Mencari...Mencari...Mencari...
Korang mesti pernah mengalami influenza mencari idea dalam membuat entry kan? Sama macam ell masa mula-mula terjebak dengan gejala blog yang semestinya banyak memberi faedah jika di gunakan dengan sebaik-baiknya. Kalau tak buat entry sehari rasa macam tak tenang je hidup...[haha]..Kerana ketagihan visitor yang banyak, sehari 10 tak cukup, sehari 20 tak cukup, sehari 30 tak cukup...Itulah perangai ell..[haha]..Tapi nak cari idea bukan main susahkan, betul tak?
Ell ada tanya kawan-kawan blog dan ianya amat membantu ell, walau hakikat yang sebenarnya ell jarang update..[haha]....Ada sebabnya ell jarang update, tapi kadang-kadang bila idea tu datang mencurah-curah memang rajinlah..[haha]...So, lepas ell dah belajar dari kawan-kawan, kini tiba giliran ell pulak kongsikan dengan korang semua cara mencari idea untuk menulis entry, sebahagiannya ell gunakan dan sebahagian lagi ell belum sempat nak gunakan, tapi ell kongsikan semuanya apa yang ell belajar.
Sebelum ni ell ada cerita yang kebaikan blogWalking adalah menambah ilmu pengetahuan betul tak? Selain itu, ianya dapat membantu korang cari idea dengan membaca entry para bloggers yang lain. Tapi satu je pesanan ell, jangan copy hasil karya orang, kalau nak copy sekali pun tolong bagi penghargaan pada penulis yang sebenar. Kadang-kadang nak membaca ni memang malas betul tak? So, kenalah kita pupuk minat membaca dalam diri kita. Korang pun tahu membaca menguntungkan diri kita sendiri. Cakap pasal baca, baca, baca, baca ni...Nak baca kat mana ya?..[haha]...
Kalau abah ell tak beli surat khabar memang tak lengkap la shopping dia...[haha]..Belilah surat khabar, bukan mahal sangat pun nak beli. Kalau korang berminat nak tulis mengenai hal-hal semasa kat seluruh dunia, korang baca surat khabar tu muka surat depan. Kalau nak tulis mengenai gosip-gosip artis, buka muka surat kat tengah-tengah surat khabar tu, kalau suka sukan, selak muka surat belakang. Semua ada kan, just korang pilih je mana tajuk yang sesuai dengan blog korang. Tak nak beli? Nak jimat duit? Surat khabar online kan ada, ell sendiri baca surat khabar online je, mudah dan jimat!...[hehe]....
Ell yakin, kat rumah korang mesti banyak majalah, yang lama-lama tahun 1995 dulu pun tak jadi masalah. Cara-cara jaga kesihatan, cara-cara memasak, cara-cara menghias rumah, cara-cara mengurat dan macam-macam lagi, ambil dan buat entry. Kalau nak lagi best, tambah sikit-sikit dengan cara-cara terbaru yang korang baca dan tambah dengan pengalaman sendiri. Sebagai contoh, dalam majalah tahun 1999 ada tiga isi cara-cara melatih diri rajin membaca, dalam majalah yang terbaru ada lima. Ha....Apa lagi? Gabungkan semuanya...[hehe]..Mudah bukan?
Menyelam sambil minum air...Tapi jangan lepas menyelam lepas tu lupa nak makan bila guna Facebook tu..[haha]..Macam penulis ni..[haha]..Maksud ell gunakan ruangan iklan yang ada dekat Facebook, klik kemudian baca. Lihat gambar di sebelah kiri sebagai contoh.
..[haha]...Tulislah pasal google chrome. Kalau tak faham dia tulis apa, korang search la kat google 'Kelebihan Google Chrome'. Bukan dekat setakat Facebook ada iklan ni, dekat laman-laman web lain seperti forum, surat khabar online dan sebagainya juga dapat membantu. Senang bukan?...Sebab tu ell pernah cakap dulu, blogging ni tak rugi kalau kita gunakan cara yang betul, banyak ilmu kita boleh dapat.
...[haha]..Masih ada perkara yang korang tak patut buat bila korang gunakan cara yang ell beritahu di atas ni...Simple, kalau korang buat juga, blog korang akan jadi bosan macam blog ell ni..Bosankan??..[hehe]...Tapi ell tak copy ya....Ayat buat sendiri ni..[haha]..
- Jangan copy ayat macam korang baca, sebaliknya guna ayat korang sendiri baru korang faham. Kalau korang copy je, baik korang tak payah buat blog, baik korang jadi mesin photocopy..[huhu]...
- Jangan korang baca tajuk je kat surat khabar, lepas tu korang tulis cerita sendiri. Kalau korang buat macam tu, mungkin balai polis akan jadi rumah korang sebab kena saman..[haha]..
- Jangan buat blog untuk kejar duit, tapi kejar faedahnya, dapat ilmu, kawan, dapat berkongsi dan yang penting dapat kepuasan berblog.
Akan datang ell kongsikan tips cari idea menulis entry ni lagi, bukan apa, ell takut tulis panjang-panjang nanti buat korang bosan nak membaca pula. Kali ini cuma cari idea dari pembacaan akan datang lain caranya pula...[hehe]...Selamat memeriahkan dunia blog! Sharing is caring..[hehe]...
p/s : Ell ada buat fans page blog Alienelliz ni kat Facebook. Jom meriahkan blog ell kat sana...[hehe]...Just click LIKE dekat ruang gadget ell. Sama-sama kita memeriahkan blogging ya..[hehe]...
{ 14 comments... read them below or add one }
aku klau xde idea menulis, biasanya akan cari gmbar dan post.. coz mlas nak menulis
November 13, 2010 at 10:25 AM
wuhuuuuuuuuu..btul2...
"Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis."-a.samad said
November 13, 2010 at 10:34 AM
lupa lagi satu, isu semasa di alam realiti, hahahaha
apa yg terjadi kat depan mata kita, kita tulis ^__^
November 13, 2010 at 10:54 AM
banyak sebenarnya idea nak menulis dalam blog nih. Kebetulan plak next week kot nak cerita bab nak cari idea tentang penulisan blog,,nanti kita sharing-sharing ok..
November 13, 2010 at 11:10 AM
pndai nya----> gaya iklan dugro! haha..
November 13, 2010 at 12:07 PM
i hate copy & paste....no ORI!
November 13, 2010 at 1:35 PM
terbaik lah info ni, kadang2 jem jugak otak, kering idea ekekee
November 13, 2010 at 5:24 PM
nice shring.. thx :)
November 14, 2010 at 12:21 AM
thanks for share post nie...
kadang2 ramai yang ada blog.
tapi kosong sebab xde idea nk tulis ape..
November 14, 2010 at 1:06 AM
adeh awat cbox ni
November 14, 2010 at 1:44 AM
ell..cbox tu suker xkua.ell ltk lh shout kt lua 1
November 15, 2010 at 2:58 AM
thx for info ell
suka baca ayat yang sgt2 mengambarkan tuan punyer badan
November 15, 2010 at 8:16 AM
setuju dn ell.yang penting bila berblogging jadilah diri sendiri. jgn suka copy-paste sebab langsung tak menarik. pemabaca skrg pandai2 belaka tau. ^^
thanx ell. :D
December 27, 2010 at 9:43 PM
@SyerAgh
Untuk kes-kes kecemasan ia memang boleh dilakukan. Tapi untuk jangkamasa panjang, ia akan menjejaskan krredibilti di mata pembaca blog.. :)
June 29, 2011 at 8:20 PM
Post a Comment