So, apa khabar korang semua? Harap korang semua sihatlah bersama-sama keluarga tersayang. Hari ini ell nak kongsikan pengalaman ell semasa menggunakan Streamyx UniPack. Streamyx UniPack merupakan promosi untuk pelajar masih belajar di Universiti dan masih belajar untuk masa dua tahun. Ell langgan streamyx ni tapi abah yang bayar..[haha]...Lagipun untuk kegunaan rumah, kat rumah sewa ell ada juga tapi atas nama kawan ell. Bagi ell, internet ni sangat pentinglah dalam kehidupan seorang pelajar. Tambahan lagi sejak ada blog ni, tak ada internet rasa macam tak selesa ja..[haha]..Teruskan membaca kalau korang nak tahu apa yang bestnya Streamyx ni...Jom jom jom........
Kalau nak guna Streamyx ni mestilah kena daftarkan..[haha]...Bagi ell pendaftaran cukup mudah kalau kita ikut cara yang ditetapkan. Pertama kalinya ell daftar dulu ada masalah sikit, so permohonan ell kena tolak..[haha]...Sebabnya salah minta pengesahan Universiti. Waktu tu ell minta Ketua Fakulti tapi pihak streamyx tak terima, lantas dia menolak tawaran tersebut dan memberi borang baru..[haha]...Kali kedua ni ell buat betul-betullah, tak nak silap lagi. Ell pergi jumpa bahagian Hal Ehwal Pelajar seperti yang pihak diorang nak. Done!!!
Mengikut perjanjian dengan streamyx, selepas dua minggu dari tarikh kita hantar borang, dia akan buat pemasangan modem. Tapi pemasangan modem dekat rumah ell lewat untuk dua minggu disebabkan dekat rumah ell belum ada penyambungan line streamyx tu. So, kalau rumah-rumah bahagian pedalaman memang ambil masa sikit untuk pasang streamyx ni, biasalah proses pembangunan. Tapi bagi ell itu bukan suatu masalah yang penting ada modem kat rumah ni..[haha]...Bila dah selesai, diorang akan datang untuk pemasangan modem pula.
Yang ni pun ell ada masalah sikit, pihak dia ada hubungi ell nak buat appointment mengenai tarikh nak pasang tu, tapi waktu tu family ell tak ada dekat rumah. So, salah siapa?..[haha]...Bagi mengatasi masalah tersebut ell hubungilah pihak streamyx. Dia bagi no telefon pekerja dia...Mudahkan dengan streamyx ni, call je kalau ada masalah..[haha]..Kalau operator yang angkat tu perempuan boleh la bual lama-lama sikit..[haha].....
Yep...yang ni masa ell lalui, tak tahulah korang macam mana. Selepas dua minggu pemasangan modem, pekerja streamyx call lagi sekali untuk memberi Notebook. Mengikut pakej yang ell langgan ni, ada kontrak selama dua tahun dan dapat Notebook. Bila Notebook dah dapat semua pendaftaran selesailah, cuma kenalah bayar setiap bulan..[haha]...Ell cuma langgan 512kbps, so bayaran bulan-bulan cuma RM48. Murahkan? Speed yang paling tinggi 4mbps dan bayarannya RM 100. Cuma kadang-kadang agak lewat disebabkan masalah-masalah tertentu. Contoh macam ell cerita dekat atas sebelum ni, atas sebab kawasan kita tak ada penyambungan streamyx, kita tak ada sewaktu di hubungi dan sebagainya.
Ha..Macam ell ceritalah, bila ada masalah terus hubungi operator. Mudah...Mudah...Mudah...Macam sebelum ni, modem ell settingnya ada masalah, so ell terus hubungi pihak streamyx. Dia ajarlah macam mana nak selesaikan sampai ell boleh guna streamyx ni balik. Tapi sayangnya lupa nak tanya nama operator tu..[haha]..So, kalau korang ada masalah dengan streamyx ni, memang diorang layan korang dengan penuh sopan santun sehinggalah selesai. Streamyx ni memang mesra penggunalah senang cerita..[haha]..Kalau korang tak percaya korang call la sendiri, tapi pastikan ada masalah dulu baru call.
Sebelum ni korang pasti ada yang mengalami masalah sebab internet streamyx slow betul tak? ell tak mengalami pun masalah tu...[haha]...Tapi setahu ell, diorang ada maklumkan yang diorang tengah buat penambah baikkan pada sistem diorang. Mungkin hanya beberapa kawasan yang terlibat. Diorang buat macam tu sebab nak bagi yang terbaik dekat korang. So, jangan marah-marah ya...[hehe]...
{ 13 comments... read them below or add one }
go go streamyx..
suke ah line streamyx.. hehu
Perempuan & Tepung | Alahai Perempuan II
November 20, 2010 at 10:04 AM
hurm.. dah final year.. so, tak boleh dah amek pakej ni... rugi2!!
November 20, 2010 at 10:49 AM
amboiii....promote nmpkkk !!!! huhu
wa nk pkai streamyx tp wa xder phone umah so mahal la nk install phone lg ape lg ! wa mls n rimas ! skrg wa pkai berukben jer !
November 20, 2010 at 11:07 AM
pinjam netbook boleh ? :p
November 20, 2010 at 12:19 PM
ell..rumah mish pasang yg ni la..amek netbook satu malaysia je tpnye..tp mish amek yg 4mbps..but..the problem is........
wireless nye hanya boleh diconnect oleh pc kat umah je..untuk lapp mish ngn netbook tu xboleh connect pon...dh call center..tp center pon tak leh wat paper..sengal alam!
November 20, 2010 at 1:21 PM
Ell, bapak ell kije TM kew? hahaha...
Mish: pity of u.. tukar modem x jdi kew? x pon, try reformat laptop tu.. mungkin da prob ngan driver alat wireless.. mustahil call center xtau pape.. kalo dia x tau, try call byk kali..
November 20, 2010 at 2:37 PM
Adik ipar saya pun amik pakej ni. Seronok betul dia nampaknya skrg. Speed mmg lagi laju dari normal streamyx line
November 21, 2010 at 12:19 AM
wawa nk potong mxs gna tm..yes!
November 21, 2010 at 12:23 AM
promotion ni da abis kan?
November 21, 2010 at 12:34 AM
Korang duk komen2.. Tuan tanah senyap jerk kan... Bye...
November 21, 2010 at 6:58 AM
anonymous : maaf ya..sy bukan senyap tak membalas, tapi saya balas kepada semua yang komen di shoutbox masing2...sekiranya sy balas komen mereka di sini, pastinya mereka tidak akan tahu. maka sy balas di shoutbox masing2. tapi sy pelik knapa kamu tak bagi link? kerana sy ad pnjelasan..
terima kasih..sila beri tunjuk ajar ya..sy baru belajar.=)
November 21, 2010 at 9:16 AM
hello. ye ke? sy apply 3 bulan baru dpt. yang ajaibnye bulan pertama apply bill dah sampai tp tenetnye lgsung xde. da 7 juta kali call 100, 27 kali buat report tp hanya dapat 1 feedback. u r so lucky!
November 21, 2010 at 11:40 PM
salam, sy tinggal kawasan pedalaman, tiada liputan streamyx, ade cara x untuk memasukkan streamyx di kg sy?
April 16, 2013 at 3:07 PM
Post a Comment