Showing posts with label Blogging. Show all posts
Showing posts with label Blogging. Show all posts

Post Semalam Aku Hilang!

on 14 May 2011

Salam readers!
     Semalam punya la semangat ell update blog, siap janji nak singgah blog orang-orang yang komen. Tetiba buka blog pagi ni. Haishh!! Ni rasa nak marah ni hehe...Baru nak hidupkan blog Alienelliz ni dah blogspot buat hal...huhu

     Siap layout yang ell dah edit pun dia kasi original balik hehe...Rasa macam nak edit sat malam ni, tapi taku esok hilang huhu...Korang ada yang hilan post macam ell tak? Ke seronok layan Maharaja Lawak? Rumah ell tak ada Astro, tunggu esok je nak download hehe..

     Siapa yang komen semalam tu? Mai komen balik hehe.. Patik nak singgah rumah hehe...Tapikan...Ell buka blogger.com ni, macam sama je huhu..post ell je yang diorang curi. Blogger.com, pulangkan la post ell tu, tak dapat buat duit la dengan post tu haha...

Mood : Tulis pendek-pendek je, takut esok hilang huhu..
Tag : ,

Blogger Hebat Kembali Lagi!

on 13 May 2011

Salam readers!
   Tolong jangan cakap "Ape nak jadi dengan mamat ni?", "Hai, dah tak ada duit ke nak bayar hosting?", "Hahaha.... wat malu je!". Buat malu ape? Ell sendiri tak tahu haha...Haishhh..Tajuk macam gempak, tapi hakikat sebenar tak gempak mana pun hehe...

   Hari ni tetiba jari jemari ell ni nak menulis dekat blog Alienelliz ni, bak kata otai blogger "Bersarang dah blog tu". Ni ell sibuk tenga? kemas-kemas la ni hehe...Apa cerita eak dengan blog korang, lama ell tak terjahkan? Adakah masih ramai follower blog ell ni yang masih aktif dalam blogging?

   Siapa datang blog ell dan komen post ell ni maksudnya korang memang hebat! Sampai sekarang masih mampu berblogging hehe...Bukan senang tu nak layan karenah tukang komen, sampai ada yang kena caci maki. "Then Feed up la blogging!" ada ke? Tak ada kot, korang semua blogger hebat!

   Siapa komen, ell nak p blog dia jalan-jalan hehe...Saje nak makan angin~ Selamat berblogging!



Tag :

[Contest] Hadiah Kawan Baik!

on 18 January 2011

Salam…
Harap korang semua dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga tersayang, sahabat andai, saudara mara dan selamat berblogging untuk para blogger! Yeahh!!! Sebelum ni aku pernah anjurkan pertandingan header tercantik sebanyak dua kali dan sekarang aku nak anjurkan suatu lagi aktiviti yang boleh korang sertai. Pastinya mudah mudah dan mudah..haha..
Korang semua pasti mempunyai kawan baik betul tak? Walaupun definisi yang dapat kita kaitkan dengan kawan terlalu banyak, tapi dalam aktiviti ini aku hanya spesifikkan kawan baik ni merupakan kawan yang sangup berkongsi cerita suka dan duka! Susah tu nak cari…haha

Tag : ,

Blogspot Aku Hilang! | Tingkatkan Visitor Dengan Pertandingan | Update

on 05 January 2011

Salam...
        Ell harap semua dalam keadaan sihat sejahtera dan ell ucapkan terima kasih kepada yang masih sudi datag ke blog ell walaupun ell dah lama tak blogWalking. Thanks a lot! Actually, dekat kawasan rumah ell ni tak dapat Wifi. Kalau dapat sekalipun hanya Wifi hotSpot yang ell beli RM8 untuk sejam. Sangat mahal dan sangat lambat! Ell cuma gunakan hotSpot ini hanya waktu pagi kerana itu satu-satunya yang dapat online menggunakannya. Selain itu, ell juga online guna broadband kawan serumah ell. Guna broadband tak mampulah untuk ell datang kesemua blog sebab nak jimatkan penggunaanya. Hanya beberapa blog yang ell kerap datang. Insya Allah akan datang ell akan datang ke blog korang juga.

Tag : , , ,

Aku Nekad Nak Domain Dengan Hosting

on 31 December 2010


Salam..
     Baca tajuk je mesti korang dah fahamkan?..[haha]..Selama ell berblogging ni, inilah perasaan yang membuak-buak untuk ell memiliki domain dan hosting sendiri. Walaupun macam mustahil bunyinya, tapi ell nak juga!..[haha]....Tak dapat nak gambarkanlah macam mana perasaan nak tu. Kenapa ell nak sangat ada hosting sendiri? Rasanya tak perlulah untuk ell beritahu kenapa, sebab ramai blogger lain yang sudah banyak cerita mengenai hosting sendiri ni. Search je kat google ya faedah ada hosting sendiri ni..[hehe]..


Tag :

Kenapa Saya Suka Oh! Media Network

on 26 December 2010

Salam..
     Oh! Media Network bukanlah sesuatu yang asing dari kalangan rakyat Malaysia. Kehadiranya memberi pelbagai andaian mahupun tangkapan baik dan buruk oleh masyarakat. Walaupun ada sesetengah daripada kita yang tidak suka dengan Oh! Media Network, namun ell tetap menyukainya..[haha]..Kerana masih ada banyak kebaikkan yang korang boleh contohi. Kepelbagaian website Oh! Media membuatkan ianya di sukai oleh orang lain dan terus menjadi suatu bahan bacaan. Fans Page Oh! Media juga mempunyai follower yang ramai! Ell salah seorang dari follower Oh! Media...[haha]..

Kenapa?
      So, apa yang best sangat dengan Oh! Media Network ni?..[haha]..Korang jangan nak tipulah kalau korang tak suka dengan Oh! Media Network ini, sebab terlalu banyak ilmu, gosip, tutorial dalam blogging yang boleh korang contohi. Tak nak cerita panjang-panjang, ell just nak share kenapa ell suka dengan Oh! Media Network ni. Teruskan membaca untuk korang tahu alasan ell. Mana tahu pandangan kita sama kan?..[haha]...

Tag : , ,

Penyelesaian Tiada Idea Menulis Entry/Post Blog

on 19 December 2010


Salam...
     Sejak akhir-akhir ini ell selalu terbaca entry mengenai tak tahu nak update blog berkaitan apa. Dulu ell macam tu juga, ada buat entry macam korang..[haha]..Tajuk entry tu Fikiranku Kecut. So memang kecut la bila tak ada idea nak menulis ni....[hehe]...Sebelum ini juga ell ada kongsi mengenai Mencari Ilham Menulis. Kalau korang belum baca, rajin-rajinkanlah diri untuk baca. Jangan lupa untuk baca komen sekali, mungkin ianya dapat membantu korang juga.

Tag : ,

Jangan Percaya Email | Skim Cepat Kaya | Cara Mudah Buat Duit

on 10 December 2010


Salam..
        Dalam dunia yang kian maju ini, manusia sanggup buat apa sahaja untuk mendapat keuntungan agar dapat bersenang lenang. Mereka sanggup menipu, mencuri dan sangup membuat apa sahaja jalan mudah untuk mereka mendapat harta. Mereka bukanlah dari golongan yang tidak berpendidikan sebaliknya ada di kalangan mereka merupakan golongan-golongan elit yang akan menyumbang pada kemajuan Negara. Jika mereka tiada pendidikan, mustahil untuk mereka mencipta duit palsu, kad kredit palsu bah kan sanggup membuat muka palsu untuk memadam jejak-jejak kegiatan mereka. 


Jangan Percaya Email
      Jangan semua email yang korang dapat korang tak percaya pula..[haha]..Ell maksudkan email yang ada unsur-unsur penipuan macam yang selalu ell dapat email dari luar negara mintak transfer duit dekat akaun ell..[haha]...Kalau ell tolong semua yang bagi email tu, confirm ell dah guna domain + hosting sendiri..[haha]...Rasanya boleh kalah gaji Perdana Menteri sebab email yang ell dapat memang banyak. Ada ke orang nak bagi duit banyak-banyak ni tanpa kenal siapa kita? Fikir ya..

Tag : ,

Blogger Lain Sebagai Target

on 30 November 2010

Salam...
     Sedikit coretan yang sangat ringkas, tak nak tulis panjang-panjang..[haha]..Dalam kehidupan blog ni, kita perlu mempunyai target. Jadikanlah blogger lain sebagai target ataupun sebagai contoh untuk kita. Dulu masa ell mula-mula bina blog, ell mempunyai target untuk capai 100 orang follower dan ell telah targetkan jumlah follwer tersebut lagi cepat meningkat berbanding dengan blogger target ell tersebut. Apabila target sudah dapat dicapai kita akan membuat target baru untuk kita capai. Target ini mampu membantu kita untuk terus bergiat dalam dunia blogging dan dapat memberi semangat. 

        Masa mula buat blog ingat senang ke nak dapatkan follower? Agak susah la sebab dulu ell tak reti nak menaip ni, asyik salain bulat-bulat dekat Kosmo, pastu bagi ulasan sikit-sikit, kira blog ell ni dulu mesin photostate la..[haha]..Sekarang ni je dah pandai menaip sebab banyak yang ell belajar, nak taip assignment pun dah makin laju, kalau buat kerja las-last minute memang boleh siap ni..[haha]..

     Dua target yang perlu korang semua ada, target jangka masa terdekat dan target untuk masa yang panjang, seperti contoh ell nak dapatkan 650 orang follower sebelum 1/1/2011. Agak-agak boleh dapat?..[hehe]..Target untuk jangka masa panjang ada untuk jadi blogger seperti Khai pemilik blog JustKhai, mungkin dalam masa 10-15 tahun lagi. Tak mustahil untuk ell capai dan tak mustahil untuk korang capai matlamat korang. Peh!!! Berangan sekejap..[haha]..Kenapa pula tak bolehkan, lama tu..[haha]..

    Kata Ben Ashaari, "kita perlu yakin pada diri kita sendiri". Maka dengan itu ell cuba untuk meyakinkan diri ell dan ell juga berharap agar korang juga dapat yakin dalam setiap apa yang korang lakukan. Target target target..[hehe]..Dalam perniagaan pun kena ada target Bukan?..[hehe]...Setiap kali target dapat dicapai, maka akan lahir target baru dan jika sebaliknya, analisa akan di buat bagi mencari punca-punca target itu tidak dapat di capai...Adakah matlamat ell akan tercapai dalam masa sebulan lagi ni?..[hehe]..


Tag :
 
© Alienelliz | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO