Rokok Baik Untuk Kesihatan

on 03 October 2010

Rokok Baik Untuk Kesihatan
[ ...Jika korang tak menghisapkan... ]

Semalam aku dah cerita tentang Kebaikan Merempit kat korang semua. Disebabkan sambutan amat menyedihkan...Hari ni aku buat lagi 1 perkara tentang kebaikan merokok, perkara ni aku kena share dengan korang...[haha]....Harap post kali ini juga dapat sambutan yang amat menyedihkan...[huhu]....Semalam, sebelum HouseMate aku p tengok perlawanan bola dia sempat berbicara dengan aku yang Mabuk melayari internet...[huhu]....

"....Kena bawa Lap Top ni sambil tengok bola, kalau tak nanti aku asyik hisap rokok. Rokok tak baik untuk kesihatan...."


Gejala rokok ni memang dah berleluasa, cam dah tak perlu lagi nak bagi tau kat korang apa itu rokok. Sekarang ni pun kalau jalan-jalan kat bandar dah boleh nampak budak-budak sekolah hisap rokok....Mungkin budak-budak ni lagi bagus teknik meroko banding dengan korang...[haha]....

Mungkin juga diorang ni suka hati warna Hitam, macam ada style kan? Hati yang bersih terus jadi gelap gelita...[haha]...kalau nak cepat Hitam kenalah hisab banyak2....[haha]....Mungkin korang boleh dapat hadiah dengan hati yang gelap tu....

Kenapa korang nak merokok? Dekat kotak dah terang2 bagitau kesan2 merokok ni....Aku rasa kotak rokok tu kena besarkan lagi...So, gambar boleh nampak dengan jelas....Adoiii....Tak paham aku, kena research lagi pasal rokok ni...[huhu]...

Mengikut kajian, merokok ni dapat mengurangkan jangka hayat seseorang...Bagus2...Inilah kelebihan merokok yang mesti korang tahu, Boleh mati cepat!!!

...Best'kan???


Ye...betullah cakap korang tu...

"...Hidup & Mati itu semuanya di tangan Allah..."


Allah yang menentukan segala-galanya. Tapi korang kena ingat, kalau Allah cakap korang mati sebab hisap rokok, korang tetap akan mati sebab rokok....

"...Allah tidak akan mengubah nasib seseorang hambanya melainkan atas kehendak hambanya..."

So...Jom berubah!!! Aku cakap memang senang sebab aku tak merokok...[hehe]...korang ada idea macam mana nak berhenti merokok???



Ranking: 5

{ 7 comments... read them below or add one }

Nur Azila Ismail said...

brhentilah merokok , sgt membazir . ok mmg susah nak berhenti , tapi cubalah ,,


October 3, 2010 at 11:47 AM
akuvision said...

dasat betul orang yang isap rokok dalam gambar yang last tu


October 3, 2010 at 11:49 AM
aYaz said...

gambar atas tu,cam sengal lah...
yang penting aku tak bape nak suke ngan org yg merokok disebabkan dia merokok,
okeh...


October 3, 2010 at 11:54 AM
mohd saifulnizam said...

d-dunia
u-umpama
n-neraka
h-hidup
i-ibarat
l-layang
l-layang


October 3, 2010 at 1:03 PM
Gayahspears said...

hahaha.. betoi gak ek..huhu...
best n3 ko nih~ aku sokong 50% je..huhuhuhu


October 3, 2010 at 2:30 PM
Gen Fujita said...

good entry, saya pernah berbicara panjang lebar tentang benda ni, dipersilakan melawat :)
Rokok - Hakikatnya
Antara Rokok Dan Shisha


October 4, 2010 at 10:05 PM
 
© Alienelliz | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO