Siapa Di Sebalik Batu?

on 24 November 2010



Salam sejuta persoalan..
    Banyak sangat ke persoalan ya?...[haha]...Tak banyak pun saja nak kongsi beberapa orang misteri sejak ell muncul dalam alam maya ni. Semua orang-orang disebalik batu ni amatlah ell geram..[haha]..Tapi ell mana pernah marahkan..Pernah nampak ell marah? Korang pun tak kenal ell macam mana nak nampak ell marah..[haha]...Jom-jom korang lihat sendiri persoalan ell...



     Erghhh!!! Setiap kali buka email mesti ada email SPAM yang baru. Semuanya bermula dari ell anjurkan pertandingan. Mungkin sebab kesilapan ell sendiri  sebab menyebarkan email. Yang korang lihat gambar kat atas tu, cuma sikit sebab ell snap gambar ni waktu malam. Paling banyak dapat bila cek email waktu pagi. Kalau ell kumpulkan semuanya boleh dapat berjuta-juta duit. Sebab diorang mintak tolong buat pemindahan duit diorang ke akaun ell..[haha]...Ingat ell ni tak ada otak ke nak fikir keselamatan duit ell yang kat dalam bank tu ( RM 0 )..[haha]..

     Email-email luar negara ini ok lagi, yang paling geram orang kita pun ada, promosi itu ini padahal ell tak langgan pun promosi-promosi korang tu, tolonglah stop dari hantar SPAM, rimas mata melihatnya! Jangan paksa orang kalau semata-mata nak cepat kaya. Kalau betullah yang menghantar email SPAM ni dah kaya dengan cara yang diorang gunakan, kenapa tak bagi je e-book yang korang buat tu secara percuma? Yelah, korangkan dah kaya!..[haha]...

    Nuffnang tu tak jadi masalah, itu email-email yang member-member innit ping post...[haha]..Setiap kali diorang update. Innit akan beritahu pada email. Tak ada benda nak marahlah, memamng ell yang join..[haha]...Siapa di sebalik email-email SPAM??



     Sebelum ni ell ada buat review dekat blog ell, minta korang semua bagi markah guna poll. Thanks a lot sebab korang sudi bagi markah. Tak terhingga terima kasihnya tu..[haha]..Tapi yang ell geramkan sangat, yang bagi markah  "1 Bintang" dan "Oppss!!! Usaha lagi ya..=)"..[haha]...Bukan ell marah sebab korang bagi markah rendah tapi yang ell marah sebab korang tak tulispun sebab apa korang bagi markah rendah. Terang-terang ell tulis dekat post tu tujuan ell buat poll tu untuk perbaiki mutu blog ell. Tapi ell tak tahu nak perbaiki apa...[haha]..Adehhh..[haha]...Siapa pula di sebalik poll markah rendah tu??



     Semua kenalkan? Blogger yang baru-baru tu mesti belum kenal, actually ell baru first time kena dengan cik Ainon ni..[haha]..Harap Cik Ainon sudi datang ke blog ell lagi untuk memberi peringatan yang begitu berharga tu..[haha]...Cik Ainon ni tegur ell dekat post Streamyx. Kalau baca dekat komen tu tak sakit hati pun. Kalau dekat shoutBox tu baru rasa nak tumbuk sikit..[haha]..Tapi dia bagi link google pulak..Bagi ell, Cik Ainon yang baik hati ni nak cari publisiti murahan ja..[haha]..Baik korang tak payah tahu siapa dia..Suka dia nanti dapat traffic dari korang..[haha]....Persoalannya...Siapa di sebalik Cik Ainon??..[haha]...

     Kita abaikan Cik Ainon...[haha]...Kita mula hidup baru, yang mana Cik Ainon tegur kalau rasa betul kita betulkan, kalau tak betul kita betulkan Cik Ainon!!! ..[haha]....
Ranking: 5

{ 9 comments... read them below or add one }

Cik Moon said...

hmm kes cik ainon tu.. sebenarnyer setiap org lain caranyerr.. ada yg blogger suka reply komen dan ada yg x suka reply.. mgkin yg xreply bukannyerr sebab xhormat..
*ayat cik ainon tu agak kasar laa.. tersentap I tau~ngee~


November 24, 2010 at 9:25 AM
MHI said...

udang di sebalik batu... ^^
biarlah ianya menjadi rahsia di alam maya...


November 24, 2010 at 9:48 AM
Aefa Aerisya said...

gmail aefa selalu dpt spam. hampeh tul. hari-hari kena delete benda yang sama. ^_^

lawak lak cik ainon ni. pasal komen pon majuk. cikmoon pon tersentap tuh. hekks


November 24, 2010 at 10:26 AM
JRY said...

ainon or enon? haha... gua punya email pun bnyak spam. hari2 ada spam.. huhu... eh.. gua bg 4 bintang la:)


November 24, 2010 at 11:07 AM
ello said...

cik ainon dah bengang tahap cipan ar 2..
hahaha..

post psl pjmpaan blogger ari 2.. >> Sory Geng Pokok Renek


November 24, 2010 at 8:12 PM
biskut said...

uitt..aku nak kenal gak sapa cik ainon tuh..


November 25, 2010 at 12:19 AM
Hairil Rizal said...

cik ainon? Mcm pernah kudengar tapi...dimana ya?


November 25, 2010 at 1:29 AM
 
© Alienelliz | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO