Salam Cuti Sem, Salam Silaturrahim...
Apa khabar semua? Macam mana cuti sem korang? Mesti best keluar jalan-jalan dengan keluarga, keluar dengan kawan-kawan, ada yang sedang ber'dating, ada yang sedang bernikah, ada yang sedang berkahwin. Macam-macamkan korang boleh buat dengan cuti sem ni. Pastikan korang isikan dengan perkara yang berfaedah, janganlah korang buat sesuatu yang akan menyusahkan diri sendiri dan keluarga korang. Ada sesetengah orang suka cari kerja sementara tunggu Sem seterusnya, ada juga yang suka lepak dalam rumah je macam ell..[haha]..Apa-apa pun pastikan berfaedah.

Pastinya juga SPM dan STPM masih belum tamat bagi sesi 2010. So, ell harapkan korang dapat buat yang terbaik. Sama-sama kita mendoakan Negara kita akan terus maju kehadapan dengan adanya generasi yang bakal menggerakkan Negara di Bumi Allah yang sementara ini.
Kalau blogger tu mungkin waktu macam ni lah dia nak tingkatkan traffic blog, belajar buat blog, berkenalan dengan rakan-rakan bloggers dan ada satu lagi saranan dari
Padin, pemilik blog
Perjalanan ini mencadangkan agar masa cuti inilah kita memanfaatkan masa untuk memperbaiki mutu blog kita. Setelah sekian lama, blog pasti mengalami pelbagai masalah yang mungkin kita tidak tahu seperti warna yang tidak sesuai, loading page yang lambat dan sebagainya. Kalau korang nak tahu lebih lanjut apa yang perlu korang periksa mengenai blog korang, boleh datang ke blog
Padin.
Ell kalau cuti sem sememangnya hanya duduk di rumah dan tak pernah terfikir langsung untuk mencari kerja sementara menunggu kemasukan Sem seterusnya, sebab memang dari dulu lagi, adik beradik ell tak berkerja semasa cuti sem. Kalau nak di ikutkan cuti-cuti sem yang lepas ell banyak menggunakan masa dengan main game, menonton tv, melayari internet dan lain-lain lagi. Tapi untuk sem kali ini ell lebih kepada ber'blogging, mungkin kerana ell sudah jatuh hati dengan blog ni..[haha]...
Pagi ell kebiasaannya bermula pada pukul 10 pagi...[haha]..Lambat gila bangun betul tak?..[haha]..Kemudian ell mandi, sarapan itupun kalau masih ada, sebab selalunya sudah habis di baham keluarga..[haha]..Standard la kan dah bangun lambat. Buat kerja dulu apa yang mama suruh, sebab nanti nak duduk depan lap top pastinya tidak mahu di ganggu...So, kerja kena rumah kena siapkan dululah, kadang-kadang adik ell yang buat..[haha]..

Kemudian bermula lah era duduk depan lap top, membalas komen dan jejak. Sebab kebiasaannya ell akan buat automatik post pada pukul 10 pagi untuk cover yang konon-konon nya ell dah bangun awal..[haha]...Sampai maghrib, berhenti makan, sembahyang, spongebob dan bila rasa dah penat..[haha]...Mula pukul 9-11 ell akan blogWalking sambil tinggalkan komen untuk post-post yang menarik bagi ell.
Pukul 12 pagi, seperti yang ell kongsikan
tips tingkatkan traffic blog, ell akan berblogWalking sehingga pukul 1 pagi..[haha]...Kemudian ell akan menulis entry. Menulis waktu malam sangat seronok sebab sangat menenangkan..[hehe]..Kalau entry sudah disiapkan awal-awal, ell akan baca balik untuk perbetulkan mana satu ayat yang salah, yang tak sesuai, yang merepek meraban untuk di buang. Namun, kadang-kadang ada juga yang salah eja, dah publish baru perasan..[haha]...Siap entry, ell tidur. Kebiasaannya entry akan siap pukul 3 pagi. Yelah, bukan 100% tumpukan perhatian untuk buat post je, kadang-kadang tu sambil chatting dekat YM, borak-borak dekat FB...[haha]...
Berulanglah perkara sehari-harian kehidupan ell masa cuti sem ni, cuma kadang-kadang ada lain sikit, keluar pergi jusco, makan-makan dekat luar, ada aktiviti dengan keluarga dan lain-lain lagi ..[hehe]..Cuma mungkin nanti ada berubahan, ell nak tidur dulu sekejap then baru tulis entry. Kenapa?..[hehe]..Adalah sebabnya...Fikir sendiri...[haha]...Agak-agak korang suka ke baca pasal diri ell ni??...[hehe]...