Salam readers!
Alamak aiii...rajin pula ell update blog ni kan? haha...Tujuan ell update blog ni hanya satu iaitu nak kongsi dengan rakan-rakan blog Alienelliz ni untuk sama-sama join contest yang diadakan oleh 2dayblogger.com. Dah lama ell nak post mengebai contest tersebut dekat blog ni, tapi tak cukup masa. lagipun ell kena utamakan blog Hati Batu hehe...
Contest di anjurkan 2dayblogger.com bukanlah sesuatu contest yang susah, sebaliknya korang hanya perlu buat post berdasarkan keyword yang akan di search di Google. Siapa yang berada di page hadapan berdasarkan keyword yang di tetapkan. Insya Allah korang layak untuk menang. Sebagai contoh ell join contest ini dengan keyword "Aku Seorang Blogger". Then, ell pun cerita pengalaman ell dalam post tersebut sebagai seorang blogger. Mudah bukan?
Ya, ianya berkaitan SEO. Ell juga masih baru dalam bidang SEO ni dan masih banyak yang perlu ell pelajari. Untuk pengetahuan korang, sesiapa sahaja boleh berada di halaman depan Google dan yang membezakan hanya usaha yang akan korang buat.
Ell ada cuba guna keyword lain iaitu "Tip Blogging Terbaik". Tapi keyword tersebut tak dapat di halaman depan Google. Sebaliknya ell dapat halaman ke dua. Tapi keyword "Tip Blogging Terbaik" tersebut bukanlah sebab ell join contest. Hanya bahan ujikaji hehe....Mana tahu kalau korang join, blog korang boleh berada di page depan Google, betul tak? Macam ell cakap, sesiapa ja boleh berada di page depan Google hehe...
Lagi satu faktor ialah berkaitan dengan Hadiah yang di tawarkan. Seriously, hadiah yang di tawarkan sangat banyak dan sudah melebihi RM2000! Kenapa tak korang cuba, tak dapat hadiah yang bernilai RM1000 mungkin boleh dapat hadiah bernilai RM500, tak dapat RM 500 mungkin dapat RM50. Siapa tahu rezeki kita dekat mana betul tak? hehe...
Wish me luck k! hehe