Jika korang tak minat membaca, tolong jangan baca ya...[hehe]...Dalam kehidupan seharian kita pasti akan membaca, dari kita buka mata sampai kita akan tutup mata untuk tidur. Ell memang tak dapat nak dinafikan membaca memang sesuatu perkara yang penting. Cuba korang bayangkan kalau korang tak pandai membaca, cikgu ajar kat kelas pun korang tak pahamkan? Nak belajar pun malas betul tak? Dulu ell ingat lagi masa darjah satu, cikgu suruh tulis nama-nama kenderaan kat dalam buku..Aduh!!! Pening ell, nasib baik waktu tu sebelah ell ada orang pandai nama dia Fahmi..[hehe]..Selamat ell...Dapat buat semua..[hehe]..Semuanya kerana ell dulu tak pandai membaca...[huhu]..sedih-sedih.
Sebenarnya semuanya bermula dari kecil lagi. Galakkan membaca amat penting, bukan ell nak salahkan ibubapa ell, diorang dah bagi semua bahan bacaan dulu kat ell, cuma ell ni je pelik sikit, tak ada masa nak mintak beli buku, beli mainan nak la..[hehe]..Sampai sanggup berbunuhan menangis untuk dapatkan mainan. Best tu main mainan...[hehe]...
Ell nak cerita sikit mengenai dua buah keluarga. Keluarga yang pertama ni latih anak dia membaca, tak kisah la cerita dongeng, komik-komik atau hanya gambar-gambar yang ada tulisan sikit-sikit, memang keluarga ini galakkan anak diorang membaca. Sebaliknya keluarga kedua, tak menggalakkan anak-anak diorang membaca. Apa yang ell nampak beza anak-anak diorang ni, keluarga pertama ni kalau datang rumah ell memang diorang pendiam, siap pandai cari buku-buku untuk di baca! Dan anak mereka memang pandai-pandai belaka! Berbanding dengan keluarga yang kedua, bila anak-anak diorang datang kerumah ell, diorang akan tunjukkan kebijaksanaan mereka dengan menyepahkan rumah ell dan yang paling mengejutkan mereka lebih arif mengenai artis-artis tempatan! Bukan tujuan ell untuk memburukan keluarga sesiapa cuma yang ell nak mamberitahu kesan didikan membaca kat korang.
Kalau diri sendiri memang nak minta untuk jadi malas membaca, memang akan jadi malas membacalah jawabnya. Buka buku kejap je dah mengantuk..macam ell la..[hehe]..Tapi ell nampak perbezaan pada adik ell, adik ell ni suka membaca komik-komik, memang berlambak komik kat rumah, ntah dah berapa kali recycle dah komik-komik tu. Tapi yang menariknya adik ell ni, kalau dia boring memang dia akan cari buku-buku untuk di baca bukan macam ell yang malas membaca buku! Adik ell mula minat membaca hanya bermula dengan membaca komik. Memanglah kalau nak di ikutkan membazir duit untuk membeli komik, tapi kita kenalah lihat hasilnya. Tapi kalau latih terus membaca buku-buku ilmiah lagi bagus!..[hehe]...
Ya, memang ell tak suka membaca buku, bagi ell buku amat memboringkan..[hehe]..Tapi ell suka membaca artikel-artikel dekat internet..[hehe]..Kosmo online tu dah macam tempat ell lepak la kalau duduk rumah sorang-sorang. Just Khai tempat ell belajar dunia blog & Realiti Konspirasi memang tempat ell berhibur. Tak lupa juga dekat pak cik google ell yang sentiasa memberi setiap permintaan ell. Cuma ell nak bagitau semuanya bermula dari minat membaca setelah di asah dengan batu yang kasar oleh ibubapa ell dan di ikuti dengan kehendak diri ell sendiri.
"Mari membaca budaya kita..." Tak akan terjadi kalau kita sendiri tidak rajin membaca. Memang ell akui nak memupuk semangat membaca ni memang susah. Tapi sampai bila kita nak jadi tak suka membaca? Nak jadi blogger pun kena pandai membaca kalau tak macam mana korang nak buat artikel. Tak kan korang nak copy je artikel orang, tak best la kan?
Kenapa tak korang mulakan dengan membaca sesuatu yang korang minat setiap hari sekali, kalau tak boleh buatlah seminggu sekali. Ell yakin lama kelamaan korang akan jadi seorang yang rajin membaca kerana ell dah ajarkan teknik semudah ABC ni pada kawan ell....Selamat mencuba!
{ 5 comments... read them below or add one }
waa..kamu buat Mish rajin membaca entri kamu ni ell.tahniah..hahaha
October 28, 2010 at 12:24 AM
membaca membuka minda betul ke?tQaH pun x suka membaca sangat..kecuali novel-novel..
October 28, 2010 at 12:08 PM
aku baca entri ni sampai habis..tandanya aku rajin membaca XD
October 28, 2010 at 11:33 PM
kena latih dari kecik.. :)
Kuman "Siti Balqis tipu?" Entry
October 29, 2010 at 12:37 AM
jom membaca!! membaca kan jambatan ilmu.. tk kira la bc ape2 pon.. novel ker, artikel ke, blog ker, ingredient kicap ker... just do it even a little one and it is better than doing nothing rite?
October 31, 2010 at 1:05 AM
Post a Comment