Tips Tingkatkan Pengunjung Blog (1)

on 11 November 2010

Salam Ribuan Persahabatan....
     Alhamdulillah....Setelah ell menceburi dalam bidang blog ini, ell memang tak dapat nak nafikan ada cara paling mudah untuk tingkatkan traffic. Sebelum ni ell pernah buat blog, tapi sekadar suka-suka dan tak ada niat untuk kongsikan apa-apa kat blog ni, tak pernah terfikir. Tapi tak tahulah niat itu berubah dan mula meminati bidang blog ni. Ternyata ianya bukanlah sesuatu yang merugikan kerana banyak faedah yang kita boleh dapat. Tapi kalau nak blog kita di kenali ramai amatlah susah kerana kita akan mula dari bawah, dari orang tak akan mengenali kita dari kita belum tercipta nama dan ianya juga bukanlah sesuatu yang mudah seperti kita lihat.

     Kali ni ell nak kongsikan satu cara yang mampu menarik ramai pengunjung ke blog kita dengan cara mudah dan ell yakin kebanyakkan dari korang sudah pun tahu dan sudah pun membacanya berulang-ulang kali. Mungkin ada diantara korang yang akan cakap pengunjung blog ell baru berapa ratus tapi dah pandai nak bagi tips. Ell tak kisah sebab sekadar berkongsi pengalaman ell dalam memingkatkan pengunjung blog ini harap dapat teruskan membaca untuk mempelajarinya dan ell nampak kesannya yang sangat hebat.


     Semua pernah dengarkan? Ya, blogWalking merupakan cara termudah untuk mendapatkan pengunjung. Tapi kena ingat, kita perlu ada cara yang betul bukan hanya sekadar tinggalkan jejak. Bagi ell kalau korang just tinggalkan jejak kemudian korang tinggalkan blog tu terus, korang antara blogger paling rugi sekali dalam dunia ni kerana korang dah mensia-siakan kebaikan blogWalking itu sendiri tanpa korang sedar! Ell tak tipu dan korang tak akan dapat pengujung macam yang korang angan-angankan tu.


     Yang ni memang ell tegaskan kalau korang nak pengunjung dari  BlogWalking. Software yang ell maksudkan software yang menggunakan sistem tanpa pergi ke blog orang lain, sebaliknya dapat tinggalkan jejak dekat ruangan chat. Kalau korang buat macam ni korang memang rugi! Korang rugi sebab korang tak akan dapat ilmu apa-apa dan ell boleh labelkan orang macam ni sebagai tamak! Dan seperti yang korang semua tahu, tamak itu selalunya rugi...[haha]..

     Mesti korang tertanya-tanya kenapa rugi kan? Sebab bila korang buat macam tu korang tak akan membaca. Rugi-rugi, ilmu korang = '0'. Tambahan lagi, bila orang lain dah sedar korang guna software, jangan harap diorang nak datang blog korang. Rugi, rugi dan memang rugi..[haha]...

     Tapi korang jangan salah faham, kalau software yang bawa korang pergi ke blog-blog orang lain dan menggunakan shoutbox sebaiknya itu tak jadi masalah. Ada beberapa software ell nampak yang bawa kita ke blog, cuma ell tak ingat siapa pembuatnya. Ianya suatu idea yang menarik bagi ell sebab korang dapat pergi ke blog orang lain, dapat membaca entry, dapat tinggalkan jejak. Bukankah itu sama-sama dapat untung. Ingat..Jangan pentingkan diri sendiri! 


     ..[haha]..yang ell pun tak pandai, tapi masih belajar sebab ell ni tak pandai bergaul..Betul ke??...[haha]..kenapa nak mesra? Bila korang mesra, insya Allah orang lain suka klik jejak yang korang tinggalkan. Contohnya kalau korang tulis kat shoutbox "BlogWalking"..Dan satu lagi korang tulis "Tengah buat apa? Sihat tak?"..Agak-agak korang yang mana akan menjadi pilihan? Fikir-fikirkan ya....[hehe]..

     Lagi satu, kalau orang tanya "Tengah buat apa?"...Ringan-ringankanlah tangan untuk balas jawapan orang walaupun dah beberapa kali dia datang ke blog korang. Mesra-mesrakan ya...Baru seronok berBlogWalking, macam chat dekat Facebook. Tak sia-sia sebenarnya, korang akan tambah kawan, kalau korang tak tahu korang boleh tanya. Ell sendiri banyak tanya kawan-kawan kat blog ni, nak di ikutkan dah banyak cigu-cikgu ell..[haha]...Berkurung dalam bilik bukannya tak ada kawan betul tak?


     ..[haha]..Tak payah susah-susah nak tinggalkan jejak. Tengok kat senarai follower korang yang ramai-ramai tu, pergi blog diorang. Kalau tidak sia-sia diorang jadi follower korang tapi korang tak manfaatkan. Betul tak? Kalau follower korang 300, mungkin 200 akan balas.

     Korang semua mesti ada exchange link betul tak? Sambil korang guna SEO exchange link tu, gunakanlah juga untuk BlogWalking. Senang bukan? Semua dah ada cuma kita kena bijak nak gunakannya...[hehe]..Ell sekadar berkongsi, ell sendiri masih dalam pembelajaran.



Ranking: 5

{ 37 comments... read them below or add one }

mizayusof said...

whoa! thanks for the tips:)


November 11, 2010 at 10:11 AM
Efa Nur said...

gud info..thanx ya ell...:)


November 11, 2010 at 10:21 AM
miss ladies said...

wahh suke suke! hihihi... thnx ya for the tips.. huhu


November 11, 2010 at 10:23 AM
Lovely Emy said...

terima kasih 4 the tips =) memang blogwalk meningkatkan traffik pun, & xsemestinya follower sikit, pegunjung xramai, betul x.?


November 11, 2010 at 10:49 AM
Gayahspears said...

tip ya terabik...
yg pntg kerjasama??? huhu


November 11, 2010 at 11:22 AM
Johari Hamzah said...

huhu.. bgs2.. sharing is caring..

nak tambah satu.. comment. jgn lupa comment.. :) penting gak 2.. xkan dkt shoutbox jew kan.. :)

JohariHamzah[dot]Com


November 11, 2010 at 11:45 AM
Khalisa Zulkarnain said...

gudddd tipssss abanggkuhhh. huahua


November 11, 2010 at 12:29 PM
Shakina Farhan said...

comel la gmbr atas skali..hehe..tu plak yg kina komen kn..


November 11, 2010 at 12:55 PM
Hairil Rizal said...

Setujuuuu! :)
Sori...kita lama tak pegi blog awak nie... :(


November 11, 2010 at 1:07 PM
Mun said...

setuju jugak!! hehe.. seronok BW.. thanks info tu..


November 11, 2010 at 1:28 PM
tsaicoutic tranmorphersys said...

yeahhhhhhhhhhhh...stuju semua yg di atas tu....hehe


November 11, 2010 at 1:36 PM
suzie rahman said...

wah adik akak dh mntop ni.hihihi


November 11, 2010 at 2:35 PM
elfa said...

waaa.. thnx sgt2 4 da tips..

bru wa tw ada software yg bgitu.. cne nk detect ea..?

ke x prasan pn..


November 11, 2010 at 3:16 PM
Syat0za Zai said...

ngah bace la ni .. O.o menelaah..haha
tenkiu2 for da info :D


November 11, 2010 at 3:19 PM
Padin said...

Blogwalking merupakan cara yang terlaju lah kalau nak raih trafik, hee
tapi aku selalu juga terfikir, sampai bila harus BW untuk menghidupkan blog? hee...


November 11, 2010 at 9:04 PM
Mr.P said...

err...tips untuk blogdating ade?hehehe


November 12, 2010 at 2:05 AM
MJ said...

trimas 4 the tips..hehe..
sdg improvekn diri dlm dunia blog..


November 12, 2010 at 4:54 PM
budakkecik said...

Terima kasih atas tips tuh...dakkecik akan pratikkan.


November 13, 2010 at 12:29 AM
Amri Abd Rani said...

Ada sorang dua yg mlawat jd la...buat hibur hati...
xsuka dgn makhluk yg guna software utk BW...
kdg2 letih dah BW...update je...huhu


November 13, 2010 at 12:30 AM
Anonymous said...

saya setuju! hehe . btw , nice info . selamat ber"blogging" :)


November 13, 2010 at 12:58 AM
H.A said...

hai ell..sihat ke??..tengah buat ape??...hehehe.. :P

salam kenal2 ye :)
"single itu indah ke?""


November 14, 2010 at 12:39 AM
DeCrewz said...

Salam kenal..
Bagus la tips nie tuk newbie cam dak aku nih..
Baru nak jinak @ lbh senang lagi, tgh bljr buat blog lg..he3


November 17, 2010 at 2:10 PM
Anonymous said...

ell, yg buat sofware blogwalking manual tu sepaku.net :)


November 18, 2010 at 11:39 AM
Nazterjah said...

nazterjah dh banyak menerjah blog org..traffik sama aje...ape yang nazterjah lihat, blog perempuan paling ramai dapat kunjungan..lelaki ni kurang dpt perhatian...cube betul2...


November 18, 2010 at 4:17 PM
Cempakamelati said...

banyaknya ilmu berguna kat sini..terima kasih berkongsi ilmu-ilmu tu.


November 24, 2010 at 11:02 PM
pepol said...

tips yg bagus...hehehehe..tqvm..


November 27, 2010 at 1:47 AM
Si GadisSemasa said...

thankz bagi tips bagus nie :D


November 28, 2010 at 12:43 AM
Anonymous said...

tq 4 sharing..gud info


December 9, 2010 at 12:00 PM
nurain said...

terima kaseh untuk nasihat tuh..


December 11, 2010 at 11:01 PM
seriwangi said...

t.you blogwalking kat blog seriwangi


December 16, 2010 at 9:29 PM
dewimalam said...

good info...suka hantu maklimmah?dtg jgk umah dia key...


December 16, 2010 at 9:29 PM
Nadhirah AR said...

selama ni saya baca tips meningkatkan visitor ke blog tapi ada beberapa tips dalam entry ni tak penah saya jumpa . bagus laa ell , cara yang senang nak dapat visitor . hehe . bertuah laa melawat blog ell :)


December 18, 2010 at 11:18 AM
Anonymous said...

@Nadhirah-chan

hehe thanks ya Nadhirah-chan, ell skdr berkongsi shja. lagipun smua kat atas tu adalah dari blogWalking..cuma tekniknya shja ell kongsikan..=)


December 18, 2010 at 11:39 AM
 
© Alienelliz | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO