Kenapa ada kegagalan ya? Kalau tak ada kegagalan pasti hidup kita akan terus hadapi kejayaan. Tapi betul ke? Sesungguhnya kita perlu bersyukur sebab Allah menjadikan setiap sesuatu itu berpasang-pasangan. Ada kegagalan dan ada kejayaan. Ada orang yang ell lihat, dia akan terus dengan kejayaan, tapi korang kena ingat yang mereka ini pasti pernah mengalami kegagalan. Memang tak dapat dinafikan semua orang pernah gagal, ell sendiri pernah gagal. Bila kita bangkit setelah kita gagal adalah lebih bermakna berbanding kita lari dari apa yang kita gagal!
...[haha]..malu...Tapi ell nak cerita juga pada korang dan cerita ni ell tak ada cerita kat sesiapa pun termasuk family ell. Ianya hanya boleh di dapati di blog ini sahaja. Dulu masa ell belajar di sekolah rendah, ell pernah gagal dalam mendidik diri ell sendiri. Ell ingat lagi ell kena tampar dengan cikgu Bahasa Melayu sebab ell tak bawa buku teks. Korang pun tahukan masa zaman sekolah rendah ni buku semua berat-berat. Mengalahkan buku-buku pelajar Universiti. Lagipun ell ni kecik je, nak bawa buku macam tu siapa yang nak kan?..[haha]..Alhamdulillah ell bersyukur sangat sebab cikgu tu sudi tampar ell buat kali pertamanya dan terus mendidik ell untuk terus rajin bawa buku..[haha]...Sebenarnya banyak faedah yang kita boleh dapat. Contohnya, bila cikgu tak masuk kelas, boleh kita conteng-conteng buku tu, warna-warna ke bagi cantik sikit, main tekap-tekap gambar..Betul tak?..[haha]...
Gagal masa tingakatan 3 pun ell tak boleh lupa, ell dapat dari cikgu dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. First ujian ell dapat 82, pastu second ujian menurun 40++. So, 82-40=42. Maka, 42 hadiah la yang ell dapat dulu. Tapi sebab Kemahiran Hidup, cikgu yang ganas tu tak pakai rotan, dia guna kayu kerusi yang dah patah, bagus cikgu tu, ell memang sayanglah kat dia. Semuanya disebabkan ell yang anggap subjek tu senang, tanpa belajar je dah boleh dapat A, tu la akibatnya...[haha]...Sejak dapat hadiah tu ell terus belajar dan Alhamdulillah ell dapat A dalam PMR dalam subjek KH...Hebatkan kegagalan yang kita lalui, sehinggakan mampu mengubah masa depan agar kehidupan yang akan kita lalui itu lebih cerah.
Betulkan? Orang bercinta juga ada kegagalan...[haha]..Ell pernah mengalami proses cinta monyet...Memang romantik sampaikan kalah orang yang dah kawin..[haha]...Tapi tu masa zaman kanak-kanak la, zaman imaginasi melampau-lampau...Kata orang cinta monyet ni tak kekal, betul ke? Ermmm.. Mengikut pemerhatian ell, ada juga orang yang dari cinta monyet ni berjaya bawa sampai jinjang pelamin. Tapi hanya sebahagian kecil dan sememangnya sekecil-kecilnya peratus nak kekal...[haha]..Macam doktor falsafah cinta la pulak kan?..[haha]...Namun, hakikat tetap hakikat, cinta sejati ell tak kekal lama sebab alasan si gadis nak menuntut ilmu pengetahuan. Siapa nak halangkan?..[haha]...Tapi.....Next!!!!
Sebab peristiwa itu, ell akan berhati-hati memilih cinta walaupun cinta itu masih jauh lagi untuk di capai...Aduh!!! Bila ell dapat kawin ni...[haha]..Adanya kegagalan dapat membuatkan korang sedar dan pandai dalam pemilihan, tak kan la sampai korang asyik layan je pasangan korang walaupun dia kikis duit korang sampai terhakis duit korang yang banyak-banyak tu! Kegagalan itu dapat mematangkan kita tapi dengan syarat kita terokai, kita atasai dan bukan kita lari.
Ikutkan orang cakap, kita kena selalu pandang kehadapan untuk lalui liku-liku kehidupan yang akan datang. Tapi bagi ell, jangan lupa untuk korang pandang ke belakang kerana di belakang korang tu banyak pengalaman, pendidikan dan ilmu yang pasti akan membuatkan korang bermotivasi untuk berjaya. Kalau korang nak tahu, kejayaan selepas kita gagal adalah lebih bermakna dan mampu membuatkan korang menitiskan air mata bila korang ingat balik peristiwa yang korang alami.
{ 10 comments... read them below or add one }
sokong tu, xperlu takut kalau gagal untuk seketika, kadang-kadang kita alpa kalau asik berada kat atas,
atleast, kegagalan mengajar erti segala hal hidup...yeah
November 9, 2010 at 11:29 AM
whateva it is, do da best in ur life..
sbb kte hdup smntara je kt dunia nie.. ;)
November 9, 2010 at 1:02 PM
semua orang pon mesti pernah rasa kegagalan..tak kira kegagalan tu dari sudut mana sekalipun..yang penting kita tak pernah berhenti dari berusaha untuk mencapai kejayaan :)
November 9, 2010 at 1:43 PM
kata orang, kegagalan itu adalah satu pelajaran buat kita supaya kita tak selalu terlena dalam kejayaan. hmm.. betul tak? :)
November 9, 2010 at 2:07 PM
bgaiana mnempuh kegagaln sblum bertemu kjayaan??? ssh gak kn???
November 9, 2010 at 5:56 PM
aku slh seorg yg tkut utk ggl... mgkin da ggl kot aku ni..
November 9, 2010 at 8:19 PM
belajar dari kesilapan.
tak semua orang itu sempurna.
:)
Post Terbaru Ragam Artis
November 9, 2010 at 9:38 PM
agar manusia sentiasa berusaha...
November 9, 2010 at 10:07 PM
19 tahun?samala ngn pujangga...huhuhu
November 10, 2010 at 2:24 AM
salam..
syukran :)
walau apa2 pun,
kegagalan itu adalah salah satu cara-Nya Menguji kita.jangan sekali-kali kita menggagalkan Roh kita kerana kita adalah kenderaannya.kita yang membawanya..jika kita gagal dan tidak/masih buat tidak tahu akan kegagalan yang telah kita tempuhi, tidak mengambil ikhtibar, maka sia-sia lah janji Roh kita sewaktu dikumpulkan itu kepada-Nya.boleh rujuk dalam blog, dalam entri yang terdahulu. :)
November 13, 2010 at 10:00 AM
Post a Comment