Hari ini ell di perdengarkan berita bahawa hutan di Israel terbakar dan telah menyebabkan seramai 41 orang yang telah maut akibat kebakaran tersebut. Namun, ell terasa tersentuh apabila beberapa Negara islam ingin menghulurkan bantuan dengan hanya memadamkan perkara-perkara yang telah berlalu macam tu sahaja.
"Israel menyatakan ia telah dijanjikan oleh pemerintah Azerbaijan, Croatia, Mesir, Perancis, Jordan, Romania, Rusia, Sepanyol dan Turki untuk menghulurkan bantuan."
Ell tertanya-tanya mengapa mesti hulurkan bantuan sedangkan mereka sudah banyak menyusahkan umat Islam itu sendiri. Kita berkobar-kobar memberi bantuan kepada Negara Palestine dengan harapan Israel memberhentikan serangan terhadap umat islam. Tapi apabila mereka sedang di landa masalah kita pula beri bantuan sedangkan matlamat kita untuk membebaskan Negara Palastine dari genggaman Israel masih belum tercapai! Adakah selepas ini kita akan buat sumbagan derma untuk Israel yang pernah kita pinggirkan dahulu?
"Anggota-anggota bomba dari negara jiran bertungkus-lumus memadamkan kebakaran manakala anggota-anggota bomba dari Palestin turut dipanggil untuk memadamkan kebakaran tersebut."
Namun, ell sedar bahawa Islam bukanlah sesuatu Agama yang mahukan peperangan, ell juga tahu Islam adalah Agama yang sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang sentiasa di dalam kesusahan. Tapi janganlah kita terlalu pemurah sehingga kita yang akan kecewa di kemudian hari kerana mereka tahu akan kelemahan umat Islam.
Artikel ini bukanlah untuk ell menyalahkan kepada sesiapa, sebaliknya sebagai peringatan sahaja berdasarkan apa yang ell tahu. Ell doakan semoga hati-hati orang Israel ini mula terbuka untuk menerima kemulian Islam walaupun di dalam hati mereka ini penuh dengan kebencian terhadap Umat Islam! Ell juga berharap, dengan pertolongan ini dapat mereka melepaskan Umat Islam dan hentikan peperangan. Walaupun ianya mustahil, tak salah untuk kita mendoakan hati mereka terbuka untuk menerima Islam.
Kita lihat suatu hari nanti, adakah mereka balas dengan kebaikan selepas kita membantu mereka atau mereka akan terus menindas kita dengan cara yang mungkin lebih kejam dari apa yang kita lihat sekarang ini! Jangan menyesal atas pertolongan yang kita berikan jika mereka terus menindas kita.
{ 10 comments... read them below or add one }
bodoh sangat la tuh pegi tolong.. biar terbakar jerk sutu israel tuh...
Terbaru dar Asrol Mania:
~ 12 Kesilapan Kita Berblogging
~ Fogging / Semburan Aedes Tak Kena Pada Waktu | Apa Kata Anda?
Jangan lupa follow..
December 4, 2010 at 3:46 PM
indahnya islam
December 4, 2010 at 5:20 PM
smoge harapan2 kite yg baik akan mnjdi knyataan...
*rjin la ell ni survey..ptut la blog mantap..ngeehehe
December 4, 2010 at 10:48 PM
@i am S!L4H..
huhu mane ad mntap silah oiii..haha
December 4, 2010 at 11:03 PM
mantap je....nk ckp gak mntap...lalalalala
December 4, 2010 at 11:29 PM
Ell!!!!!
Saya baru perasan banner liplap liplap yg comey tu...
Time kasih byk2...
Camne sy nk balas budi baek awak...
(Nangis guling2.. terharu...T_T)
Pls...
Minta sesuatu dari saya sbg membalas perbuatan baek awk...
December 5, 2010 at 12:23 AM
alhamdulillah,,
semoga israel berhenti nyerang palestina...
December 5, 2010 at 12:24 AM
macam2 muslihat diorang.
December 5, 2010 at 12:51 AM
@Langit Pertama
aik, ni ad kaitan dgn palestine ke??haha
December 5, 2010 at 12:53 AM
israel laknatullah !
December 7, 2010 at 4:18 PM
Post a Comment