Bila Kesihatan Tidak Dijaga

on 29 October 2010

     Hari ni ell tak berapa sihat, susah juga kalau tak sihat ni, semua perkara rasa macam terbatas je nak buat berbanding dalam keadaan sihat. Mungkin sebab ell malam tadi biarkan diri ell tidur dalam kesejukkan. Tambahan lagi, ell tidur lewat pula malam tadi. Memang inilah hasilnya, awal-awal pagi ell dah rasa sakit tekak dah, dalam fikiran ell dah terfikir ni confirm demam. Tapi sekarang ni macam dah ok sikit, dah makan tengah hari, ubat pun dah makan...Insya Allah, tak lama lagi sihat la ell, kalau nampak ell jalan-jalan kat blog korang tu... ha!!! Faham-faham la ya.. dh sihat...hehe



     Macam ell cakap kat atas tu la, bila dah sakit ni banyak perkara yang terbatas. Tapi ibadah wajib tetap kena tunaikan walaupun sakit. Sebab dalam islam itu sendiri ada jalan penyelesaian, lagikan pula islam itu suatu agama yang mudah. So, bukan satu masalah untuk kita beribadat walaupun dalam keadaan sakit.

     Buat kerja berat-berat sikit pun dah cepat rasa penat, mana tak nya, kalau demam tu badan ni rasa panas sangat, kalau duduk kat kipas rasa sejuk sangat pulak sampai siap bersin-bersin la pulak, semuanya serba tak kenakan? Tapi ell ada dengar kata orang, kalau demam ni tak boleh nak biarkan badan berehat sangat nanti makin malas, kenalah buat juga kerja cuma jangan buat kerja yang terlalu berat. Macam ell sekarang, tak boleh nak tidur je, esok final ni! Hehe..korang semua jangan lupa doakan ell ya??Hehe..



     Makan ni penting! Kalau tak makan kuantiti darah akan berkurangan. Itulah sebabnya tak ada tenaga nak buat kerja. Ell ingat lagi masa ell kena denggi dulu, jururawat kat hospital tu semua cantik-cantik selalu pesan kat ell supaya makan, kalau tak makan tekanan darah akan berkurangan. Tapi ell tetap tak makan sebab makanan kat hospital tu tak sedap! Terukkan ell, dah la orang bagi makanan percuma, siap jaga lagi sampai sihat. Tapi cakap makanan tak sedap pula. Ish-ish..korang jangan ikut ell! Namun hari demi hari, tekanan darah semakin berkurangan, adeh! Ape nak jadi ni? Tapi, pagi tu mak ell sampai hospital ( Terima kasih mama) bawa makan! Sedap! Masakan ibukan, mestilah sedap...[hehe]...Alhamdulillah, esoknya ell boleh keluar hospital sebab doktor kata dah sembuh. So? Makan itu penting betul tak? Kalau tak jaga makan samalah kita abaikan kesihatan.



     Adakalanya bagus juga sakit ni, sebab masa-masa macam ni lah kita sibuk nak bersujud pada Allah, masa macam ni lah baru teringat nak ingat Allah, masa macam ni lah kita nak muhasabah diri kita..Ish-ish..elakkan ya, sebaik-baiknya, walaupun kita sihat atau sakit, kita kenalah selalu ingat Allah, dia pencipta kita...So? Renung-renugkan dan selamat beramal...[hehe]...
Ranking: 5

{ 9 comments... read them below or add one }

Nur Azila Ismail said...

alalal kesiannya ell tak sehat yer . tu la . malam-malam bergayut dengan sape tah :p

bukan nak gitau demam ..


October 29, 2010 at 4:20 PM
tgsaqura said...

biasala tu..time sakit,lemah..terus rasa kerdil tu dtg dlm hati..rasa lbh dekat pada Allah..


October 29, 2010 at 4:21 PM
sibutiz said...

sering tdur tengah malam gakan apa2 ?


October 29, 2010 at 5:50 PM
Kik0 ♥ QiLaH said...

minom milo anda jadi sehat dan kuat.
wakakap.


October 30, 2010 at 1:32 AM
Miss Sunshine said...

ade hikmah sumenye..jage ksihatan cukupkan rehat..weee


October 30, 2010 at 7:48 AM
Anonymous said...

sibutiz : ya, kalau tdur lewat mmg gak apa2 sih tp kalau tdur lewat, biarin badan kesejukkan, ya bisa ajar sakit bukan?

miss sunshune : ya betul tu!! ell bnyak buat slh ni..huhu


October 30, 2010 at 9:20 AM
lilema_ said...

alaa~ dh nk exam ke? biasa la tu..btw, good luck 4 ur exam :)

p/s: dh exchnge banner :)


October 31, 2010 at 4:20 PM
± said...

get well soon..
sakit penghapus dosa


October 31, 2010 at 11:40 PM
Cikpuan Qiqi said...

cian ell...mam ubat ye...n jgn xmamam...nnt bdn lmh lg xlrt^_^


November 1, 2010 at 2:38 PM
 
© Alienelliz | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO