Tips Tingkatkan Pengunjung Blog (2)

on 16 November 2010

Salam Ikatan Persaudaraan...
     Ell harap semua dalam keadaan sihat sejahtera di samping blog-blog tersendiri. Sebelum ni ell ada ceritakan pada korang semua cara meningkatkan traffic dengan cara BlogWalking. Ell yakin korang semua dah menggunakan cara BlogWalking ini. Kali ini ell akan kongsikan sesuatu cara BlogWalking yang buat sementara ini ell belum nampak dari mana-mana bloggers menceritakannya atau mungkin ell sendiri tak perasan sambil-sambil membaca entry korang. Minta maaflah kalau ada di antara korang yang dah kongsikan perkara ini, tapi insya Allah ell akan kongsikan dengan cara ell tersendiri. Harap ianya dapat membantu korang semua.


     Tips ini untuk orang yang sibuk pada siang hari tetapi masih mahukan pengunjung yang ramai. Ell dah pun mengkaji waktu paling ramai orang berblogWalking ini dan pasti korang semua dah tahu akan waktu-waktu yang terbaik untuk berBlogWalking. Pada awal ell buat blog ini, hasil dari blogWalking ell cuma mampu mendapatkan visitor paling sikit 50 orang sehari. Paling ramai cuma 80 orang, sebab ell memang malas nak blogWalking ni, kadang-kadang banyak kerja yang nak di buat pada siang hari. Setelah lama ell memerhatikan graf pengunjung di Nuffnang, ell dapati waktu terbaik untuk blogWalking adalah pada pukul 12 pagi! Errghhh!!! Malaskan nak online pagi-pagi?..[haha]..Namun itulah hakikat yang sebenarnya.

     Ell ada tanya pada pihak Nuffnang mengenai iklan-iklan ni, soalan ell "Mengapa iklan Nuffnang ni kadang-kadang ada, dan kadang-kadang tiada?" dan jawapan yang ell terima, "Bilangan iklan akan dikeluarkan mengikut kehendak pengeluar iklan, sebagai contoh pihak iklan ingin membeli 700 klik dari blog kita dalam masa seminggu, ini bermaksud iklan akan di paparkan dalam blog kita 100 kali dalam masa sehari. Kebanyakkan iklan akan di keluarkan di blog masing-masing pada pukul 12 pagi kerana pada waktu itu bermulanya hari baru."...Mungkin perkara inilah yang menyebabkan ramai para bloggers yang berBlogWalking pada pukul 12 pagi!

     Ell memang tak nak tunjukkan buktinya, tapi ell nak korang cuba lakukan dan lihat hasilnya sendiri. Kalau tak percaya cakap ell, cuba korang peruntukkan masa korang selama 1 jam, dari pukul 12 pagi sehingga 1 pagi. korang blogWalking selama 1 jam tu. Lepas korang sembahyang subuh pukul 6 pagi, korang lihat sendiri dekat analitik Nuffnang..[haha]..Betul tak ell cakap? Tapi ingat, blogWalking perlu dengan cara yang betul!

     Kalau korang perasan, ell juga akan berBlogWalking pada pukul 12 malam dengan aktifnya..[haha]..Cukup 1 jam ell akan berhenti dan tidur. Mengikut pengalaman ell berBlogWalking pukul 12, pengunjung blog yang boleh kita dapat mencecah 40 orang! Kalau korang target sehari 100 pengunjung, siang harinya korang cuma perlukan 60 pengunjung. Mudah bukan?...


     Tips BlogWalking ini hanyalah cara mudah untuk mendapatkan pengunjung blog, ataupun dapat kita kelaskan ianya sebagai cara untuk kita promosi blog kita yang masih baru. Ell sendiri menggunakan cara blogWalking ni...[hehe]...Namun, kita perlu tahu pengunjung akan  berkurang sekiranya kita tidak blogWalking. Selain dari cara yang ell beritahu, korang perlulah cari inisiatif lain untuk mendapatkan pengunjung atau membina blog mengikut kreativiti tersendiri untuk menarik minat orang lain untuk datang ke blog korang...[hehe]...Jom sama-sama kita meriahkan dunia blog!


Ranking: 5

{ 11 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

ell..ell..ell..nti nk try bw pg2 bute la..
..ngee~


November 16, 2010 at 10:11 AM
MJ said...

betul2..mmg time tu iklan nuffnang kluar..
btw,salam aidiladha..=)


November 16, 2010 at 10:55 AM
mizayusof said...

tahnks ell untuk tips ini :)
tips yang menarik :)


November 16, 2010 at 1:41 PM
Adam Raqie said...

Haha.. kadang2 lau ada masa, baru la tinjau blog org, tu pon bukan sebab nak invite org sgt dtg blog kita, tapi nak membaca.. yang penting, jalinkan hubungan erat masa blogwalking tu.. tapi lau orang cakap elok tu, jangan la fikir orang tu nak tunjuk pandai.. huhu.. cuma nasihat pada diri sendiri dan orang lain jugak..

Harap2 komen untuk blog ni baik.. Xmo kene maki ngan Opah lagi..


November 16, 2010 at 2:59 PM
Ibu Amani said...

tips yang menarik utk dipraktikkan :-)


November 19, 2010 at 1:41 PM
[sutera kasih] said...

ohh cmtu ekk..thanks 4 sharing info hehe tp mmg betol jam 12am mmg nuff akan tempek iklan kt blog kita..oh ya, dh klik LIKE for your page :]


IMPIAN PERKAHWINAN


November 19, 2010 at 10:39 PM
pepol said...

bagus tips ni..hehehe


November 27, 2010 at 2:00 AM
Anonymous said...

@pepol

sekadar berkongsi..hehe sila beri tunjuk ajar ya pepol.


November 27, 2010 at 10:00 AM
 
© Alienelliz | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO