Salam kekayaan, salam angan-angan..
Peh!!! Baca tajuk macam orang dah profesional je kan??..[haha]..Tak adalah, ell masih baru lagi dan masih belajar lagi. Sebelum mulakan perbincangan, ell nak ucapkan terima kasih kepada Padinno pemilik blog Perjalanan Ini dan Warnnie Musah pemilik blog Bluedianthus. Ell banyak belajar dari diorang ni, diorang pun tak sombong nak jawab soalan ell yang pelik-pelik tu...[haha]...Tapi ada satu pesanan Warnnie Musah yang ditujukan kepada ell dan ell nak kongsikan dengan semua bloggers.
"sama2 ell..Nasihat saya, kalau dulu kita pernah di bawah..
jadi bila dah sampai atas, jangan lupa tengok bawah balik ye..:)
Terima kasih kembali.."
Rasanya semua bloggers macam tu, kalau ell tanya berkaitan apa-apa sekalipun korang pasti jawab. Nak senaraikan semua nama macam tak cukup pages pulak..[haha]... Tapi yang paling Tip Top kalau ell tanya dia jawab macam bas express tu tiefazatie, pemilik blog tiefazatie.blogspot.com Ell banyak belajar pasal Nuffnang dekat dia. Thanks a lot ya tiefazatie..[hehe]...tiefazatie dah banyak dapat BE tu..Minta sikit..[haha]..
Korang nak jadi jutawan dengan blog macam redmummy ke? Kalau niat korang buat blog semata-mata nak jadi jutawan baik korang lupakan. Selama ell buat blog ni, ada juga orang buat, pada mulanya aktif, tak tahu apa yang dia kejar sangat. Then sekarang ni dah tak update dah blog, bersawang la tersangat-sangat. Nak buat duit tu boleh, tapi korang kena jadikan blogging ni sebagi suatu hobi, dengan hobi barulah korang dapat buat keuntungan.
Sebenarnya dulu ell ada juga buat blog semata-mata nak buat duit, sebab tu ell kongsikan pengalaman ell pada korang. Ell buat blog sebab waktu tu ell join program Affiliate dalam menjual e-book. Nak juga buat duit tanpa modal ni..[haha]..Namun tak ada satu pun dapat dijual..[haha]..Sebab ell bukan pandai pun dalam bab-bab perniagaan ni...Putus asa kemudian delete blog! Selesai.
Kalau nak kata buat iklan Nuffnang sekali pun, bukannya daftar-daftar terus dapat RM 100 sebulan. Masa ell mula-mula daftar, minggu pertama tu cuma dapat RM 1 je..[haha]..Minggu ke dua cuma RM 1.25. Kalau korang nak buat duit semata-mata mesti korang dah putus asa! Tapi kalau korang jadikan sebagai hobi, tak adanya korang kisah dapat berapa yang penting korang teruskan hobi korang betul tak? Anggap je la Nuffnang tu sebagai hadiah kerana hobi korang yang suka berblogging.
Ell nak bagi contoh kawan ell, Amir Farid. Pemilik blog LifeLiveLove. Ell dah suruh banyak kali dah supaya dia letak iklan Nuffnang. Tapi dia tak nak, mungkin suatu hari nanti dia akan letak juga..[haha].. bezanya orang yang nak duit Nuffnang macam ell sibuk terkejar-kejar nak buat post la, nak cari follower la. Tapi dia releks ja. Kalau hobi, tak adalah nak menyusahkan diri betul tak?....Update blog pun semua original, tak adalah sampai terpaksa nak copy orang punya artikel.
Apa yang penting, blogging lebih bermakna jika ianya hobi dan bukan untuk mencari kekayaan. Pada mulanya ell memang nak mencari kekayaan dengan program Affiliate. Tapi ell mula sedar, blogging ada kepuasan yang tersendiri dari mengejar kewangan..Selamat berblogging..[hehe]...





