Sejak akhir-akhir ini ell selalu terbaca entry mengenai tak tahu nak update blog berkaitan apa. Dulu ell macam tu juga, ada buat entry macam korang..[haha]..Tajuk entry tu Fikiranku Kecut. So memang kecut la bila tak ada idea nak menulis ni....[hehe]...Sebelum ini juga ell ada kongsi mengenai Mencari Ilham Menulis. Kalau korang belum baca, rajin-rajinkanlah diri untuk baca. Jangan lupa untuk baca komen sekali, mungkin ianya dapat membantu korang juga.
Showing posts with label Ilham. Show all posts
Showing posts with label Ilham. Show all posts
Home > Posts filed under Ilham
Penyelesaian Tiada Idea Menulis Entry/Post Blog
on 19 December 2010 at Sunday, December 19, 2010
Mencari Ilham Menulis (1)
on 13 November 2010 at Saturday, November 13, 2010
Mencari...Mencari...Mencari...
Korang mesti pernah mengalami influenza mencari idea dalam membuat entry kan? Sama macam ell masa mula-mula terjebak dengan gejala blog yang semestinya banyak memberi faedah jika di gunakan dengan sebaik-baiknya. Kalau tak buat entry sehari rasa macam tak tenang je hidup...[haha]..Kerana ketagihan visitor yang banyak, sehari 10 tak cukup, sehari 20 tak cukup, sehari 30 tak cukup...Itulah perangai ell..[haha]..Tapi nak cari idea bukan main susahkan, betul tak?
Ell ada tanya kawan-kawan blog dan ianya amat membantu ell, walau hakikat yang sebenarnya ell jarang update..[haha]....Ada sebabnya ell jarang update, tapi kadang-kadang bila idea tu datang mencurah-curah memang rajinlah..[haha]...So, lepas ell dah belajar dari kawan-kawan, kini tiba giliran ell pulak kongsikan dengan korang semua cara mencari idea untuk menulis entry, sebahagiannya ell gunakan dan sebahagian lagi ell belum sempat nak gunakan, tapi ell kongsikan semuanya apa yang ell belajar.
Sebelum ni ell ada cerita yang kebaikan blogWalking adalah menambah ilmu pengetahuan betul tak? Selain itu, ianya dapat membantu korang cari idea dengan membaca entry para bloggers yang lain. Tapi satu je pesanan ell, jangan copy hasil karya orang, kalau nak copy sekali pun tolong bagi penghargaan pada penulis yang sebenar. Kadang-kadang nak membaca ni memang malas betul tak? So, kenalah kita pupuk minat membaca dalam diri kita. Korang pun tahu membaca menguntungkan diri kita sendiri. Cakap pasal baca, baca, baca, baca ni...Nak baca kat mana ya?..[haha]...
Kalau abah ell tak beli surat khabar memang tak lengkap la shopping dia...[haha]..Belilah surat khabar, bukan mahal sangat pun nak beli. Kalau korang berminat nak tulis mengenai hal-hal semasa kat seluruh dunia, korang baca surat khabar tu muka surat depan. Kalau nak tulis mengenai gosip-gosip artis, buka muka surat kat tengah-tengah surat khabar tu, kalau suka sukan, selak muka surat belakang. Semua ada kan, just korang pilih je mana tajuk yang sesuai dengan blog korang. Tak nak beli? Nak jimat duit? Surat khabar online kan ada, ell sendiri baca surat khabar online je, mudah dan jimat!...[hehe]....
Ell yakin, kat rumah korang mesti banyak majalah, yang lama-lama tahun 1995 dulu pun tak jadi masalah. Cara-cara jaga kesihatan, cara-cara memasak, cara-cara menghias rumah, cara-cara mengurat dan macam-macam lagi, ambil dan buat entry. Kalau nak lagi best, tambah sikit-sikit dengan cara-cara terbaru yang korang baca dan tambah dengan pengalaman sendiri. Sebagai contoh, dalam majalah tahun 1999 ada tiga isi cara-cara melatih diri rajin membaca, dalam majalah yang terbaru ada lima. Ha....Apa lagi? Gabungkan semuanya...[hehe]..Mudah bukan?
Menyelam sambil minum air...Tapi jangan lepas menyelam lepas tu lupa nak makan bila guna Facebook tu..[haha]..Macam penulis ni..[haha]..Maksud ell gunakan ruangan iklan yang ada dekat Facebook, klik kemudian baca. Lihat gambar di sebelah kiri sebagai contoh.
..[haha]...Tulislah pasal google chrome. Kalau tak faham dia tulis apa, korang search la kat google 'Kelebihan Google Chrome'. Bukan dekat setakat Facebook ada iklan ni, dekat laman-laman web lain seperti forum, surat khabar online dan sebagainya juga dapat membantu. Senang bukan?...Sebab tu ell pernah cakap dulu, blogging ni tak rugi kalau kita gunakan cara yang betul, banyak ilmu kita boleh dapat.

...[haha]..Masih ada perkara yang korang tak patut buat bila korang gunakan cara yang ell beritahu di atas ni...Simple, kalau korang buat juga, blog korang akan jadi bosan macam blog ell ni..Bosankan??..[hehe]...Tapi ell tak copy ya....Ayat buat sendiri ni..[haha]..
- Jangan copy ayat macam korang baca, sebaliknya guna ayat korang sendiri baru korang faham. Kalau korang copy je, baik korang tak payah buat blog, baik korang jadi mesin photocopy..[huhu]...
- Jangan korang baca tajuk je kat surat khabar, lepas tu korang tulis cerita sendiri. Kalau korang buat macam tu, mungkin balai polis akan jadi rumah korang sebab kena saman..[haha]..
- Jangan buat blog untuk kejar duit, tapi kejar faedahnya, dapat ilmu, kawan, dapat berkongsi dan yang penting dapat kepuasan berblog.
Akan datang ell kongsikan tips cari idea menulis entry ni lagi, bukan apa, ell takut tulis panjang-panjang nanti buat korang bosan nak membaca pula. Kali ini cuma cari idea dari pembacaan akan datang lain caranya pula...[hehe]...Selamat memeriahkan dunia blog! Sharing is caring..[hehe]...
p/s : Ell ada buat fans page blog Alienelliz ni kat Facebook. Jom meriahkan blog ell kat sana...[hehe]...Just click LIKE dekat ruang gadget ell. Sama-sama kita memeriahkan blogging ya..[hehe]...




