Apa khabar semua? Macam mana cuti sem korang? Mesti best keluar jalan-jalan dengan keluarga, keluar dengan kawan-kawan, ada yang sedang ber'dating, ada yang sedang bernikah, ada yang sedang berkahwin. Macam-macamkan korang boleh buat dengan cuti sem ni. Pastikan korang isikan dengan perkara yang berfaedah, janganlah korang buat sesuatu yang akan menyusahkan diri sendiri dan keluarga korang. Ada sesetengah orang suka cari kerja sementara tunggu Sem seterusnya, ada juga yang suka lepak dalam rumah je macam ell..[haha]..Apa-apa pun pastikan berfaedah.
Pastinya juga SPM dan STPM masih belum tamat bagi sesi 2010. So, ell harapkan korang dapat buat yang terbaik. Sama-sama kita mendoakan Negara kita akan terus maju kehadapan dengan adanya generasi yang bakal menggerakkan Negara di Bumi Allah yang sementara ini.
Kalau blogger tu mungkin waktu macam ni lah dia nak tingkatkan traffic blog, belajar buat blog, berkenalan dengan rakan-rakan bloggers dan ada satu lagi saranan dari Padin, pemilik blog Perjalanan ini mencadangkan agar masa cuti inilah kita memanfaatkan masa untuk memperbaiki mutu blog kita. Setelah sekian lama, blog pasti mengalami pelbagai masalah yang mungkin kita tidak tahu seperti warna yang tidak sesuai, loading page yang lambat dan sebagainya. Kalau korang nak tahu lebih lanjut apa yang perlu korang periksa mengenai blog korang, boleh datang ke blog Padin.
Ell kalau cuti sem sememangnya hanya duduk di rumah dan tak pernah terfikir langsung untuk mencari kerja sementara menunggu kemasukan Sem seterusnya, sebab memang dari dulu lagi, adik beradik ell tak berkerja semasa cuti sem. Kalau nak di ikutkan cuti-cuti sem yang lepas ell banyak menggunakan masa dengan main game, menonton tv, melayari internet dan lain-lain lagi. Tapi untuk sem kali ini ell lebih kepada ber'blogging, mungkin kerana ell sudah jatuh hati dengan blog ni..[haha]...
Pagi ell kebiasaannya bermula pada pukul 10 pagi...[haha]..Lambat gila bangun betul tak?..[haha]..Kemudian ell mandi, sarapan itupun kalau masih ada, sebab selalunya sudah habis di baham keluarga..[haha]..Standard la kan dah bangun lambat. Buat kerja dulu apa yang mama suruh, sebab nanti nak duduk depan lap top pastinya tidak mahu di ganggu...So, kerja kena rumah kena siapkan dululah, kadang-kadang adik ell yang buat..[haha]..
Kemudian bermula lah era duduk depan lap top, membalas komen dan jejak. Sebab kebiasaannya ell akan buat automatik post pada pukul 10 pagi untuk cover yang konon-konon nya ell dah bangun awal..[haha]...Sampai maghrib, berhenti makan, sembahyang, spongebob dan bila rasa dah penat..[haha]...Mula pukul 9-11 ell akan blogWalking sambil tinggalkan komen untuk post-post yang menarik bagi ell.
Pukul 12 pagi, seperti yang ell kongsikan tips tingkatkan traffic blog, ell akan berblogWalking sehingga pukul 1 pagi..[haha]...Kemudian ell akan menulis entry. Menulis waktu malam sangat seronok sebab sangat menenangkan..[hehe]..Kalau entry sudah disiapkan awal-awal, ell akan baca balik untuk perbetulkan mana satu ayat yang salah, yang tak sesuai, yang merepek meraban untuk di buang. Namun, kadang-kadang ada juga yang salah eja, dah publish baru perasan..[haha]...Siap entry, ell tidur. Kebiasaannya entry akan siap pukul 3 pagi. Yelah, bukan 100% tumpukan perhatian untuk buat post je, kadang-kadang tu sambil chatting dekat YM, borak-borak dekat FB...[haha]...
Berulanglah perkara sehari-harian kehidupan ell masa cuti sem ni, cuma kadang-kadang ada lain sikit, keluar pergi jusco, makan-makan dekat luar, ada aktiviti dengan keluarga dan lain-lain lagi ..[hehe]..Cuma mungkin nanti ada berubahan, ell nak tidur dulu sekejap then baru tulis entry. Kenapa?..[hehe]..Adalah sebabnya...Fikir sendiri...[haha]...Agak-agak korang suka ke baca pasal diri ell ni??...[hehe]...
{ 16 comments... read them below or add one }
nice post gan,,,
saya suka gambar spogebobnya....
November 29, 2010 at 10:13 AM
Mj p0n suke melepak kt umah time cuti sem..hihi
tp skg da abes blaja,mase utk crk keje plak..huhu
ade keje x nk offer kt Mj..hehe..=)
November 29, 2010 at 11:07 AM
datang mengikuti perkembangan kawan. :)
November 29, 2010 at 11:11 AM
yeah botoi....waktu cuti sem ni la nak perbaiki mutu blog masing-masing ;)
November 29, 2010 at 11:25 AM
@MJ
Alamk, x ad kerja kosong la..hehe =)
November 29, 2010 at 11:28 AM
@dayya dayyanna
Thanks..hehe =)
November 29, 2010 at 11:28 AM
kiutnyer sponbob hikhik..
yup. masa buat entry tu fikiran tak 100% kat situ. lagi2 kaki fb mcm aefa ni. ade2 je yang nak dikomen kat fb tu. hee. bila nak smbung balik taip entry tu kdg2 hilang lak idea. huhu
November 29, 2010 at 11:45 AM
@Aefa Aerisya
haha selalu juga jadi macam tu, tambahan sekarang ni fb ada group..lagi berbunyi2lah tempat chat tu...haha
November 29, 2010 at 11:47 AM
kalau cuti sem dulu aku banyak abeskan masa depan PS2 keh3.. berblog ni pon bila dah kerja wakakaa
November 29, 2010 at 12:07 PM
sonokkan jadik student..ade gak cuti sem...kalo dah keje..harapkan cuti tahunan jek laaa... rindu plak zaman2 study dulu..kalo cuti sem memang belasah tengok TV jek..muehehehe
November 29, 2010 at 2:40 PM
cepat2 kejar2 betul tue.. masa cuti ini lah masanya
November 29, 2010 at 4:11 PM
aiyookkk~~ xelok anak teruna bngun lmbt2.. ingtkn tu amrn utk anak dara je ke?? hik3~ ^_^
November 29, 2010 at 4:28 PM
mmg best kan ble cuti..ifa nie bosan dh..ble la nk keje...huhu..sedih...waaa...
November 29, 2010 at 4:31 PM
huhu...betul tu...masa2 cuti2 ni lah ada masa nak semak blog kita..omu pun ade program gak...hehe..
November 29, 2010 at 4:52 PM
@NuSaNa NoSa 91
aik?? hehe baik2 nanti ell cuba betulkan jadual ell ya keen..hehe
November 29, 2010 at 5:44 PM
@tiefazatie
Haaaa..keje lagi busykan? mungkin nanti x sempat nak update blog setiap hari lagi..hehe
November 29, 2010 at 5:45 PM
Post a Comment