Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Komen Guna Akal, Jangan Komen Guna Kepuasan Dan Keseronokkan!

on 23 December 2010

Salam..
       Harap semua pembaca blog Alienelliz sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera. Setiap hari pasti akan ada blog-blog baru yang di bina, pelbagai tujuan yang kita susun dalam pembinaan blog tersebut, terpulang pada korang semua yang penting tidak melanggar peraturan blogging dan hukum Allah. Bukan mudah untuk menjadi seorang blogger yang mana penulisannya menjadi rujukan oleh orang lain. Kata mereka yang sudah lama dalam dunia blogging ini, "Semakin ramai pembaca kita, semakin ramai juga yang membenci kita". Alhamdulillah, blog sekerdil ini masih belum ada yang membenci penulisan ell. Namun ell sangat berharap korang semua sudi pemberi idea, pendapat atau menegur apa sahaja yang ell tulis sekiranya ada kesalahan. Sesunggunhnya ell juga manusia biasa yang pernah buat kesilapan.

Tag :

End Of Sale | Jual Badan Untuk Raih Jutawan

on 15 December 2010


Salam buat pembaca sekalian...
      Seperti yang kita sedia maklum kita sekarang berada di bulan End Of Sale. Ramai ibubapa merebut peluang ini untuk membeli peralatan peribadi, persekolahan dan keperluan-keperluan lain untuk anak-anak mereka. Juga di sambut meriah oleh remaja-remaja untuk memenuhi citarasa baik dari segi pakaian mahupun peralatan hiasan diri. Terpulanglah pada korang apa yang korang nak beli pastikan korang pandai berjimat cermat. Kalau murah sekalipun, tapi tidak pandai mengurus keluar masuk kewangan, tak guna juga kan..[hehe]...

Tag :

Cara Mudah Dapatkan Dadah | Heroin | Ganja | Syabu | Gam

on 11 December 2010


       Hari ini ell cuma nak kongsikan cara mudah untuk dapatkan dadah, heroin, ganja, syabu, gam dan lain-lain lagi. Sebelum ell berkongsi, rasanya tak perlulah ell kongsikan bagaimana untuk dapatkan gam, sebab gam ini boleh kita beli di kedai-kedai runcit berdekatan. Ada banyak jenis ada yang lemah, sederhana dan kuat. Korang boleh pilih berdasarkan selama mana korang nak hidup dalam dunia ini dan yang mana paling cepat untuk korang mati. Ok? Kalau tak ada duit, mintalah dekat ayah atau mak korang. Tapi ingat, jangan mencuri! Tak ada keberkatan nanti...[haha]..Gam bukan mahal pun, 80sen dah boleh dapat.

Tag :

Jangan Percaya Email | Skim Cepat Kaya | Cara Mudah Buat Duit

on 10 December 2010


Salam..
        Dalam dunia yang kian maju ini, manusia sanggup buat apa sahaja untuk mendapat keuntungan agar dapat bersenang lenang. Mereka sanggup menipu, mencuri dan sangup membuat apa sahaja jalan mudah untuk mereka mendapat harta. Mereka bukanlah dari golongan yang tidak berpendidikan sebaliknya ada di kalangan mereka merupakan golongan-golongan elit yang akan menyumbang pada kemajuan Negara. Jika mereka tiada pendidikan, mustahil untuk mereka mencipta duit palsu, kad kredit palsu bah kan sanggup membuat muka palsu untuk memadam jejak-jejak kegiatan mereka. 


Jangan Percaya Email
      Jangan semua email yang korang dapat korang tak percaya pula..[haha]..Ell maksudkan email yang ada unsur-unsur penipuan macam yang selalu ell dapat email dari luar negara mintak transfer duit dekat akaun ell..[haha]...Kalau ell tolong semua yang bagi email tu, confirm ell dah guna domain + hosting sendiri..[haha]...Rasanya boleh kalah gaji Perdana Menteri sebab email yang ell dapat memang banyak. Ada ke orang nak bagi duit banyak-banyak ni tanpa kenal siapa kita? Fikir ya..

Tag : ,

Kau Bodoh, Babi, Sial Dan Sengal!

on 08 December 2010


     Selain dari ungkapan yang ell sebut di atas masih banyak lagi ungkapan-ungkapan yang sering kita dengar dari remaja sekarang. Ianya di ibaratkan sesuatu pelengkap ayat ketika bercakap. Jika ianya tiada, maka seolah-olah kita akan rasa yang ianya tidak sempurna dan mungkin membuatkan kita rasa malu untuk berhadapan dengan sahabat kita yang akan mengatakan kita kolot, tidak moden, kampung dan sebagainya. Adakah ini suatu masalah yang berat atau sekadar cebisan-cebisan masalah yang patut kita biarkan? Teruskan membaca sekiranya mahu mengetahui pandangan ell.

Tag :

Bioteknologi

on 27 November 2010

Salam Teknologi Ke Arah Globalisasi...
      Harap korang semua sihat, kali ini ell tak nak bercerita, tak nak menaip, tak nak korang baca post panjang-panjang, pasti korang penat blogWalking merentas negerikan?..[hehe]..Ada yang balik kerja, ada yang belajar sepanjang masa, ada yang duduk tak buat apa-apa..Eh, yang main game tu, rehat sekejap. Ell nak tunjukkan satu video dekat korang. Ell buat video ni untuk pembentangan CTU dekat U ell, alang-alang ada, ell kongsilah..[hehe]...3 min je..sekejap sgt..hehe =) Selamat berblogging semua!!




     Macam mana? Banyak kelebihan dan banyak kekurangan bukan? Apa-apa pun semuanya bergantung pada diri kita sendiri. Sebagai umat islam, perlulah kita mengabungkan islam dengan sains, barulah kita dapat menikmati kehebatan sains yang sebenar.


Tag : , ,

Blog Bukan Untuk Jadi Jutawan

on 25 November 2010




Salam kekayaan, salam angan-angan..
     Peh!!! Baca tajuk macam orang dah profesional je kan??..[haha]..Tak adalah, ell masih baru lagi  dan masih  belajar lagi. Sebelum mulakan perbincangan, ell nak ucapkan terima kasih kepada Padinno pemilik blog Perjalanan Ini dan Warnnie Musah pemilik blog Bluedianthus. Ell banyak belajar dari diorang ni, diorang pun tak sombong nak jawab soalan ell yang pelik-pelik tu...[haha]...Tapi ada satu pesanan  Warnnie Musah yang ditujukan kepada ell dan ell nak kongsikan dengan semua bloggers.




"sama2 ell..Nasihat saya, kalau dulu kita pernah di bawah..
jadi bila dah sampai atas, jangan lupa tengok bawah balik ye..:) 
Terima kasih kembali.."
                                                                        -Warnnie Musah-

    Rasanya semua bloggers macam tu, kalau ell tanya berkaitan apa-apa sekalipun korang pasti jawab. Nak senaraikan semua nama macam tak cukup pages pulak..[haha]... Tapi yang paling Tip Top kalau ell tanya dia jawab macam bas express  tu  tiefazatie, pemilik blog tiefazatie.blogspot.com Ell banyak belajar pasal Nuffnang dekat dia. Thanks a lot ya tiefazatie..[hehe]...tiefazatie dah banyak dapat BE tu..Minta sikit..[haha]..



     Korang nak jadi jutawan dengan blog macam redmummy ke? Kalau niat korang buat blog semata-mata nak jadi jutawan baik korang lupakan. Selama ell buat blog ni, ada juga orang buat, pada mulanya aktif, tak tahu apa yang dia kejar sangat. Then sekarang ni dah tak update dah blog, bersawang la tersangat-sangat. Nak buat duit tu boleh, tapi korang kena jadikan blogging ni sebagi suatu hobi, dengan hobi barulah korang dapat buat keuntungan.

    Sebenarnya dulu ell ada juga buat blog semata-mata nak buat duit, sebab tu ell kongsikan pengalaman ell pada korang. Ell buat blog sebab waktu tu ell join program Affiliate dalam menjual e-book. Nak juga buat duit tanpa modal ni..[haha]..Namun tak ada satu pun dapat dijual..[haha]..Sebab ell bukan pandai pun dalam bab-bab perniagaan ni...Putus asa kemudian delete blog! Selesai.

    Kalau nak kata buat iklan Nuffnang sekali pun, bukannya daftar-daftar terus dapat RM 100 sebulan. Masa ell mula-mula daftar, minggu pertama tu cuma dapat RM 1 je..[haha]..Minggu ke dua cuma RM 1.25. Kalau korang nak buat duit semata-mata mesti korang dah putus asa! Tapi kalau korang jadikan sebagai hobi, tak adanya korang kisah dapat berapa yang penting korang teruskan hobi korang betul tak? Anggap je la Nuffnang tu sebagai hadiah kerana hobi korang yang suka berblogging.

    Ell nak bagi contoh kawan ell, Amir Farid. Pemilik blog  LifeLiveLove. Ell dah suruh banyak kali dah supaya dia letak iklan Nuffnang. Tapi dia tak nak, mungkin suatu hari nanti dia akan letak juga..[haha].. bezanya orang yang nak duit Nuffnang macam ell sibuk terkejar-kejar nak buat post la, nak cari follower la. Tapi dia releks ja. Kalau hobi, tak adalah nak menyusahkan diri betul tak?....Update blog pun semua original, tak adalah sampai terpaksa nak copy orang punya artikel.

    Apa yang penting, blogging lebih bermakna jika ianya hobi dan bukan untuk mencari kekayaan. Pada mulanya ell memang nak mencari kekayaan dengan program Affiliate. Tapi ell mula sedar, blogging ada kepuasan yang tersendiri dari mengejar kewangan..Selamat berblogging..[hehe]...

Tag : , , ,

Jawatan Kosong

on 21 November 2010

Tag : ,

Hilangnya Nilai Manusia

on 18 November 2010

Salam sedih drama realiti melayu....
     Apa khabar hari ni? ell harap semua dalam keadaan sihat. Kali ini ell bukan nak memberi tips, bukan untuk bercerita mengenai diri tapi ell agak tersentak melihat senario remaja zaman sekarang yang bagi ell semakin menjadi-jadi sehingga ell dapat menetapkan ianya di zon bahaya yang perlu di ambil tindakkan secepat mungkin! Mungkin sesetengah kita menganggapnya adalah perkara biasa selaras dengan dunia yang serba moden ni, tapi kita kena ingat ajaran islam tidak pernah ketinggalan dan ianya sentiasa selaras dengan kemajuan dunia. Ell sebagai orang islam malu untuk berhadapan denganperkara-perkara seperti ini lagi.

     Semua orang pernah lakukan kesilapan dan ell juga pernah lakukan kesilapan, tapi kita perlu perbetulkan kesilapan agar kita dapat menjadi yang lebih baik. Sesungguhnya Allah itu maha permurah lagi maha penyayang. Hari ini ell mahu korang semua sama-sama melihat realiti dunia masa kini yang seharusnya kita perbetulkan.



     Semakin hari semakin meningkat statistik pembuangan bayi, seolah-olah ianya perkara yang tidak asing dalam kehidupan kita. Sehinggakan ell ada terdengar perbualan orang yang mengatakan pembuangan bayi itu adalah perkara 'biasa'. Adakah korang semua nak melihat ianya sebagai perkara yang biasa? Sehinggakan bayi yang di lahirkan tiada nilai di mata manusia. Sehinggakan bayi yang di lahirkan sebagai alat bersuka ria. Sehinggakan kita lupa siapa kita di dunia.

      Seorang ibu melahirkan anak, lalu meninggalkan anak tersebut di hadapan rumah orang lain dalam keadaan bayi yang merintih kesedihan. Lalu si ibu meninggalkan pesanan agar menjaga bayi tersebut sehingga besar. Pada pandangan ell si ibu ini sangat sayang pada anak yang dilahirkan, tapi tidak sayang pada dirinya, pada maruahnya, pada agamanya. Malang sekali kerana sayang si ibu tidak bertempat.

      Kasih sayang pihak kerajaan membina tempat anak-anak yang terbiar seolah-olah menjadi suatu gudang penyimpanan anak-anak luar nikah. Kemudian mulalah era tuduh menuduh, salah menyalah. Sampai bila-bila masalah ini tidak dapat selesai kerana kita yang tidak sama-sama turun ke padang bagi mengatasi masalah ini.



     Baru-baru ini kita di gemparkan dengan aksi cium antara remaja lelaki dan perempuan di khalayak ramai. Di mana harga manusia islam. Di  mana perginya pembentukkan islam hadhari. Di mana akhlak peribadi. Adakah kita semua berada di dunia serba moden yang tiada batas agama? Bila disoal mengapa? Biasalah, moden...Biasalah open minded...Bila di tegur cakap kita kolot, cakap kita tegur cakap kita tiada hak...

     Adakah perlu tsunami berlaku pada Malaysia? Adakah perlu bumi menelan berjuta-juta rakyat Malaysia baru kita sedar, baru kita insaf, baru kita bangkit untuk memperbetulkan kesilapan kita? Tidak cukupkah kita lihat tamadun-tamadun islam terdahulu sudah cukup terseksa menerima balasan dari Allah atas kesalahan yang mereka lakukan. Mengapa kita tidak mengambil iktibar?

     Remaja yang melakukan tersenyum kerana kepuasan, yang melihat sorak keriangan, yang kita tidak tahu apa-apa turut akan terima balasan. Adakah itu yang kita mahu? Adakah itu yang kita impikan? Walaupun kita melaungkan kemerdekaan dengan penuh semangat, namun hakikat kita masih terus dijajah, diterokai, di pergunakan oleh realiti kehidupan moden.

     Dulu, gambar-gambar lucah kita di pertontonkan, kemudian CD berunsurkan maksiat kita saksikan dan kini cukup sekadar keluar rumah sudah banyak dosa kita lakukan. Kita semua manusia, kita berhak memperbetulkan. Bukanlah ell nak cakap yang ell ini sempurna. Namun sekadar renungan untuk ell dan semua pembaca. Lihatlah DUNIA REALITI REMAJA ZAMAN SEKARANG.
Tag : , ,

Kejayaan Di Sebalik Kegagalan

on 09 November 2010



     Kenapa ada kegagalan ya? Kalau tak ada kegagalan pasti hidup kita akan terus hadapi kejayaan. Tapi betul ke? Sesungguhnya kita perlu bersyukur sebab Allah menjadikan setiap sesuatu itu berpasang-pasangan. Ada kegagalan dan ada kejayaan. Ada orang yang ell lihat, dia akan terus dengan kejayaan, tapi korang kena ingat yang mereka ini pasti pernah mengalami kegagalan. Memang tak dapat dinafikan semua orang pernah gagal, ell sendiri pernah gagal. Bila kita bangkit setelah kita gagal adalah lebih bermakna berbanding kita lari dari apa yang kita gagal!

      ...[haha]..malu...Tapi ell nak cerita juga pada korang dan cerita ni ell tak ada cerita kat sesiapa pun termasuk family ell. Ianya hanya boleh di dapati di blog ini sahaja. Dulu masa ell belajar di sekolah rendah, ell pernah gagal dalam mendidik diri ell sendiri. Ell ingat lagi ell kena tampar dengan cikgu Bahasa Melayu sebab ell tak bawa buku teks. Korang pun tahukan masa zaman sekolah rendah ni buku semua berat-berat. Mengalahkan buku-buku pelajar Universiti. Lagipun ell ni kecik je, nak bawa buku macam tu siapa yang nak kan?..[haha]..Alhamdulillah ell bersyukur sangat sebab cikgu tu sudi tampar ell buat kali pertamanya  dan terus mendidik ell untuk terus rajin bawa buku..[haha]...Sebenarnya banyak faedah yang kita boleh dapat. Contohnya, bila cikgu tak masuk kelas, boleh kita conteng-conteng buku tu, warna-warna ke bagi cantik sikit, main tekap-tekap gambar..Betul tak?..[haha]...


     Gagal masa tingakatan 3 pun ell tak boleh lupa, ell dapat dari cikgu dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. First ujian ell dapat 82, pastu second ujian menurun 40++. So, 82-40=42. Maka, 42 hadiah la yang ell dapat dulu. Tapi sebab Kemahiran Hidup, cikgu yang ganas tu tak pakai rotan, dia guna kayu kerusi yang dah patah, bagus cikgu tu, ell memang sayanglah kat dia. Semuanya disebabkan ell yang anggap subjek tu senang, tanpa belajar je dah boleh dapat A, tu la akibatnya...[haha]...Sejak dapat hadiah tu ell terus belajar dan Alhamdulillah ell dapat A dalam PMR dalam subjek KH...Hebatkan kegagalan yang kita lalui, sehinggakan mampu mengubah masa depan agar kehidupan yang akan kita lalui itu lebih cerah.


     Betulkan? Orang bercinta juga ada kegagalan...[haha]..Ell pernah mengalami proses cinta monyet...Memang romantik sampaikan kalah orang yang dah kawin..[haha]...Tapi tu masa zaman kanak-kanak la, zaman imaginasi melampau-lampau...Kata orang cinta monyet ni tak kekal, betul ke? Ermmm.. Mengikut pemerhatian ell, ada juga orang yang dari cinta monyet ni berjaya bawa sampai jinjang pelamin. Tapi hanya sebahagian kecil dan sememangnya sekecil-kecilnya peratus nak kekal...[haha]..Macam doktor falsafah cinta la pulak kan?..[haha]...Namun, hakikat tetap hakikat, cinta sejati ell tak kekal lama sebab alasan si gadis nak menuntut ilmu pengetahuan. Siapa nak halangkan?..[haha]...Tapi.....Next!!!!


     Sebab peristiwa itu, ell akan berhati-hati memilih cinta walaupun cinta itu masih jauh lagi untuk di capai...Aduh!!! Bila ell dapat kawin ni...[haha]..Adanya kegagalan dapat membuatkan korang sedar dan pandai dalam pemilihan, tak kan la sampai korang asyik layan je pasangan korang walaupun dia kikis duit korang sampai terhakis duit korang yang banyak-banyak tu! Kegagalan itu dapat mematangkan kita tapi dengan syarat kita terokai, kita atasai dan bukan kita lari.


     Ikutkan orang cakap, kita kena selalu pandang kehadapan untuk lalui liku-liku kehidupan yang akan datang. Tapi bagi ell, jangan lupa untuk korang pandang ke belakang kerana di belakang korang tu banyak pengalaman, pendidikan dan ilmu yang pasti akan membuatkan korang bermotivasi untuk berjaya. Kalau korang nak tahu, kejayaan selepas kita gagal adalah lebih bermakna dan mampu membuatkan korang menitiskan air mata bila korang ingat balik peristiwa yang korang alami. 


Tag : , ,
 
© Alienelliz | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO