapi ianya best bagi aku...[hehe]...Sebab...[haha]...

Korang mungkin pernah tengok....
Tapi, aku just nak kongsi...

Jom tengok!!!!



Kalau best..share la dengan kawan2 korang kat Facebook....[hehe]....Jangan lupa LIKE!!...[haha]...Kalau tak nak LIKE, Korang kena komen..[haha]..cam kene paksa je kan?? Ha? korang rasa sebab apa aku suka video ni??? =)
Tag : , ,

Buang Bayi

on 16 September 2010

Berita Buang Bayi Wajib Ada Setiap Hari....
Kenapa?

KOTA BHARU - Seorang bayi perempuan dipercayai berusia 14 hari dijumpai berbalut dengan kain lampin dan tuala di beranda sebuah rumah di Kampung Salor di sini semalam.

Bayi berkulit putih itu ditemui oleh pemilik rumah tersebut yang juga seorang kakitangan kerajaan, Mohsin Syeikh Mohammad, (gambar) 50, pada pukul 8 pagi.

Menurut Mohsin, dia mulanya dimaklumkan oleh seorang anak saudaranya yang berusia 19 tahun yang terdengar tangisan bayi.

"Sebaik sahaja saya membuka pintu, saya ternampak seorang bayi perempuan yang diselimut dengan kain lampin serta tuala yang diletakkan di beranda."

"Semasa dijumpai, saya dapati di sisi bayi itu juga terdapat botol susu yang dipenuhi dengan susu, kemudian saya membawa bayi itu ke dalam rumah sebelum membuat laporan di Balai Polis Nilam Puri," katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini semalam.

[Kosmos Online ]

Mereka juga mahukan kehidupan yang lebih sempurna....
Tapi mengapa kita biarkan dia lahir dalam keadaan yang tidak seperti mereka harapkan...

Jika kita berada di tempat mereka dan di besarkan tanpa ayah dan ibu...Adakah hati kita cukup gembira?? Adakah kita boleh terima hakikat kebenaran?

Renung-renungkan...............

[ Alienelliz ]


Tag : ,

Tanda-Tanda Kecil Kiamat

on 28 August 2010


Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah sebahagian tanda-tanda kecil kiamat. Jika diselidik, telah banyak tanda-tanda yang dapat kita lihat, cuma saya berharap kita sama-sama dapat merenung kembali, adakah sudah cukup amalan kita untuk kita bekalkan ke akhirat demi mendapatkan ganjaran syurga? Sedangkan hari kiamat itu semakin dekat dengan kita.....

Penaklukan Baitulmaqdis


Dari Auf b. Malik r.a., katanya, Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis."
- Sahih Bukhari "

Zina bermaharajalela

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang."
- Sahih Muslim "

Alat muzik bermaharajalela


“ Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita"
- Ibnu Majah "

Menghias masjid dan membanggakannya


"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid"
- Riwayat Nasai.


Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga."
- Riwayat Ahmad dan HakimRa

Orang-orang soleh meninggal dunia

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran"
- Riwayat Ahmad


Orang hina mendapat kedudukan terhormat

"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia"
- Riwayat Thabrani

Mengucapkan salam pada orang yang dikenalinya sahaja

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja."
- Riwayat Ahmad

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu"
- Sahih Muslim

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar

"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar"
- Riwayat Ahmad

Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkara biasa

Jarak antara pasar menjadi dekat (banyak kegiatan perdagangan)




"Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar."
- Riwayat Bukhari

Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda

"Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga."
- Sahih Abu Daud & Nasai
Tag : ,

'Free Download' Bacaan Ahmad Saud

on 27 August 2010


'Free Download' bacaan surah-surah lazim dari Ahmad Saud.

85. Surah Al-Buruj (Gugusan Bintang) سورة البروج
86. Surah At-Taariq (Pengunjung Malam) سورة الطارق
87. Surah Al-A’laa (Yang Tertinggi) سورة الأعلى
88. Surah Al-Ghaasyiah (Peristiwa yang Menggelisahkan) سورة الغاشية
89. Surah Al-Fajr (Fajar/Sinar Mentari) سورة الفجر
90. Surah Al-Balad (Negeri) سورة البلد
91. Surah Asy-Syams (Matahari) سورة الشمس
92. Surah Al-Lail (Malam) سورة الليل
93. Surah Adh-Dhuha (Pagi yang Cemerlang) سورة الضحى
94. Surah Al-Insyirah/Al-Syarah (Kelapangan) سورة الشرح
95. Surah At-Tin (Buah Ara) سورة التين
96. Surah Al-‘Alaq (Gumpalan Darah) سورة العلق
97. Surah Al-Qadr (Kemuliaan) سورة القدر
98. Surah Al-Baiyinah (Bukti yang Nyata) سورة البينة
99. Surah Al-Zalzalah (Kegoncangan) سورة الزلزلة
100. Surah Al-‘Aadiyaat (Yang Berlari Kencang) سورة العاديات
101. Surah Al-Qari’ah (Hari Yang Hingar Bingar) سورة القارعة
102. Surah At-Takathur (Bermegah-megah) سورة التكاثر
103. Surah Al-‘Asr (Waktu) سورة العصر
104. Surah Al-Humazah (Pengumpat) سورة الهمزة
105. Surah Al-Fiil (Gajah) سورة الفيل
106. Surah Quraisy (Kaum Quraisy) سورة قريش
107. Surah Al-Ma’un (Barangan Berguna) سورة الماعون
108. Surah Al-Kauthar (Melimpah-ruah) سورة الكوثر
109. Surah Al-Kafirun (Golongan Kafir) سورة الكافرون
110. Surah An-Nasr (Pertolongan) سورة النصر
111. Surah Al-Lahab (Nyalaan Api) سورة المسد
112. Surah Al-Ikhlas (Tulus Ikhlas) سورة الإخلاص
113. Surah Al-Falaq (Subuh/Dinihari) سورة الفلق
114. Surah An-Nas (Manusia) سورة النّاس




Tag : ,

Ada Kejayaan Pada Usaha

on 18 August 2010

Dari kecil lagi kita sudah ada matlamat yang kita hendak capai, kita selalu berusaha untuk mencapai cita-cita yang kita impikan, namun sering kali kita diuji...

Ujian, ujian demi ujian...

yang akan kita tempuhi, kadang kala kita jatuh, kadang kala kita teguh. Kadang kala kita duka, kadang kala kita gembira. Namun, semakin banyak ujian yang kita tempuhi, semakin dekat kita dengan matlamat. Ada di antara kita yang gagal tetapi mereka tidak terus berjuang, tidak mahu memperbetulkan kesalahan mereka. Sebenarnya mereka silap, kerana jika mereka tidak berputus asa dan terus berusaha untuk mencapai matlamat mereka, saya percaya mereka boleh berjaya. Ini yang di katakan...

Bangkit Setelah Kita Tersungkur...

Ada seuatu kisah seorang anak kecil yang mahu melihat rama-rama dan bunga yang cantik, setiap hari dia....
Berdoa, berdoa dan berdoa

Agar Allah memberikan dia seekor rama-rama dan bunga yang cantik. Pada suatu hari, selepas anak kecil ini berdoa, dia ternampak satu kepompong dan sebuah beg kecil berisi biji benih. Anak kecil ini kemudiannya pergi ke tempat lain tanpa menghiraukan pada kepompong dan biji benih tersebut. Dalam hati anak tersebut....

"Ya Allah, aku mahukan rama-rama dan bunga yang cantik, tapi mengapa engkau tidak memakbulkan doaku? Adakah engkau tidak sayang padaku?"

Setelah sekian lama, ibunya datang kepada anak tersebut untuk menghadiahkan sesuatu... Alangkah terperanjatnya anak tersebut kerana hadiah tersebut ialah seekor rama-rama dan bunga. Kata ibu tersebut...

"Ibu tahu, selama ini kamu berdoa pada Allah supaya kamu dapat seekor rama-rama dan bunga yang cantik, sebenarnya kamu sudah dapat apa yang kamu hajatkan, cuma kamu yang tidak sedari ...."

"Apa maksud ibu???"

"Rama-rama yang kamu lihat ini adalah dari kepompong dan bunga yang cantik ini hasil dari biji benih yang ibu tanam..."

Apa yang kita dapat dari cerita ini, kadang kala Allah hendak menunaikan setiap hajat kita tidak semestinya kita dapat sama seperti yang kita hajatkan. Sebaliknya kita perlu berusaha untuk menyempurnakan hajat kita. Jika kita berusaha separuh jalan, samalah macam anak kecil tadi, hanya dapat kepompong dan biji benih. Jika anak kecil tadi berusaha dengan menjaga kepompong dan menanam biji benih tersebut, insya-Allah dia akan dapat apa yang di hajatkan.
Jangan kita lupa bahawa Allah itu maha mengetahui, sekiranya doa kita tidak di makbulkan sebenarnya Allah sedang mengatur sesuatu yang lebih hebat dari apa yang kita doakan...

Usaha merupakan.....

[Alienelliz]
Tag : ,
 
© Alienelliz | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO