Showing posts with label Lain-lain. Show all posts
Showing posts with label Lain-lain. Show all posts

My First Buffered Earnings

on 05 November 2010


     Di saat ell blogwalking di petang hari, ell terasa ada iklan yang khusuk melekat kat blog ell ni, pandangan iklan ni amat tajam sehingga ell menjadi takut. Malam kejadian ell terus tinggalkan pesanan dekat rakan-rakan blog ell. qistynacorner, miss senget dan ramai lagi. Maaf terlalu happy sampai tak ingat..[hehe]. Diorang cakap ell dapat BE, tapi ell releks je la tak kan riuh satu kampung sebab dapat BE kan, lagipun waktu tu tak ada bukti..[hehe]..Tapi pagi ni pukul 4, ell tersenyum memanjang. Syukur Alhamdulillah.....Dapat satu pun jadilah ya..[hehe]...


     Terlebih dahulu ell mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Nuff kerana bagi ell BE. Terima kasih juga ell ucapakan kepada semua pengunjung yang datang mensesakkan blog ell. Membaca cerita-cerita ell yang amat membosankan hati korang. Tapi ell tahu korang mesti suka tengok gambar-gambar ell masa kecilkan??..[hehe]...Korang mesti tak percaya ell ni comel, tapi dulu la masa kecik-kecik. Sekarang dah besar, dah tak comel dah..[huhu]...Oh ya...Tak lupa juga pada Tiefazatie, kerana mengajar ell dalam dunia Nuff ni..hehe apa yang dia ajar? Korang pergi terjah dia!...[haha]...



     Sila baca tajuk untuk sekali lagi...[hehe]...Bukanlah post ini bertujuan untuk berlagak atau pun untuk berbangga tapi..ell sendiri macam tak percaya di beri peluang untuk menerima BE buat kali yang pertamanya. Kalau sebelum ni setiap minggu cek duit Global_CPC. Harap-harap lepas ni dapat hasil duit BE pulak...[hehe]...Actually ell tak tahu sebenarnya apa yang En.Nuff tulis dekat ell punya nuffnang. Jadi ell nak tanya kepada semua pembaca, ell sebenarnya dah baca semua yang berkaitan Nuffnang, ell cari semua yang berkaitan Nuffnang kat engin pencarian terbaik ell, En.Google. Tapi ianya masih belum cukup buat ell faham.


  1. Ell tak faham maksud yang kat dalam kotak hijau tu. Ell ni tak pandai english, dah terjemah ke bahasa melayu pun masih tak faham..[hehe]..Maksud dalam kotak tu, ada lagi BE yang masih berjalan selain yang ell dapat atau ianya memang merujuk pada BE yang ell dapat tu? Adehhh, bantu ell!!!
  2. Iklan yang ell nampak kat blog ell, iklan YOURSINGAPORE.COM.  Tapi yang dia bagi kat ell STB Thematic Branding LR. Macam tak ada kaitan ja..[hehe]..ke ell yang tak faham ni?

     Thank You Allah, thanks to my family, thanks to best friends and thanks to my friends blogger...Terlalu terharu sampai tak tahu nak cakap apa...[hehe]..Jangan lupa bagi markah kat blog ell ni, supaya ell dapat perbaiki mutu isi kandungan blog ni. Oh ya, kalau nak tahu iklan pasal apa, kenalah korang klik...[hehe]..Sempat promosi...



Tag : , , , ,

Melatih Diri Rajin Membaca

on 27 October 2010


      Jika korang tak minat membaca, tolong jangan baca ya...[hehe]...Dalam kehidupan seharian kita pasti akan membaca, dari kita buka mata sampai kita akan tutup mata untuk tidur. Ell memang tak dapat nak dinafikan membaca memang sesuatu perkara yang penting. Cuba korang bayangkan kalau korang tak pandai membaca, cikgu ajar kat kelas pun korang tak pahamkan? Nak belajar pun malas betul tak? Dulu ell ingat lagi masa darjah satu, cikgu suruh tulis nama-nama kenderaan kat dalam buku..Aduh!!! Pening ell, nasib baik waktu tu sebelah ell ada orang pandai nama  dia Fahmi..[hehe]..Selamat ell...Dapat buat semua..[hehe]..Semuanya kerana ell dulu tak pandai membaca...[huhu]..sedih-sedih.



    Sebenarnya semuanya bermula dari kecil lagi. Galakkan membaca amat penting, bukan ell nak salahkan ibubapa ell, diorang dah bagi semua bahan bacaan dulu kat ell, cuma ell ni je pelik sikit, tak ada masa nak mintak beli buku, beli mainan nak la..[hehe]..Sampai sanggup berbunuhan menangis untuk dapatkan mainan. Best tu main mainan...[hehe]...

    Ell nak cerita sikit mengenai dua buah keluarga. Keluarga yang pertama ni latih anak dia membaca, tak kisah la cerita dongeng, komik-komik atau hanya gambar-gambar yang ada tulisan sikit-sikit, memang keluarga ini galakkan anak diorang membaca. Sebaliknya keluarga kedua, tak menggalakkan anak-anak diorang membaca. Apa yang ell nampak beza anak-anak diorang ni, keluarga pertama ni kalau datang rumah ell memang diorang pendiam, siap pandai cari buku-buku untuk di baca! Dan anak mereka memang pandai-pandai belaka! Berbanding dengan keluarga yang kedua, bila anak-anak diorang datang  kerumah ell, diorang akan tunjukkan kebijaksanaan mereka dengan menyepahkan rumah ell dan yang paling mengejutkan mereka lebih arif mengenai artis-artis tempatan! Bukan tujuan ell untuk memburukan keluarga sesiapa cuma yang ell nak mamberitahu kesan didikan membaca kat korang.


   Kalau diri sendiri memang nak minta untuk jadi malas membaca, memang akan jadi malas membacalah jawabnya. Buka buku kejap je dah mengantuk..macam ell la..[hehe]..Tapi ell nampak perbezaan pada adik ell, adik ell ni suka membaca komik-komik, memang berlambak komik kat rumah, ntah dah berapa kali recycle dah komik-komik tu. Tapi yang menariknya adik ell ni, kalau dia boring memang dia akan cari buku-buku untuk di baca bukan macam ell yang malas membaca buku! Adik ell mula minat membaca hanya bermula dengan membaca komik. Memanglah kalau nak di ikutkan membazir duit untuk membeli komik, tapi kita kenalah lihat hasilnya. Tapi kalau latih terus membaca buku-buku ilmiah lagi bagus!..[hehe]...

    Ya, memang ell tak suka membaca buku, bagi ell buku amat memboringkan..[hehe]..Tapi ell suka membaca artikel-artikel dekat internet..[hehe]..Kosmo online tu dah macam tempat ell lepak la kalau duduk rumah sorang-sorang. Just Khai tempat ell belajar dunia blog & Realiti Konspirasi memang tempat ell berhibur. Tak lupa juga dekat pak cik google ell yang sentiasa memberi setiap permintaan ell. Cuma ell nak bagitau semuanya bermula dari minat membaca setelah di asah dengan batu yang kasar oleh ibubapa ell dan di ikuti dengan kehendak diri ell sendiri. 

    "Mari membaca budaya kita..." Tak akan terjadi kalau kita sendiri tidak rajin membaca. Memang ell akui nak memupuk semangat membaca ni memang susah. Tapi sampai bila kita nak jadi tak suka membaca? Nak jadi blogger pun kena pandai membaca kalau tak macam mana korang nak buat artikel. Tak kan korang nak copy je artikel orang, tak best la kan? 


     Kenapa tak korang mulakan dengan membaca sesuatu yang korang minat setiap hari sekali, kalau tak boleh buatlah seminggu sekali. Ell yakin lama kelamaan korang akan jadi seorang yang rajin membaca kerana ell dah ajarkan teknik semudah ABC ni pada kawan ell....Selamat mencuba!




Tag : ,

Kerana Kau Rove Beetles ( Charlie )

on 16 October 2010

Korang pernah tak membatalkan niat korang untuk mandi hanya kerana ada serangga yang korang geli dalam bilik air? Peh!!! memang memalukan..[haha]...Aku pun ada..Jangan risau..[haha]...Tapi sekarang dah tak takut dah, kalau serangga ni ada aku akan mandi dengan dia sekali...[haha]...Jadi korang paling geli dengan serangga mana?

Dengan cicak ni aku tak la geli sangat cuma segan la kalau dia dok tengok aku mandi..haha


 Labah-labah dengan kata memang aku geli dulu, kalau masa balik kampung tu sebelum aku  mandi, aku akan confirm kan dulu binatang ni tak ada dalam bilik air..[haha]..Tapi sekarang kalau diorang ada juga, aku still cool..[haha]..Dah besar la katakan..[hehe]...
Ha..yang ni yang kedua paling aku geli, dah la laju, silap aku tengah mandi dia dah sampai kat kaki...Peh!!! Walaupun aku tak takut dengan lipas ni, tapi aku GELI!!..[haha]...Kalau tak ada kat bilik air pun aku tak suka..[haha]...


 Yang ini aku tak geli la...[haha]...dengan bangganya aku katakan aku paling takut serangga ni...
English Name : Rove Beetles
Malay Name : Charlie

Serangga ni kebanyakkannya korang boleh jumpa kat kawasan sawah padi belah utara Malaysia..[haha]..Walaupun serangga ni kecik macam semut, tapi kesan dia...Peh!!!! Boleh buat orang mati...Kalau serangga ni ada dalam bilik air, confirm aku keluar balik tak jadi mandi...Tapi...Itu dulu la..sekarang aku simbah je dengan air..[haha]....



 Itu contoh je yang kena bisa charlie sikit,  kawan-kawan aku yang kat kampus ni ada yang kena kat badan..Peh...Seram weh!!!...[haha]..Buat mase ni aku baru pernah kena sekali, itu pun aku harap kali terakhir aku kena, tak sanggup!!!..[haha]...So korang macam mane???
Tag : ,

Haiwan Pelik Tapi Benar

on 10 October 2010

Dah lama sebenarnya nak kongsi pasal haiwan pelik-pelik ni, tapi tak kesampaian sebab banyak test akhir-akhir ni, hari ni dapat la gak aku kongsikan dengan korang...[hehe]... Banyak rupanya hidupan yang selama ini aku tak pernah tengok, walaupun Bumi Allah ni kecil, tapi berjuta-juta yang belum terungkap.

 Macam dalam cerita Avatar la pulak binatang ni..[hehe] Wujud rupanya....[haha]...ingat dongeng semata-mata, tapi boleh terbang tak?...[hehe]....

 Rasanya ni penah nampak dalam cerita Doraemon Kerajaan Awan...[haha]....Masa awan diorang tersekat dekat awan....Betul kan? Yang kawan nobita hilang tu..[haha]....

 Yang ni aku tak tahu ada cerita kat mana..[haha]...Tapi mmg pelik..Kalau jual ni mahal! sape pernah nampak bagi aku ea..nak jual...[haha]....
Yang ni pun pelik, tapi cantik! Yang ni aku nak bagi dekat member blog aku, Rongak! Kerana beliau telah mencuri gigi aku!! Pulangkan balik rongak!!!!...Sebelum binatang curik gigi mu lagi...[haha]....

Alamak!!! Lari tajuk...[hehe]..maaf ya..=)

Tag : ,

Rokok Baik Untuk Kesihatan

on 03 October 2010

Rokok Baik Untuk Kesihatan
[ ...Jika korang tak menghisapkan... ]

Semalam aku dah cerita tentang Kebaikan Merempit kat korang semua. Disebabkan sambutan amat menyedihkan...Hari ni aku buat lagi 1 perkara tentang kebaikan merokok, perkara ni aku kena share dengan korang...[haha]....Harap post kali ini juga dapat sambutan yang amat menyedihkan...[huhu]....Semalam, sebelum HouseMate aku p tengok perlawanan bola dia sempat berbicara dengan aku yang Mabuk melayari internet...[huhu]....

"....Kena bawa Lap Top ni sambil tengok bola, kalau tak nanti aku asyik hisap rokok. Rokok tak baik untuk kesihatan...."


Gejala rokok ni memang dah berleluasa, cam dah tak perlu lagi nak bagi tau kat korang apa itu rokok. Sekarang ni pun kalau jalan-jalan kat bandar dah boleh nampak budak-budak sekolah hisap rokok....Mungkin budak-budak ni lagi bagus teknik meroko banding dengan korang...[haha]....

Mungkin juga diorang ni suka hati warna Hitam, macam ada style kan? Hati yang bersih terus jadi gelap gelita...[haha]...kalau nak cepat Hitam kenalah hisab banyak2....[haha]....Mungkin korang boleh dapat hadiah dengan hati yang gelap tu....

Kenapa korang nak merokok? Dekat kotak dah terang2 bagitau kesan2 merokok ni....Aku rasa kotak rokok tu kena besarkan lagi...So, gambar boleh nampak dengan jelas....Adoiii....Tak paham aku, kena research lagi pasal rokok ni...[huhu]...

Mengikut kajian, merokok ni dapat mengurangkan jangka hayat seseorang...Bagus2...Inilah kelebihan merokok yang mesti korang tahu, Boleh mati cepat!!!

...Best'kan???


Ye...betullah cakap korang tu...

"...Hidup & Mati itu semuanya di tangan Allah..."


Allah yang menentukan segala-galanya. Tapi korang kena ingat, kalau Allah cakap korang mati sebab hisap rokok, korang tetap akan mati sebab rokok....

"...Allah tidak akan mengubah nasib seseorang hambanya melainkan atas kehendak hambanya..."

So...Jom berubah!!! Aku cakap memang senang sebab aku tak merokok...[hehe]...korang ada idea macam mana nak berhenti merokok???



Tag : ,

Kebaikan Merempit

on 02 October 2010

Duat rempit aku ari ni...[hehe]...


Apesal korang search kebaikan merempit??
korang nak merempit la ni ya...[haha]...Kalau korang pro pasti banyak kelebihan, tapi kalau korang tak Pro??? Alamat kebaikan yang lain la yang korang dapat....nak???

Macam kata Duta Rempit aku kat atas tu, korang akan dapat masuk akhbar tempatan. Lagi terkenal korang kalau dapat masuk akhbar luar negara, tapi dengan syarat aksi kena lagi mantap!!! Seperti berkecai selepas aksiden, kepala terbang sejauh 1KM, darah mencurah cam ladang gandum....[haha]....

Kalau korang nak merempit, pastikan nampak bergaya. Sebab bukan korang yang amek gambar tapi orang-orang yang korang tak kenal. Lagipun wartawan mesti nak gambar yang bergaya nak letak dekat kulit Hadapan...[haha]..ingat BERGAYA...


Yang paling best bak kata Duta Rempit aku, dapat hadiah LIANG LAHAD. Peh!!! korang tak nak ke??? Rumah orang nak kasi, cuma kecik la...tak berapa selesa, yang penting tak ada duit sewa. Jimat duit korang...[haha]....

So, apa macam??? Nak merempit? Kalau setakat speed up motor korang dengan selamat tak apelah, tapi jangan sampai membahayakan diri korang sendiri k...Tapi kalu korang nak juga...TERPULANG...cuma mengingatkan..=) Aku teringin gak merempit ni...tapi tak mampu..[sebab]....haha sebab ape??

...SHARE IT IF YOU LIKE IT....
Tag : ,
 
© Alienelliz | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO