Ada Kejayaan Pada Usaha

on 18 August 2010

Dari kecil lagi kita sudah ada matlamat yang kita hendak capai, kita selalu berusaha untuk mencapai cita-cita yang kita impikan, namun sering kali kita diuji...

Ujian, ujian demi ujian...

yang akan kita tempuhi, kadang kala kita jatuh, kadang kala kita teguh. Kadang kala kita duka, kadang kala kita gembira. Namun, semakin banyak ujian yang kita tempuhi, semakin dekat kita dengan matlamat. Ada di antara kita yang gagal tetapi mereka tidak terus berjuang, tidak mahu memperbetulkan kesalahan mereka. Sebenarnya mereka silap, kerana jika mereka tidak berputus asa dan terus berusaha untuk mencapai matlamat mereka, saya percaya mereka boleh berjaya. Ini yang di katakan...

Bangkit Setelah Kita Tersungkur...

Ada seuatu kisah seorang anak kecil yang mahu melihat rama-rama dan bunga yang cantik, setiap hari dia....
Berdoa, berdoa dan berdoa

Agar Allah memberikan dia seekor rama-rama dan bunga yang cantik. Pada suatu hari, selepas anak kecil ini berdoa, dia ternampak satu kepompong dan sebuah beg kecil berisi biji benih. Anak kecil ini kemudiannya pergi ke tempat lain tanpa menghiraukan pada kepompong dan biji benih tersebut. Dalam hati anak tersebut....

"Ya Allah, aku mahukan rama-rama dan bunga yang cantik, tapi mengapa engkau tidak memakbulkan doaku? Adakah engkau tidak sayang padaku?"

Setelah sekian lama, ibunya datang kepada anak tersebut untuk menghadiahkan sesuatu... Alangkah terperanjatnya anak tersebut kerana hadiah tersebut ialah seekor rama-rama dan bunga. Kata ibu tersebut...

"Ibu tahu, selama ini kamu berdoa pada Allah supaya kamu dapat seekor rama-rama dan bunga yang cantik, sebenarnya kamu sudah dapat apa yang kamu hajatkan, cuma kamu yang tidak sedari ...."

"Apa maksud ibu???"

"Rama-rama yang kamu lihat ini adalah dari kepompong dan bunga yang cantik ini hasil dari biji benih yang ibu tanam..."

Apa yang kita dapat dari cerita ini, kadang kala Allah hendak menunaikan setiap hajat kita tidak semestinya kita dapat sama seperti yang kita hajatkan. Sebaliknya kita perlu berusaha untuk menyempurnakan hajat kita. Jika kita berusaha separuh jalan, samalah macam anak kecil tadi, hanya dapat kepompong dan biji benih. Jika anak kecil tadi berusaha dengan menjaga kepompong dan menanam biji benih tersebut, insya-Allah dia akan dapat apa yang di hajatkan.
Jangan kita lupa bahawa Allah itu maha mengetahui, sekiranya doa kita tidak di makbulkan sebenarnya Allah sedang mengatur sesuatu yang lebih hebat dari apa yang kita doakan...

Usaha merupakan.....

[Alienelliz]
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Alienelliz | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO