Showing posts with label Maklumat. Show all posts
Showing posts with label Maklumat. Show all posts

[Contest] Hadiah Kawan Baik!

on 18 January 2011

Salam…
Harap korang semua dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga tersayang, sahabat andai, saudara mara dan selamat berblogging untuk para blogger! Yeahh!!! Sebelum ni aku pernah anjurkan pertandingan header tercantik sebanyak dua kali dan sekarang aku nak anjurkan suatu lagi aktiviti yang boleh korang sertai. Pastinya mudah mudah dan mudah..haha..
Korang semua pasti mempunyai kawan baik betul tak? Walaupun definisi yang dapat kita kaitkan dengan kawan terlalu banyak, tapi dalam aktiviti ini aku hanya spesifikkan kawan baik ni merupakan kawan yang sangup berkongsi cerita suka dan duka! Susah tu nak cari…haha

Tag : ,

Pengalaman PLKN | Semakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2011

on 05 December 2010

Salam khidamat Negara...
      Kali ini ell cuma nak berkongsi sahaja...[hehe]...Segan ni, dulu ell dapat juga pergi PLKN ni. Mula-mula tu memang malas nak pergilah, tapi nak buat macam mana nanti mama dengan abah kena saman pula. So, ell pergi je la..[haha]...Adalah beberapa kawan ell, tak ada la diam je masa baru-baru sampai tu..[haha]..Masa beberapa minggu dekat PLKN ni hati masih lagi dekat rumah, rasa macam nak balik je. Adalah juga berharap nama ell ni tersenarai dalam pelajar yang cemerlang, boleh keluar PLKN awal...[haha]...Tapi ok la..Sebab ell dapat panggilan pertama, masa PLKN pun singkat, lepas tu bulan 1 ni banyak hujan maka tak banyak la program dapat di jalankan..[haha]..

       Nak kata best tu, bagi ell biasa ja, sebab ell ni bukan jenis yang aktif sangat, just join untuk cari pengalaman. Banyak benda yang ell belajar, kena buli pun ada sebab ell ni kecik je orangnya, tapi buli-buli kawan la..[haha]..Kawan pun ramai dapat, sampai sekarang ni ada lagi yang masih berhubung, cuma yang sedihnya tak dapat nak cari teman hidup..[haha]...Ell lambat sikit, orang dah ambil baru nak rebut..[haha]..Bagus PLKN ni, bukan senang nak cergaskan badan. Macam sekarang ni, mana ada ell nak keluar jalan-jalan, depan lap  top juga ell beriadah..[haha]..

      Makan? Sedap! Sebab percuma...[haha]..Kalaulah berbayar, ell nak saman tukang masak tu..[haha]..Tapi sekarang ni tak tahulah tempat PLKN ell tu ada lagi ke tak, sebab fasilitinya agak lemah, rasanya dalam tahun lepas di tutup untuk kerja-kerja naik taraf. Ell dulu PLKN dekat Pahang. SummerSet Resort...Ell dan kawan-kawan bagi nama tempat tu padang pasir, sebab sidai kain 1 jam dah kering..[haha]

Bagi generasi-generasi muda yang nak mengetahui maklumat mengenai PLKN boleh pergi ke Laman Web www.khidmatnegara.gov.my dan untuk cek secara semakan melalui SMS boleh ikut macam yang kat bawah ini.

"PLKN SEMAK  dan hantar ke 15888"


contoh : PLKN SEMAK 912345678901 dan hantar ke 15888
Tag : ,

Hutan Israel Terbakar | Negara Islam Hulur Bantuan | Dimana Balasan Israel?

on 04 December 2010

Salam...
      Hari ini ell di perdengarkan berita bahawa hutan di Israel terbakar dan telah menyebabkan seramai 41 orang yang telah maut akibat kebakaran tersebut. Namun, ell terasa tersentuh apabila beberapa Negara islam ingin menghulurkan bantuan dengan hanya memadamkan perkara-perkara yang telah berlalu macam tu sahaja. 

"Israel menyatakan ia telah dijanjikan oleh pemerintah Azerbaijan, Croatia, Mesir, Perancis, Jordan, Romania, Rusia, Sepanyol dan Turki untuk menghulurkan bantuan."
                             Kosmo Online (Disember, 04)

       Ell tertanya-tanya mengapa mesti hulurkan bantuan sedangkan mereka sudah banyak menyusahkan umat Islam itu sendiri. Kita berkobar-kobar memberi bantuan kepada Negara Palestine dengan harapan Israel memberhentikan serangan terhadap umat islam. Tapi apabila mereka sedang di landa masalah kita pula beri bantuan sedangkan matlamat kita untuk membebaskan Negara Palastine dari genggaman Israel masih belum tercapai! Adakah selepas ini kita akan buat sumbagan derma untuk Israel yang pernah kita pinggirkan dahulu?

"Anggota-anggota bomba dari negara jiran bertungkus-lumus memadamkan kebakaran manakala anggota-anggota bomba dari Palestin turut dipanggil untuk memadamkan kebakaran tersebut."
                            Kosmo Online (Disember, 04)

      Namun, ell sedar bahawa Islam bukanlah sesuatu Agama yang mahukan peperangan, ell juga tahu Islam adalah Agama yang sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang sentiasa di dalam kesusahan. Tapi janganlah kita terlalu pemurah sehingga kita yang akan kecewa di kemudian hari kerana mereka tahu akan kelemahan umat Islam. 

    Artikel ini bukanlah untuk ell menyalahkan kepada sesiapa, sebaliknya sebagai peringatan sahaja berdasarkan apa yang ell tahu. Ell doakan semoga hati-hati orang Israel ini mula terbuka untuk menerima kemulian Islam walaupun di dalam hati mereka ini penuh dengan kebencian terhadap Umat Islam! Ell juga berharap, dengan pertolongan ini dapat mereka melepaskan Umat Islam dan hentikan peperangan. Walaupun ianya mustahil, tak salah untuk kita mendoakan hati mereka terbuka untuk menerima Islam.

     Kita lihat suatu hari nanti, adakah mereka balas dengan kebaikan selepas kita membantu mereka atau mereka akan terus menindas kita dengan cara yang mungkin lebih kejam dari apa yang kita lihat sekarang ini! Jangan menyesal atas pertolongan yang kita berikan jika mereka terus menindas kita.


Tag : ,

Hari Raya Aidilfitri Dan Kematian

on 15 September 2010




Cakap pasal Hari Raya....Pasti tak berhenti-henti ada berita pasal Kematian di jalan raya.
Lihat je la statistik kat bawah ni, jumlah kematian sentiasa melebihi 200 orang Sempena dengan Hari Raya. Sepatutnya kita gembira....Namun, keluarga dekat rumah menangis kesedihan hilangnya orang di nanti-nantikan.




Kalau tak berhati-hati, memandu dengan tak mengikut peraturan macam ni lah akibatnya.
Tapi ni kesan kat kenderaan je. Belum kat orangnya lagi.

Ha......Kalau kenderaan dah jadi macam tu...

Perhhhh!!! Sampai rentong pun ada......Hati-hatilah lepas ni, jangan memandu ikut perasaan sangat. Silap tarikh korang yang jadi korban.

Untuk semua rakan bloggers, hati-hati ye...
Yang mana nak balik rumah, nak pergi kerja, yang paling penting sekali yang naik bas sebab nak balik U. Pesan dekat pemandu bas tu,

"En. hati-hati ya memandu tu, ingatlah orang yang tersayang..."

Dan yang paling penting sekali baca doa banyak-banyak....=)
SELAMAT HARI RAYA.

Tag : ,
 
© Alienelliz | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO