Showing posts with label Traffic. Show all posts
Showing posts with label Traffic. Show all posts

Blogspot Aku Hilang! | Tingkatkan Visitor Dengan Pertandingan | Update

on 05 January 2011

Salam...
        Ell harap semua dalam keadaan sihat sejahtera dan ell ucapkan terima kasih kepada yang masih sudi datag ke blog ell walaupun ell dah lama tak blogWalking. Thanks a lot! Actually, dekat kawasan rumah ell ni tak dapat Wifi. Kalau dapat sekalipun hanya Wifi hotSpot yang ell beli RM8 untuk sejam. Sangat mahal dan sangat lambat! Ell cuma gunakan hotSpot ini hanya waktu pagi kerana itu satu-satunya yang dapat online menggunakannya. Selain itu, ell juga online guna broadband kawan serumah ell. Guna broadband tak mampulah untuk ell datang kesemua blog sebab nak jimatkan penggunaanya. Hanya beberapa blog yang ell kerap datang. Insya Allah akan datang ell akan datang ke blog korang juga.

Tag : , , ,

Blog Sebagai Rumah

on 02 December 2010

Salam...
       Alhamdulillah, bersyukur kita masih hidup di muka bumi Allah ini dan ell bersyukur kerana masih mampu untuk berkongsi dengan korang semua dan  kerana di beri award walaupun ell ni hanya blogger biasa, tanpa korang, ell tak mampu untuk menulis mahupun berkongsi pengalaman di blog ini. Thanks ya..[hehe]..

kurekurekecik.blogspot.com (Friendship Award)  
joyahkepoh.blogspot.com (Pemilik Award)


syatozapunyer.blogspot.com (Pendekar Terhebat & Friendship Award) 

Minta maaf kepada pemilik sebenar award Friendship Award dari syatozapunyer.blogspot.com tak dapat nak bagi link sebab tak ada URL blog dekat reward tu, lain kali tulis URL blog kerana masih ada orang yang sudi bagi link ke blog kamu..[haha]...

     Sekarang ini musim cuti sekolah pastinya ramai saudara mara yang berkunjung kerumah korang untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama manusia. Maka, rumah kita hendaklah sentiasa bersih, kemas dan semestinya sejuk bila mata memandang baik mata kita mahupun mata orang lain. Rumah seolah-olah melambangkan siapa penghuninya. Kalau kemas rumah maka kemaslah juga orang yang tinggal di dalamnya. Kalau bersepah rumahnya? Agak-agak macam tu jugalah orangnya?..[haha]..Sebab tu lah setiap kali ada orang nak datang mama akan suruh ell kemas rumah...Kadang-kadang malas jugakan??..[haha]...

        Cuba korang kaitkan rumah dengan blog korang. Pasti akan temui beberapa persamaan yang boleh diambil untuk tingkatkan kualiti blog. Paling jelas adalah kekemasan blog itu sendiri sama seperti kemasnya rumah bila ada seseorang yang ingin datang. Blog yang kemas dan menarik dapat membantu seseorang pengunjung itu memberi tanggapan yang baik terhadap blog kita. Walaupun post kita belum di baca, namun di sebabkan kekemasan yang ada ianya mampu untuk menambah minat kepada pengunjung untuk membacanya. Contoh lain yang dapat ell berikan ialah ketika seseorang ingin membeli buku/majalah/komik dan sebagainya, kulit buku tersebut akan menjadi suatu daya penarik untuk kita beli buku tersebut! Kerana kulit buku adalah suatu perkara yang di lihat terlebih dahulu sebelum membelinya. Begitu juga dengan blog dalam pemilihan template yang kemas dan penyusunan gadget yang teratur.

      Bagaimana pula dengan persiapan-persiapan jika ada saudara-mara hendak datang ke rumah? Pastinya kita sudah bersiap awal dengan berpakaian yang sopan, cantik dan menutup aurat. Kadang kala kita sediakan makanan bagi saudara-mara yang jauh perjalanannya, kita sediakan tempat solat, tempat berehat dan sebagainya. Cuba korang bayangkan bila semua itu kita tidak sediakan? Masa mereka sampai baru kita terkial-kial mencari pakaian yang sesuai, baru nak mengemas rumah. Adakah tetamu suka dengan pembaziran masa untuk tunggu korang? Apa yang ell nak kongsikan, pastikan blog korang ringan dan tidak terlalu berat, jangan biarkan peminat blog korang lari hanya kerana blog korang yang lambat loading..[hehe]..Gaya cakap macam profesional la...[haha]...

     Terus terang ell cakap yang ni ell tak buat tapi sekadar berkongsi kerana ianya suatu yang menarik. Terpulang pada korang nak buat ke tak nak..[hehe]...Sekadar berkongsi..Bagi buah tangan dekat tetamu sebelum balik, barulah tetamu nak datang lagi. Banyak blog-blog yang ell lihat sekarang ni bagi buah tangan dekat tetamu diorang. Biasanya ell cuma balas jejak siapa-siapa yang datang dekat shoutBox diorang.

 " Terima Kasih, nanti datang lagi ye..hehe"

     Tapi ada cara yang lagi menarik, tak perlu bagi hadiah yang membelanjakan kos, tapi cukup sekadar menyediakan gambar penghargaan kepada semua follower blog korang. Selain dari merapatkan hubungan antara follower, ianya juga dapat menarik pengunjung datang ke blog korang. Bukankan ianya menguntungkan?..[hehe]..Kalau tak faham, lihat penghargaan yang ell buat dekat atas, mesti korang faham macam mana ianya mampu untuk memberi traffic ke blog korang, tapi ingat! bagi award kena ikhlas bukan semata-mata nak traffic!...[hehe]...Kena fikir nak bagi award tu, nak cari kawan atau nak cari lawan..
Selamat Berblogging Semua!



Tag : , ,

Tips Tingkatkan Pengunjung Blog (3)

on 23 November 2010




Salam seperjuangan...
     Traffic..Traffic..Traffic...Masuk kali ini dah 3 kali ell menceritakan cara meningkatkan pengunjung blog dan ell harap korang semua berpuas hati dengan tips yang ell bagi sebelum ini. Kali ini sekali lagi ell nak kongsikan cara untuk meningkatkan pengunjung blog lagi. Kali ini juga amat mudah dan kebanyakkan yang sudah lama berjinak dalam dunia blog ini telah pun mempraktikkan cara ini. Ya, Mudah..Mudah..Mudah...[haha]..Ell juga praktikkan dan ianya memang berhasil. Jom kita belajar!..[hehe]....



     Semua ada Facebook betul tak? Walaupun kadang-kadang ianya boleh buat kita lalai tapi berguna juga...[haha]...Just korang share link blog korang kat Facebook. Kalau korang tak ada Facebook, sign Up sekarang! Macam ell, ell ada Facebook, Myspace dan Friendster. Banyak tu, walaupun hakikat pengguna Myspace dan Friendster semakin berkurang, korang letak je link blog korang. Lagi ramai yang jadi friends korang kat sne, lagi banyak kemungkinan yang blog korang akan diklik. Lagi bagus kalau korang ada fans page dekat Facebook untuk blog korang. Senang nak uruskan, tak la penuh Facebook korang dengan link, cuma kongsi dekat Fans Page. Ell pun baru je buat fans page ni....[hehe]..Sebelum ni attach link dekat Facebook sendiri je, tapi disebabkan banyak sangat link tu yang ell buat 1 page khas buat blog ni...



     Ha..YM atau yang sama waktu dengannya...Ell cuma guna YM dan caranya mudah, cuma buat link pada status kita  untuk orang yang klik terus ke blog kita. Jangan lupa sediakan tajuk entry korang kat situ, makin menarik tajuk, makin ramailah orang nak klik, betul tak? Tapi jangan tajuk bukan main gempak tapi isi hampeh...Kalau korang buat macam tu, maksudnya akan datang memang diorang tak nak datanglah blog korang lagi...[haha]...



     Kalau korang ada daftar dekat Nuffnang. Korang boleh Ping kan blog korang dekat Innit Nuffnang. Lepas tu korang tambahlah seramai-ramainya kawan-kawan korang kat Innit Nuffnang. Sebab bila korang ada kawan kat sana, diorang akan menerima email setiap kali korang ping kan post-post terbaru. Tak payah la korang susah-susah kumpul email list yang buat orang sakit hati tu..Ell sendiri menerima spam entah dari mana-mana promosi ntah...Rasa nak sepak pun ada siapa yang hantar tu...[haha]..Baru tau ell ni garang ye...


     Sambil korang semua berblogWalking mesti korang ada perasan yang sesetengah blog tu letak banner untuk exchange kan? Ianya juga merupakan salah satu cara untuk tingkatkan pengunjung ke blog korang. Buatlah banner sekreatif mungkin agar menarik pengunjung datang ke blog kita. Kalau korang tak tahu cara nak buat, korang suruh kawan-kawan korang buat..[haha].. Ada ja yang menawarkan untuk buat banner secara percuma. Kalau korang nak exchange banner di blog ell pun tak jadi masalah...[hehe]...Selagi banner korang tidak berunsurkan gambar-gambar lucah dan sebagainya.



     Iklan juga lebih kurang sama macam exchange banner, cuma korang kena bayar. Carilah blog yang mempunyai jumlah pengunjung yang banyak untuk korang laburkan duit korang letak iklan/banner korang kat sana. Tapi kebanyakkan yang sewa tapak iklan ni blog yang menjalankan perniagaan. Jarang jumpa orang promosikan blog peribadi di tapak-tapak iklan. Kalau korang nak cepat dapat pengunjung dengan iklan ni, korang cuba sewa dekat Kosmo Online..[haha]..Itu pun kalau korang sanggup nak bayarlah...Gila mahal..[haha]...


>>>Tips Tingkatkan Pengunjung Blog (1)
>>>Tips Tingkatkan Pengunjung Blog (2)



Tag : ,

Tips Tingkatkan Pengunjung Blog (2)

on 16 November 2010

Salam Ikatan Persaudaraan...
     Ell harap semua dalam keadaan sihat sejahtera di samping blog-blog tersendiri. Sebelum ni ell ada ceritakan pada korang semua cara meningkatkan traffic dengan cara BlogWalking. Ell yakin korang semua dah menggunakan cara BlogWalking ini. Kali ini ell akan kongsikan sesuatu cara BlogWalking yang buat sementara ini ell belum nampak dari mana-mana bloggers menceritakannya atau mungkin ell sendiri tak perasan sambil-sambil membaca entry korang. Minta maaflah kalau ada di antara korang yang dah kongsikan perkara ini, tapi insya Allah ell akan kongsikan dengan cara ell tersendiri. Harap ianya dapat membantu korang semua.


     Tips ini untuk orang yang sibuk pada siang hari tetapi masih mahukan pengunjung yang ramai. Ell dah pun mengkaji waktu paling ramai orang berblogWalking ini dan pasti korang semua dah tahu akan waktu-waktu yang terbaik untuk berBlogWalking. Pada awal ell buat blog ini, hasil dari blogWalking ell cuma mampu mendapatkan visitor paling sikit 50 orang sehari. Paling ramai cuma 80 orang, sebab ell memang malas nak blogWalking ni, kadang-kadang banyak kerja yang nak di buat pada siang hari. Setelah lama ell memerhatikan graf pengunjung di Nuffnang, ell dapati waktu terbaik untuk blogWalking adalah pada pukul 12 pagi! Errghhh!!! Malaskan nak online pagi-pagi?..[haha]..Namun itulah hakikat yang sebenarnya.

     Ell ada tanya pada pihak Nuffnang mengenai iklan-iklan ni, soalan ell "Mengapa iklan Nuffnang ni kadang-kadang ada, dan kadang-kadang tiada?" dan jawapan yang ell terima, "Bilangan iklan akan dikeluarkan mengikut kehendak pengeluar iklan, sebagai contoh pihak iklan ingin membeli 700 klik dari blog kita dalam masa seminggu, ini bermaksud iklan akan di paparkan dalam blog kita 100 kali dalam masa sehari. Kebanyakkan iklan akan di keluarkan di blog masing-masing pada pukul 12 pagi kerana pada waktu itu bermulanya hari baru."...Mungkin perkara inilah yang menyebabkan ramai para bloggers yang berBlogWalking pada pukul 12 pagi!

     Ell memang tak nak tunjukkan buktinya, tapi ell nak korang cuba lakukan dan lihat hasilnya sendiri. Kalau tak percaya cakap ell, cuba korang peruntukkan masa korang selama 1 jam, dari pukul 12 pagi sehingga 1 pagi. korang blogWalking selama 1 jam tu. Lepas korang sembahyang subuh pukul 6 pagi, korang lihat sendiri dekat analitik Nuffnang..[haha]..Betul tak ell cakap? Tapi ingat, blogWalking perlu dengan cara yang betul!

     Kalau korang perasan, ell juga akan berBlogWalking pada pukul 12 malam dengan aktifnya..[haha]..Cukup 1 jam ell akan berhenti dan tidur. Mengikut pengalaman ell berBlogWalking pukul 12, pengunjung blog yang boleh kita dapat mencecah 40 orang! Kalau korang target sehari 100 pengunjung, siang harinya korang cuma perlukan 60 pengunjung. Mudah bukan?...


     Tips BlogWalking ini hanyalah cara mudah untuk mendapatkan pengunjung blog, ataupun dapat kita kelaskan ianya sebagai cara untuk kita promosi blog kita yang masih baru. Ell sendiri menggunakan cara blogWalking ni...[hehe]...Namun, kita perlu tahu pengunjung akan  berkurang sekiranya kita tidak blogWalking. Selain dari cara yang ell beritahu, korang perlulah cari inisiatif lain untuk mendapatkan pengunjung atau membina blog mengikut kreativiti tersendiri untuk menarik minat orang lain untuk datang ke blog korang...[hehe]...Jom sama-sama kita meriahkan dunia blog!


Tag : ,

Tips Tingkatkan Pengunjung Blog (1)

on 11 November 2010

Salam Ribuan Persahabatan....
     Alhamdulillah....Setelah ell menceburi dalam bidang blog ini, ell memang tak dapat nak nafikan ada cara paling mudah untuk tingkatkan traffic. Sebelum ni ell pernah buat blog, tapi sekadar suka-suka dan tak ada niat untuk kongsikan apa-apa kat blog ni, tak pernah terfikir. Tapi tak tahulah niat itu berubah dan mula meminati bidang blog ni. Ternyata ianya bukanlah sesuatu yang merugikan kerana banyak faedah yang kita boleh dapat. Tapi kalau nak blog kita di kenali ramai amatlah susah kerana kita akan mula dari bawah, dari orang tak akan mengenali kita dari kita belum tercipta nama dan ianya juga bukanlah sesuatu yang mudah seperti kita lihat.

     Kali ni ell nak kongsikan satu cara yang mampu menarik ramai pengunjung ke blog kita dengan cara mudah dan ell yakin kebanyakkan dari korang sudah pun tahu dan sudah pun membacanya berulang-ulang kali. Mungkin ada diantara korang yang akan cakap pengunjung blog ell baru berapa ratus tapi dah pandai nak bagi tips. Ell tak kisah sebab sekadar berkongsi pengalaman ell dalam memingkatkan pengunjung blog ini harap dapat teruskan membaca untuk mempelajarinya dan ell nampak kesannya yang sangat hebat.


     Semua pernah dengarkan? Ya, blogWalking merupakan cara termudah untuk mendapatkan pengunjung. Tapi kena ingat, kita perlu ada cara yang betul bukan hanya sekadar tinggalkan jejak. Bagi ell kalau korang just tinggalkan jejak kemudian korang tinggalkan blog tu terus, korang antara blogger paling rugi sekali dalam dunia ni kerana korang dah mensia-siakan kebaikan blogWalking itu sendiri tanpa korang sedar! Ell tak tipu dan korang tak akan dapat pengujung macam yang korang angan-angankan tu.


     Yang ni memang ell tegaskan kalau korang nak pengunjung dari  BlogWalking. Software yang ell maksudkan software yang menggunakan sistem tanpa pergi ke blog orang lain, sebaliknya dapat tinggalkan jejak dekat ruangan chat. Kalau korang buat macam ni korang memang rugi! Korang rugi sebab korang tak akan dapat ilmu apa-apa dan ell boleh labelkan orang macam ni sebagai tamak! Dan seperti yang korang semua tahu, tamak itu selalunya rugi...[haha]..

     Mesti korang tertanya-tanya kenapa rugi kan? Sebab bila korang buat macam tu korang tak akan membaca. Rugi-rugi, ilmu korang = '0'. Tambahan lagi, bila orang lain dah sedar korang guna software, jangan harap diorang nak datang blog korang. Rugi, rugi dan memang rugi..[haha]...

     Tapi korang jangan salah faham, kalau software yang bawa korang pergi ke blog-blog orang lain dan menggunakan shoutbox sebaiknya itu tak jadi masalah. Ada beberapa software ell nampak yang bawa kita ke blog, cuma ell tak ingat siapa pembuatnya. Ianya suatu idea yang menarik bagi ell sebab korang dapat pergi ke blog orang lain, dapat membaca entry, dapat tinggalkan jejak. Bukankah itu sama-sama dapat untung. Ingat..Jangan pentingkan diri sendiri! 


     ..[haha]..yang ell pun tak pandai, tapi masih belajar sebab ell ni tak pandai bergaul..Betul ke??...[haha]..kenapa nak mesra? Bila korang mesra, insya Allah orang lain suka klik jejak yang korang tinggalkan. Contohnya kalau korang tulis kat shoutbox "BlogWalking"..Dan satu lagi korang tulis "Tengah buat apa? Sihat tak?"..Agak-agak korang yang mana akan menjadi pilihan? Fikir-fikirkan ya....[hehe]..

     Lagi satu, kalau orang tanya "Tengah buat apa?"...Ringan-ringankanlah tangan untuk balas jawapan orang walaupun dah beberapa kali dia datang ke blog korang. Mesra-mesrakan ya...Baru seronok berBlogWalking, macam chat dekat Facebook. Tak sia-sia sebenarnya, korang akan tambah kawan, kalau korang tak tahu korang boleh tanya. Ell sendiri banyak tanya kawan-kawan kat blog ni, nak di ikutkan dah banyak cigu-cikgu ell..[haha]...Berkurung dalam bilik bukannya tak ada kawan betul tak?


     ..[haha]..Tak payah susah-susah nak tinggalkan jejak. Tengok kat senarai follower korang yang ramai-ramai tu, pergi blog diorang. Kalau tidak sia-sia diorang jadi follower korang tapi korang tak manfaatkan. Betul tak? Kalau follower korang 300, mungkin 200 akan balas.

     Korang semua mesti ada exchange link betul tak? Sambil korang guna SEO exchange link tu, gunakanlah juga untuk BlogWalking. Senang bukan? Semua dah ada cuma kita kena bijak nak gunakannya...[hehe]..Ell sekadar berkongsi, ell sendiri masih dalam pembelajaran.



Tag : ,
 
© Alienelliz | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO