Apa khabar hari ni? ell harap semua dalam keadaan sihat. Kali ini ell bukan nak memberi tips, bukan untuk bercerita mengenai diri tapi ell agak tersentak melihat senario remaja zaman sekarang yang bagi ell semakin menjadi-jadi sehingga ell dapat menetapkan ianya di zon bahaya yang perlu di ambil tindakkan secepat mungkin! Mungkin sesetengah kita menganggapnya adalah perkara biasa selaras dengan dunia yang serba moden ni, tapi kita kena ingat ajaran islam tidak pernah ketinggalan dan ianya sentiasa selaras dengan kemajuan dunia. Ell sebagai orang islam malu untuk berhadapan denganperkara-perkara seperti ini lagi.
Semua orang pernah lakukan kesilapan dan ell juga pernah lakukan kesilapan, tapi kita perlu perbetulkan kesilapan agar kita dapat menjadi yang lebih baik. Sesungguhnya Allah itu maha permurah lagi maha penyayang. Hari ini ell mahu korang semua sama-sama melihat realiti dunia masa kini yang seharusnya kita perbetulkan.
Semakin hari semakin meningkat statistik pembuangan bayi, seolah-olah ianya perkara yang tidak asing dalam kehidupan kita. Sehinggakan ell ada terdengar perbualan orang yang mengatakan pembuangan bayi itu adalah perkara 'biasa'. Adakah korang semua nak melihat ianya sebagai perkara yang biasa? Sehinggakan bayi yang di lahirkan tiada nilai di mata manusia. Sehinggakan bayi yang di lahirkan sebagai alat bersuka ria. Sehinggakan kita lupa siapa kita di dunia.
Seorang ibu melahirkan anak, lalu meninggalkan anak tersebut di hadapan rumah orang lain dalam keadaan bayi yang merintih kesedihan. Lalu si ibu meninggalkan pesanan agar menjaga bayi tersebut sehingga besar. Pada pandangan ell si ibu ini sangat sayang pada anak yang dilahirkan, tapi tidak sayang pada dirinya, pada maruahnya, pada agamanya. Malang sekali kerana sayang si ibu tidak bertempat.
Kasih sayang pihak kerajaan membina tempat anak-anak yang terbiar seolah-olah menjadi suatu gudang penyimpanan anak-anak luar nikah. Kemudian mulalah era tuduh menuduh, salah menyalah. Sampai bila-bila masalah ini tidak dapat selesai kerana kita yang tidak sama-sama turun ke padang bagi mengatasi masalah ini.
Baru-baru ini kita di gemparkan dengan aksi cium antara remaja lelaki dan perempuan di khalayak ramai. Di mana harga manusia islam. Di mana perginya pembentukkan islam hadhari. Di mana akhlak peribadi. Adakah kita semua berada di dunia serba moden yang tiada batas agama? Bila disoal mengapa? Biasalah, moden...Biasalah open minded...Bila di tegur cakap kita kolot, cakap kita tegur cakap kita tiada hak...
Adakah perlu tsunami berlaku pada Malaysia? Adakah perlu bumi menelan berjuta-juta rakyat Malaysia baru kita sedar, baru kita insaf, baru kita bangkit untuk memperbetulkan kesilapan kita? Tidak cukupkah kita lihat tamadun-tamadun islam terdahulu sudah cukup terseksa menerima balasan dari Allah atas kesalahan yang mereka lakukan. Mengapa kita tidak mengambil iktibar?
Remaja yang melakukan tersenyum kerana kepuasan, yang melihat sorak keriangan, yang kita tidak tahu apa-apa turut akan terima balasan. Adakah itu yang kita mahu? Adakah itu yang kita impikan? Walaupun kita melaungkan kemerdekaan dengan penuh semangat, namun hakikat kita masih terus dijajah, diterokai, di pergunakan oleh realiti kehidupan moden.
Dulu, gambar-gambar lucah kita di pertontonkan, kemudian CD berunsurkan maksiat kita saksikan dan kini cukup sekadar keluar rumah sudah banyak dosa kita lakukan. Kita semua manusia, kita berhak memperbetulkan. Bukanlah ell nak cakap yang ell ini sempurna. Namun sekadar renungan untuk ell dan semua pembaca. Lihatlah DUNIA REALITI REMAJA ZAMAN SEKARANG.
{ 9 comments... read them below or add one }
betul tu ell..
tapi tengok isu2 terkini, peminpin melayu pun
mcm mengalakkan lagi benda2 mcm ni terus terjadi.
Tindakan yg diambil kurang..
November 18, 2010 at 10:18 AM
Betul tu, saya setuju dengan pendapat ell. Sekarang banyak betul kes buang bayi, kalau berterusan, nanti orang pun semakin biasa, semakin berani buat lagi. Ish apa nak jadi ni. Ada yang bukan 1 kali buat, tapi berkali-kali, langsung tak sayang maruah diri, agama dan kesihatan diri sendiri. Bila nak anak, dah tak boleh sebab dah banyak kali buat pengguguran haram. Haizzz.
November 18, 2010 at 10:25 AM
ermm dunia akhir zaman, nak kate mak bapak tak ajar tak juga sebab ada juga mak bapak dah bagi DIDIKAN AGAMA yang terbaek tapi dorang yang pilih jalan untuk jadi macam tu (macam dalam cerita chinta slot akasia kat tb3 tu) *pengaruh drama ke ape aku nie*
bile iman tak teguh, nafsu menguasai diri, halal dan haram diketepikan dan tak lagi menjadi pegangan dalam hidup
November 18, 2010 at 10:38 AM
budaya mengatakan manusia ketinggalan zaman bila tidak bersosial mengikut tren remaja. itulah pemikiran remaja yang kurang matang, punca terjadi gejala sosial
November 18, 2010 at 10:46 AM
kena bendung ni ell...apa usaha kita ye..?
November 18, 2010 at 11:22 AM
dunia makin moden tapi pemikiran manusia sekarang terlebih moden lah plak..
November 18, 2010 at 2:48 PM
haih..sedih bace ni..bdak skrg moden sngat..moden salah..xmoden pn salah..ishh
November 20, 2010 at 12:23 AM
tak boleh nak buat apa2. sekarang terlalu banyak hiburan, permikiran semakin moden, gaya hidup semakin meliar. menyimpang terus dari agama
November 20, 2010 at 12:40 AM
sgt susah jadi remaja sekarang ni :(
November 20, 2010 at 1:24 AM
Post a Comment