Pengalaman PLKN | Semakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2011

on 05 December 2010

Salam khidamat Negara...
      Kali ini ell cuma nak berkongsi sahaja...[hehe]...Segan ni, dulu ell dapat juga pergi PLKN ni. Mula-mula tu memang malas nak pergilah, tapi nak buat macam mana nanti mama dengan abah kena saman pula. So, ell pergi je la..[haha]...Adalah beberapa kawan ell, tak ada la diam je masa baru-baru sampai tu..[haha]..Masa beberapa minggu dekat PLKN ni hati masih lagi dekat rumah, rasa macam nak balik je. Adalah juga berharap nama ell ni tersenarai dalam pelajar yang cemerlang, boleh keluar PLKN awal...[haha]...Tapi ok la..Sebab ell dapat panggilan pertama, masa PLKN pun singkat, lepas tu bulan 1 ni banyak hujan maka tak banyak la program dapat di jalankan..[haha]..

       Nak kata best tu, bagi ell biasa ja, sebab ell ni bukan jenis yang aktif sangat, just join untuk cari pengalaman. Banyak benda yang ell belajar, kena buli pun ada sebab ell ni kecik je orangnya, tapi buli-buli kawan la..[haha]..Kawan pun ramai dapat, sampai sekarang ni ada lagi yang masih berhubung, cuma yang sedihnya tak dapat nak cari teman hidup..[haha]...Ell lambat sikit, orang dah ambil baru nak rebut..[haha]..Bagus PLKN ni, bukan senang nak cergaskan badan. Macam sekarang ni, mana ada ell nak keluar jalan-jalan, depan lap  top juga ell beriadah..[haha]..

      Makan? Sedap! Sebab percuma...[haha]..Kalaulah berbayar, ell nak saman tukang masak tu..[haha]..Tapi sekarang ni tak tahulah tempat PLKN ell tu ada lagi ke tak, sebab fasilitinya agak lemah, rasanya dalam tahun lepas di tutup untuk kerja-kerja naik taraf. Ell dulu PLKN dekat Pahang. SummerSet Resort...Ell dan kawan-kawan bagi nama tempat tu padang pasir, sebab sidai kain 1 jam dah kering..[haha]

Bagi generasi-generasi muda yang nak mengetahui maklumat mengenai PLKN boleh pergi ke Laman Web www.khidmatnegara.gov.my dan untuk cek secara semakan melalui SMS boleh ikut macam yang kat bawah ini.

"PLKN SEMAK  dan hantar ke 15888"


contoh : PLKN SEMAK 912345678901 dan hantar ke 15888
Ranking: 5

{ 20 comments... read them below or add one }

fiezah91 said...

haha.. best ke plkn?


December 5, 2010 at 7:34 AM
sibutiz said...

wach,hebat ya pengalamanya....


December 5, 2010 at 9:30 AM
Anonymous said...

@gigi rongak

best la ronggak..haha jeles ke??haha


December 5, 2010 at 11:21 AM
Nur Azila Ismail said...

yey dapat kt penang . antara kem terbaik . hehee


December 5, 2010 at 12:41 PM
Anonymous said...

@Nur Azila Ismail

haha tahniah zila..lagu dh boleh hafal tau..haha


December 5, 2010 at 12:51 PM
Anonymous said...

@.::: Princess MOMOY :::.

kan boleh mohon..tapi kalau dpt dia akan msuk kumpulan ke 3..hehe kalau x silap la..hehe


December 5, 2010 at 12:51 PM
Gayahspears said...

huhu.. aku tak penah dapat g PLKN...


December 5, 2010 at 1:31 PM
Anonymous said...

@Gayahspears

rugilah gayah x pernh pg..hahaha


December 5, 2010 at 2:08 PM
cikbelog said...

seronoknya ada pengalaman pegi PLKN.Cikbelog tak terpilih pun.heee


December 5, 2010 at 2:40 PM
Khairy said...

tak pernah lak aku dapat tawaran g plkn....tp sume aktiviti kat sana, dah pernah rasa....huhu


December 5, 2010 at 4:35 PM
Rina Rossoneri said...

ramai kwn kita g dapat cari teman hidup lol.. org kata g sana untuk cuci mata eheee


December 5, 2010 at 5:23 PM
Anonymous said...

sy x dpt plkn pon ell...gile kejam..huwaaaa


December 5, 2010 at 6:06 PM
Anonymous said...

@rossoneri

haha betul3..haha sebab eerr...tnya orang yg p PLKN gak la..haha ell tak boleh bgitau sbbnya..haha


December 5, 2010 at 6:22 PM
aaz azhar said...

ermmm rindunye kat plkn ulu pari ..arghhhhhhhhhhh damn..nk msuk blik...heheheh


December 6, 2010 at 2:46 AM
Ezzati said...

Saya dapat kat langkawi :)


December 14, 2010 at 4:32 PM
Anonymous said...

@Ezzati

wah..best tu kat langkawi..ell dulu kat padang pasir..haha =P


December 14, 2010 at 4:35 PM
faizura rahman said...

sy peserta PLKN 1st batch! :)


January 2, 2011 at 9:02 PM
Anonymous said...

@faizura rahman

senior la ni..hehe kalau first natch msti bes!


January 3, 2011 at 8:14 AM
Anonymous said...

found your site on del.icio.us today and really liked it.. i bookmarked it and will be back to check it out some more later


January 19, 2011 at 2:33 PM
 
© Alienelliz | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO