Manisnya Diriku Jika Diselaputi Iman | Menutup Aurat

on 17 December 2010


Salam...
    Aurat merupakan sesuatu perkataan yang selalu bermain dalam percakapan kita, nampak mudah tapi amat susah untuk di lakukan. Pelbagai alasan di berikan bagi mereka yang malas untuk menutup aurat. Alhamdulillah..Ell bersyukur sebab keluarga latih ell sentiasa menjaga aurat dan ell tidak mempunyai seluar pendek! Dulu pernah sekali pakai seluar pendek masa perlawanan hoki sekolah rendah. Sampai ell kena keluar dari padang sebab main tak betul. Alasan ell sangat mudah iaitu seluar pendek. Padahal tak reti main hoki..[haha]...Seriusly, memang dah terbiasa dengan seluar panjang ini..Alhamdulillah...Menutup aurat juga membuatkan seolah-olah kita menyelaputi diri kita dengan  keimanan.

Lelaki

     Kalau ell nak kongsikan apa aurat lelaki pasti semua sudah tahu, nak kongsikan apa hukaman tidak menutup aurat pasti korang semua jemu. Ell sekadar berkongsi pengalaman, kawan-kawan ell kebanyakannya diorang suka pakai seluar pendek ini. Katanya selesa sampai atas dari lutut pun dah terbiasa. Walaupun kita sesama lelaki, aurat tetap kena jaga. Bagi ell, alasan sukan tak logik lagi untuk digunakan, kerana banyak inisiatif lain yang boleh kita gunakan untuk menutup aurat. Gagah bukan pada jasad untuk kita tayang tubuh badan kita tapi gagah ada pada iman. Ingat tak dulu kerajaan islam pernah menang dalam peperangan bukan pada ahlinya tapi kerana kegagahan imannya.


Perempuan

      Sama juga dengan perempuan, semua dah tahu hukum hakamnya dan tak perlu untuk di ceritakan. Memang susah untuk latih diri menutup aurat ini jika kita tidak mula dari awal. Melatih diri dalam menutup aurat tersangat penting ketika masih kecil. Jika tidak, susah untuk berubah bila kita sudah dewasa. Kenapa perlu tidak perlu memakai tudung? Untuk anggun? Cantik? Berstyle? Mereka yang memakai tudung lebih anggun, lebih cantik, dan lebih berstyle. Sekadar berkongsi, kawan perempuan ell pakai kain belah pergi ke kelas. Dia marah bila orang lelaki melihat dia tapi kenapa dia pakai macam tu?Ermm... Sama-sama kita renungkan.

Sekadar Berkongsi Luahan Perasaan

      Bukanlah ell nak berlagak seperti seorang yang hebat beragama, sebaliknya ell sekadar mengingatkan sahaja, terpulang pada korang untuk berfikir mana jalan yang korang nak pilih. Bagi ell perempuan yang memakai tudung itu lebih cantik..[haha]...Ala-ala kampung, then yang tak suka mekap..[haha]...Haha cita rasa ell ni memang low profile sikit. Ell tak suka la dengan lipstik, tambahan lagi kalau yang bibir merah pekat tu..[haha]..=P

     Entry ini sempena kempen yang di anjurkan oleh seorang sahabat dan kemudian ell di tag lupa oleh sahabat ini. Thanks ya..[hehe]...Sorilah, ell tak ikut peraturan kempen, ell tak join kempen, just nak share. Selamat berblogging!!!


Ranking: 5

{ 33 comments... read them below or add one }

Nieza Micha said...

nice entry...^_^

yup... betul tu... orang yg pakai tudung lebih cantik and style... lebih manis... huhu...

nieza pun tak suke la dengan lipstik tu... suke pakai lipbalm jek sebab tak nak bibir kering... hehe..;D


December 17, 2010 at 2:25 AM
Hairil Rizal said...

Hanya menyumbangkan sikit buah fikiran...

Menutup aurat tu boleh diumpamakan mcm pakai tali pinggang keledar masa bawa kereta. Hukum pemakaiannya - wajib, kalao tak kena saman. Kalo pemandu pakai tali pinggang keledar, kemungkinan besar dia adalah pemandu yang baik tapi ada juga pemandu yang drive mcm setan walaupun pakai tali pinggang keledar tu.

Samalah dgn menutup aurat. Tak kira apa pun orang kata atau beri alasan, menutup aurat itu wajib - berdosa jika ditinggalkan. Menutup aurat akan menjadikan kita lebih akur dan patuh pada personaliti seorang Islam tapi tak semestinya semua yg menutup aurat akan begitu.

Pokoknya - hati. Hati yang akan decide arah haluan.

Tapi...sekali lagi harus diingat, walau apa pun kata hati, yang wajib tetap wajib. Tiada tolak ansurnya. :)


December 17, 2010 at 7:09 AM
mamawana said...

Betul.. Pakai tudung nampak lebih kemas. Taklah rambut berserabut ditiup angin sana sini. Kalu pakai tudung tu jagalah penampilan, jaga tutur kata. Tinggalkan tawa berderai mengilai di khalayak ramai, tinggalkan pakaian2 jarang atau Tshirt berlengan pendek. And remaja masakini , mama nampak ramai bertudung sayangnya akibat baju pendek sehingga nampak perut dann lurah buntut. Bertudung biarlah krn Allah swt. Jgn malukan muslimah yg ikhlas menutup aurat. Kita kan bersaudara......


December 17, 2010 at 7:28 AM
sibutiz said...

yapz,semuanya terlihat manis dan cantik kakau tertutup auratnya...
makasih ka..


December 17, 2010 at 9:27 AM
Anonymous said...

@Nieza Micha

lipbalm..oh ya..ok juga tu..hehe..kalau kering pun x cantikkan..hehe tapi serius la, ell mmg x suka org pakai lipstik ni..hehe tp bukanlah x suka membenci..sekadar bukan citerasa ell..hehe =)


December 17, 2010 at 11:00 AM
Anonymous said...

@Hairil Rizal

thanks en.hairil atas perkongsian tu, tambah ilmu pengetahuan ell ni..suatu gambaran persamaan yg bagus. thanks ya..=)


December 17, 2010 at 11:03 AM
Anonymous said...

@mamawana

alhamdulillah ell belum pernah jumpa org mcm ni, tapi ell tau ad. tapi ustaz ell ad berkongsi, kalau dia dari seorg yg x pakai tudung, kemudian dia berubah kpd memakai tudung walaupun seksi, itu adalah sudah ckup baik, kerana dia telah berubah dari sesuatu yg lebih baik walau hakikat ianya tidak cukup baik.

seorang guru cina, wajib memakai pakaian baju kurung (perempuan) pada hari isnin di mana perhimpuanan sekolah. Seriusly, mmg cntikkan org cina pakai baju kurung, puji dia. Agar mereka suka pakai baju kurung. Alhamdulillah, cikgu cina di sekolah ell dulu mmg suka pakai baju kurung. Sikit2 lm2 jadi bukit..hehe akan dtg mana tau dia bermint pakai tudung..siapa tahu..=)


December 17, 2010 at 11:09 AM
Anonymous said...

@sibutiz

ya pasti kamu suka dengan gadis bertudung..mcm cerita solehah gak?hehe =P


December 17, 2010 at 11:10 AM
Mr.TN_SkY said...

aha...bicara tudung~
saya lebih suka anggap begini..bagaimana jika sesorang itu menerima sebungkus hadiah yang masih terbungkus elok...berbanding apabila menerima sebungkus hadiah yang sudah terkoyak atau terbuka sedikit penutupnya..tentu rasa sedikit xgembira kn? :) (anggap lah sama juga dalam istilah perkahwinan) hehe :)


December 17, 2010 at 4:09 PM
nazirulhazwan~ said...

bagus2. entry cmni la kite cari. saling ingat mengingatkan.hehe


December 17, 2010 at 4:14 PM
Anonymous said...

@Mr. TN_SkY

haha thanks bro...perumpaan yg slalu kita dengar..hadiah nak balut elok, tapi diri sendiri tak nak..pelik kan org zaman sekarang..haha tmasuklah aku..=)


December 17, 2010 at 4:17 PM
Anonymous said...

@nazirulhazwan~

haha thanks bro..=)
mcm perli tapi mcm puji..haha =P


December 17, 2010 at 4:18 PM
Pink Pearl Lady said...

berpakaian menutup aurat memang dituntut,pakai tudung memang lbh manis dan lbh cpat nak bersiap tak payah nak set-set rambut...


December 17, 2010 at 5:03 PM
iniialahaku said...

pakai tudung 2 pakaila..tapi...................
jgn dok pakai mcam SESETENGAH orang 2..nma je pkai tudung,tdung ntah apa fesyen ntah...srupa xyah pkai..2la org kata tutup aurat tpi masih bogel..tul ke ni??haha..lbih kurg g2la


December 17, 2010 at 6:04 PM
Wahida Nasution Thakhrim said...

pakai tudung dengan niat yang sepatutnya.. bukan sekadar bertudung kerana fesyen.. kalau pakai lipstik tu tak payah la terang2 atau menonjol sangat.. biar muka jangan nampak pucat cukup la..


December 18, 2010 at 12:10 AM
Anonymous said...

baik nye ell...anak sape la ni....
menantu sape la ni...ish3..
heee~


December 18, 2010 at 12:26 AM
Anonymous said...

@iniialahaku

ad juga dengar, tapi kalau dia mcm tu, kita knelah ajar dia sikit2, dh ok la tu dh pakai tudung, insya allah nanti dia pakai baju yg elok pulak..hehe =)


December 18, 2010 at 1:03 AM
Anonymous said...

@Wahida Nasution Thakhrim

kadang2 fesyen yang merosakkan pakaian org islam ni..huhu


December 18, 2010 at 1:03 AM
Anonymous said...

kan..tp seingt dulu, parents xpnh plak pakse tutup2 aurat..mmg dulu skola tadika/rendah tak pakai tudung pun, tp skrg semua tu dtg dgn sendiri sbb parents dh hntr blajar agama..pandai2 la fikir mane baik..tp diri ni pun kdg2 lalai..same2 ingt kan yep..


December 18, 2010 at 1:42 AM
Anonymous said...

@misyamissyou

hehe biasa la tu..kita saling ingt mngingtkan, besar pahalanya..=)

nasib baik lelaki x kena pakai tudung, cm ssh je..ekekek..tp bnyak faedahnya kalau ssh ni..hehe


December 18, 2010 at 1:58 AM
mantra said...

@alienelliz

Kalau pakai tudung jauh lebih cantik, manis...kalau pakai tudung dah cantik, bila kahwin nanti masyaAllah pasti suami terpesona dengan kecantikan sebenar isteri dia...


December 18, 2010 at 3:51 PM
Anonymous said...

@mantra

tau x pa..kecntikan perempuan adalah untuk suami mereka, kalau belum kawin dah tayang sana sini, dh x ad rhsia dh antara suami isteri lgi..huhu betul ke ni??hehe


December 18, 2010 at 4:00 PM
Ibu Amani said...

yelah...menutup aurat tu wajib...

kadang2 geram je tengok org yg suka pakai seksi2 ni...terbonjol sana sini...terkuar sana sini...
org lelaki berhidung belang tgk pon boleh meleleh air liur..

lepas tu terpaksa lah lelaki berhidung belang ni melepaskan nafsu pada org tak berdosan especially kanak2...


December 18, 2010 at 5:49 PM
dayah SnoW Heuka said...

alhamdulillah :) bangga dgn diri anda heee


December 18, 2010 at 6:17 PM
Anonymous said...

@Asma Haha

tau x pa..ell pun suka tgk org seksi ni..haha lumrah nafsu lelakikan..haha sntiasa nak yg cantik..lagi2 x pernah tgk...apa2 pn, tak bleh nak slhkan lelaki je, sebaliknya perempuan juga kne jaga pakaian mereka...

maksudnya sesamalah jaga diri masing2..hehe


December 18, 2010 at 6:24 PM
Anonymous said...

@dayah SnoW Heuka

hehe puji ell ke..haha dh2, jgn puji lagi, x baik..haha sbb semua itu ktntuan Allah..=) kita hanya mrancang..


December 18, 2010 at 6:25 PM
rafina mimi abdullah said...

kalau pakai tudung biarlah selari dengan pakaian..janganlah pakai baju adik2..seluar adik2..hehe :)


December 18, 2010 at 6:47 PM
ong ong kedek kedek said...

pakai tudung+pakai baju sopan2=cantik, nampak solehah...

pakai tudung+baju ketat nampak buah dada+seluar ketat nampak spender=sama je mcm x pakai tudung...


December 19, 2010 at 12:41 AM
Anonymous said...

@HASRUL NIZAM

hehe betul tu HASRUL NIZAM itu ianya lebih baguskan dari tak pakai tudung. cuma perlu ubah dari segi pakaian.. spttnya kita tegur, knp pakai tudung tp pakai baju ketat2..

bukannya kita kutuk dia..betul tak? kebanyakkan org sekarang ell tgk, kalau org tu baik, semua nak kena baik, pantang ada salah sikit habis di kutuknya, padahal diri x seberapa pn..sme la cm ell..=)


December 19, 2010 at 12:49 AM
Puteri Iqa Izyan said...

Alhamdulillah.
semoga kempen ni akan berterusan.
nasihat menasihati dlm menutup aurat tu penting :)


December 19, 2010 at 3:43 PM
NuSaNa NoSa 91 said...

yeahhh~ keen akan join.. betul tu.. aurat itu amat penting utk dijaga.. jgn amik mudah je.. ^_^

p/s: low profile ke taste ell tuh?? ^_^


December 20, 2010 at 10:50 AM
 
© Alienelliz | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO