Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts

Blogspot Aku Hilang! | Tingkatkan Visitor Dengan Pertandingan | Update

on 05 January 2011

Salam...
        Ell harap semua dalam keadaan sihat sejahtera dan ell ucapkan terima kasih kepada yang masih sudi datag ke blog ell walaupun ell dah lama tak blogWalking. Thanks a lot! Actually, dekat kawasan rumah ell ni tak dapat Wifi. Kalau dapat sekalipun hanya Wifi hotSpot yang ell beli RM8 untuk sejam. Sangat mahal dan sangat lambat! Ell cuma gunakan hotSpot ini hanya waktu pagi kerana itu satu-satunya yang dapat online menggunakannya. Selain itu, ell juga online guna broadband kawan serumah ell. Guna broadband tak mampulah untuk ell datang kesemua blog sebab nak jimatkan penggunaanya. Hanya beberapa blog yang ell kerap datang. Insya Allah akan datang ell akan datang ke blog korang juga.

Tag : , , ,

Tips Tingkatkan Pengunjung Blog (2)

on 16 November 2010

Salam Ikatan Persaudaraan...
     Ell harap semua dalam keadaan sihat sejahtera di samping blog-blog tersendiri. Sebelum ni ell ada ceritakan pada korang semua cara meningkatkan traffic dengan cara BlogWalking. Ell yakin korang semua dah menggunakan cara BlogWalking ini. Kali ini ell akan kongsikan sesuatu cara BlogWalking yang buat sementara ini ell belum nampak dari mana-mana bloggers menceritakannya atau mungkin ell sendiri tak perasan sambil-sambil membaca entry korang. Minta maaflah kalau ada di antara korang yang dah kongsikan perkara ini, tapi insya Allah ell akan kongsikan dengan cara ell tersendiri. Harap ianya dapat membantu korang semua.


     Tips ini untuk orang yang sibuk pada siang hari tetapi masih mahukan pengunjung yang ramai. Ell dah pun mengkaji waktu paling ramai orang berblogWalking ini dan pasti korang semua dah tahu akan waktu-waktu yang terbaik untuk berBlogWalking. Pada awal ell buat blog ini, hasil dari blogWalking ell cuma mampu mendapatkan visitor paling sikit 50 orang sehari. Paling ramai cuma 80 orang, sebab ell memang malas nak blogWalking ni, kadang-kadang banyak kerja yang nak di buat pada siang hari. Setelah lama ell memerhatikan graf pengunjung di Nuffnang, ell dapati waktu terbaik untuk blogWalking adalah pada pukul 12 pagi! Errghhh!!! Malaskan nak online pagi-pagi?..[haha]..Namun itulah hakikat yang sebenarnya.

     Ell ada tanya pada pihak Nuffnang mengenai iklan-iklan ni, soalan ell "Mengapa iklan Nuffnang ni kadang-kadang ada, dan kadang-kadang tiada?" dan jawapan yang ell terima, "Bilangan iklan akan dikeluarkan mengikut kehendak pengeluar iklan, sebagai contoh pihak iklan ingin membeli 700 klik dari blog kita dalam masa seminggu, ini bermaksud iklan akan di paparkan dalam blog kita 100 kali dalam masa sehari. Kebanyakkan iklan akan di keluarkan di blog masing-masing pada pukul 12 pagi kerana pada waktu itu bermulanya hari baru."...Mungkin perkara inilah yang menyebabkan ramai para bloggers yang berBlogWalking pada pukul 12 pagi!

     Ell memang tak nak tunjukkan buktinya, tapi ell nak korang cuba lakukan dan lihat hasilnya sendiri. Kalau tak percaya cakap ell, cuba korang peruntukkan masa korang selama 1 jam, dari pukul 12 pagi sehingga 1 pagi. korang blogWalking selama 1 jam tu. Lepas korang sembahyang subuh pukul 6 pagi, korang lihat sendiri dekat analitik Nuffnang..[haha]..Betul tak ell cakap? Tapi ingat, blogWalking perlu dengan cara yang betul!

     Kalau korang perasan, ell juga akan berBlogWalking pada pukul 12 malam dengan aktifnya..[haha]..Cukup 1 jam ell akan berhenti dan tidur. Mengikut pengalaman ell berBlogWalking pukul 12, pengunjung blog yang boleh kita dapat mencecah 40 orang! Kalau korang target sehari 100 pengunjung, siang harinya korang cuma perlukan 60 pengunjung. Mudah bukan?...


     Tips BlogWalking ini hanyalah cara mudah untuk mendapatkan pengunjung blog, ataupun dapat kita kelaskan ianya sebagai cara untuk kita promosi blog kita yang masih baru. Ell sendiri menggunakan cara blogWalking ni...[hehe]...Namun, kita perlu tahu pengunjung akan  berkurang sekiranya kita tidak blogWalking. Selain dari cara yang ell beritahu, korang perlulah cari inisiatif lain untuk mendapatkan pengunjung atau membina blog mengikut kreativiti tersendiri untuk menarik minat orang lain untuk datang ke blog korang...[hehe]...Jom sama-sama kita meriahkan dunia blog!


Tag : ,

My First Buffered Earnings

on 05 November 2010


     Di saat ell blogwalking di petang hari, ell terasa ada iklan yang khusuk melekat kat blog ell ni, pandangan iklan ni amat tajam sehingga ell menjadi takut. Malam kejadian ell terus tinggalkan pesanan dekat rakan-rakan blog ell. qistynacorner, miss senget dan ramai lagi. Maaf terlalu happy sampai tak ingat..[hehe]. Diorang cakap ell dapat BE, tapi ell releks je la tak kan riuh satu kampung sebab dapat BE kan, lagipun waktu tu tak ada bukti..[hehe]..Tapi pagi ni pukul 4, ell tersenyum memanjang. Syukur Alhamdulillah.....Dapat satu pun jadilah ya..[hehe]...


     Terlebih dahulu ell mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Nuff kerana bagi ell BE. Terima kasih juga ell ucapakan kepada semua pengunjung yang datang mensesakkan blog ell. Membaca cerita-cerita ell yang amat membosankan hati korang. Tapi ell tahu korang mesti suka tengok gambar-gambar ell masa kecilkan??..[hehe]...Korang mesti tak percaya ell ni comel, tapi dulu la masa kecik-kecik. Sekarang dah besar, dah tak comel dah..[huhu]...Oh ya...Tak lupa juga pada Tiefazatie, kerana mengajar ell dalam dunia Nuff ni..hehe apa yang dia ajar? Korang pergi terjah dia!...[haha]...



     Sila baca tajuk untuk sekali lagi...[hehe]...Bukanlah post ini bertujuan untuk berlagak atau pun untuk berbangga tapi..ell sendiri macam tak percaya di beri peluang untuk menerima BE buat kali yang pertamanya. Kalau sebelum ni setiap minggu cek duit Global_CPC. Harap-harap lepas ni dapat hasil duit BE pulak...[hehe]...Actually ell tak tahu sebenarnya apa yang En.Nuff tulis dekat ell punya nuffnang. Jadi ell nak tanya kepada semua pembaca, ell sebenarnya dah baca semua yang berkaitan Nuffnang, ell cari semua yang berkaitan Nuffnang kat engin pencarian terbaik ell, En.Google. Tapi ianya masih belum cukup buat ell faham.


  1. Ell tak faham maksud yang kat dalam kotak hijau tu. Ell ni tak pandai english, dah terjemah ke bahasa melayu pun masih tak faham..[hehe]..Maksud dalam kotak tu, ada lagi BE yang masih berjalan selain yang ell dapat atau ianya memang merujuk pada BE yang ell dapat tu? Adehhh, bantu ell!!!
  2. Iklan yang ell nampak kat blog ell, iklan YOURSINGAPORE.COM.  Tapi yang dia bagi kat ell STB Thematic Branding LR. Macam tak ada kaitan ja..[hehe]..ke ell yang tak faham ni?

     Thank You Allah, thanks to my family, thanks to best friends and thanks to my friends blogger...Terlalu terharu sampai tak tahu nak cakap apa...[hehe]..Jangan lupa bagi markah kat blog ell ni, supaya ell dapat perbaiki mutu isi kandungan blog ni. Oh ya, kalau nak tahu iklan pasal apa, kenalah korang klik...[hehe]..Sempat promosi...



Tag : , , , ,
 
© Alienelliz | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO